Monday, August 28, 2017

Alhamdulillah. TSH dah turun.

Assalamualaikum,

Pasti semua tahu yang CL ini penghidap Hyperthyroid. Sekarang ini CL isytiharkan pengeluaran hormon TSH dah berkurangan, semakin bertenaga dan nampak semakin sihat.

Cuma jika dah berkampung klinik kesihatan. Tak lama pasti demam. Sebab dah bercampur gaul dengan ramai pesakit di Klinik Kesihatan. Kadar menunggu agak lama lebih 1 jam 30 minit baru dapat bertemu doktor boleh mengakibatkan sakit² lain yang timbul.

Namun CL bersyukur kerana CL semakin sihat. Alhamdulillah... Dan appointment doktor pun semakin berjarak. Jika dulu tiap² bulan kali ini dah berjarak.

Next appointment bulan 11 nanti dan bulan 9 ini akan ambil ujian darah.

Moga² sembuh seperti sediakala. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Kita telah jadi orang baru. Bersihkan diri dari dosa² kecil dan besar. Jadi apa kata tambah amalan.

Tidak lama lagi hari Wukuf. Jadi selamat menyambut hari raya Aidiladha semua.

XoXo,
Cik Lee

Tips Bahagia

Assalamualaikum (*^▽^*),

Hari ini CL akan kongsikan apa itu bahagia dan apa erti bahagia. Ada sesetengah orang kosong dalam menilai erti bahagia. Ada yang sebenarnya bahagia tetapi dia tidak tahu dia sedang bahagia namun menafikan yang dia bahagia.

Bahagia bukan di lihat dari dalam instagram atau pun dalam facebook seseorang. Bukan di ukur dengan kejayaan dan kekayaan yang di miliki bukan juga di tafsirkan dari senyuman dan gelak tawa seseorang.

Jom kita kupas dan tafsirkan bahagia satu per satu dan bagaimana ingin bahagia.

1. Bersyukur

Mengapa ia jadi pokok utama? Dari kita bersyukur kita akan bahagia. Dari kita mengucapkan syukur kita akan menghargai apa yang kita miliki. Maka, rajin² lah mengucapkan "alhamdulillah" selain dari doa ia juga cara termudah untuk kita inpretasi syukur. Jika kita merasa sedih kita lihat ada orang yang kurang upaya kelihatan kuat. Tidak mahu kelihatan lemah depan umum. Maka tidak salah kita pinjam kekuatan mereka untuk terus maju. Kita syukur jika kita masih sihat sedangkan ada mereka yang berjuang untuk sihat, kita syukur kita memiliki kerjaya dan pendapatan sendiri sedangkan ada antara mereka masih bergelut dengan kesusahan dan pengangguran, kita syukur kita mempunyai makanan untuk di makan sedangkan ada antara mereka bergelut untuk makan.

2. Rajin memberikan senyuman.

Pernahkah anda lihat satu video di mana seorang lelaki gelak sakan melihat video di tab telah menyebarkan senyuman pasa keseluruhan gerabak dengan gelak tawanya? Maka sebarkan senyuman tidak kira dalam suasana pejabat, jiran tetangga, orang lain malah ahli keluarga anda. Bila senyum di balas senyum maka anda secara otomatik akan bahagia.

3. Bersikap prihatin.

Mengapa perlu prihatin? Bila anda prihatin dengan kesedihan orang lain, memberikan senyuman pada mereka yang sedang bersedih maka anda telah memberikan sedikit kebahagian pada mereka dan secara tidak lansung anda bahagia kerana membahagiakan orang lain. Ramai yang salah tafsir tentang perkara ini. Bersikap prihatin bukan bermakna mencampuri urusan peribadi orang lain, masuk campur dalam perkara yang tidak sepatutnya yang menjerat diri anda pada masalah orang lain. Prihatin pada tempat yang betul, cara yang betul dan masa yang tepat.

4. Membantu Orang Lain.

Membantu orang atau sesiapa dalam kesusahan akan dapat memberikan kepuasan dan kebahagiaan bila yang bantu dapat selesaikan kesulitannya. Contohnya membantu orang yang terjatuh. Kita papah dia bangun dan tenangkan dirinya. Sudah pasti ornag yang jatuh itu malu dan bimbang di tertawakan. Namun jika kita membantunya dan menenangkan dia dengan bertanya soalan prihatin dapat menghilangkan perasaan malu orang yang terjatuh dan tersenyum kerana anda telah membantunya.

5. Menghayati Keindahan Alam.

Alam ini adalah ciptaan dari Allah s.w.t. yang tiada tolok bandingnya. Namun kita kena tahu bahawa kita sebagai manusia adalah sebaik² ciptaan Allah s.w.t. Bagaimana menghayati? Dengan melihat alam anda akan bersyukur kerana kagumnya atas ciptaan Allah s.w.t. Melihat manusia bercakap berjalan duduk bergerak juga salah satu menghayati keindahan alam. Melihat air yang mengalir juga satu terapi.

6. Berkongsi Kegembiraan

Salah satu cara bahagia adalah berkongsi bahagia dengan orang lain. Sebagai contoh kita ada kemampuan, kita sedekahkan sedikit pendapatan kita kepada orang yang memerlukan. Sebagai contoh, kita tengah menikmati ayam goreng tiba² kita terlihat satu kanak² hanya melihat orang lain makan. Kita tapaukan ayam goreng untuk dia. Maka dia tersenyum gembira. Nah, lihatkan kebahagian orang itu secara tidak lansung kebahagiaan kita.

7. Muhasabah diri.

Kita kena sentiasa muhasabah diri kita. Jika kita merasakan tiada orang yang memahami dan sayangkan kita maka ingatlah Allah s.w.t. menyayangi hambaNYa yang taat perintahNYA. Jangan kita rasa sedih dan kecewa. Adukanlah masalah kita pada Allah. Berzikir dan berdoa tanpa rasa jemu. Mungkin sebenarnya Allah telah tunaikan permintaan kita tetapi hanya kita tidak sedarinya. Sebagai contoh kita teringin nak makan kek coklat. Tidak semena² kawan kita datang bawa kek coklat kerana dia telah buat semalam untuk berikan kawan² merasainya.

8. Mulut manis.

Kita bermulut manis bukan lah ingin menggoda atau memikat sesiapa. Memberi pujian dan kata² semangat secara tidak lansung memberi bunga² di hati yang kita puji itu dan kita dapat melihat senyuman di wajahnya. Senyuman di berikan itu dapat memberi kebahagiaan pada kita kerana membahagiakan orang lain.

9. Cium Bayi

Ramai cakap bau bayi itu salah satu bau syurga. Maka dengan memeluk bayi dan kanak² juga dapat memberikan kebahagiaan. Bayi dan kanak² adalah insan yang suci dari dosa. Mencium mereka dapat memberikan ketenangan yang luar biasa. Biasalah bayi adakala meragam. Namun selalunya ragamnya di sebabkan dia tidak boleh bercakap dan hanya tangisan sebagai medium komunikasi. Kenakalan kanak² sebagai satu signal yang mereka inginkan perhatian. Senyuman dan gelak tawa serta kemanjaan mereka dapat memberikan kebahagiaan kepada kita.

10. Buat album peribadi.

Ini yang paling simple dan paling sweet. Buat satu album khas yang anda tampalkan gambar² memori pada buku album khas. Dengan melihat gambar² yang ada ada, apa yang telah anda jalani, apa yang telah anda miliki secara otomatik terdetik rasa syukur. Ingat,adakala manusia mencemburui apa yang ada miliki dan ingin menjadi seperti anda. Jadi dengan merenung gambar² lama terbit rasa bahagia kerana kenangan itu tidak mampu di beki dan di tukar ganti.

XoXo,
Cik Lee