Monday, December 14, 2015

Maafkan Kami Cikgu..Menyakat Cikgu Sampai Kaku...

Assalam,

Selepas story perasan yang paling tak best dalam hidup. Nak rasa menyesal pun nak buat macamana perjalanan itu telah Allah swt aturkan. Tiada nan indah lagi. Tiada apa yang dibanggakan kerana kita semakin matang dan bersedia dikecewakan….

Fasa ini, ketika meningkat di menengah atas. Memang tiada yang menarik untuk di kenang sangat. Semuanya hanya sekadar menambahkan duka di hati je.

Jangan nak berangan sweet sangat masa ni. Semuanya sampah je. Tapi kadang-kadang pengalaman mendekatkan kita untuk memahami. Namun semakin hari semakin CL tak faham dan berasa semakin aneh. Dan sekarang CL anggap dah tidak berminat dengan urusan cintan cintun ini melainkan benar-benar terbuka hati…cehceh…throwback semula zaman nakal sekolah...

Kami ini mempunyai 4 sahabat yang agak nakal masa sekolah dahulu. Oleh kerana kelas kami paling hujung dan di atas maka kami dapat melihat cikgu sekolah sebelah (sekolah rendah).

Satu hari, cikgu  lelaki muda meletakkan motor dia di laluan dan bersebelahan sekolah kami. Kami ber4 buat kerja gila mengusik cikgu lelaki tu. Nampak gabra ( panic) cikgu itu sebab kami galak menyakat. Konon-konon mengurat.

Sudahnya cikgutersebut tak berani nak meletakkan motornya di situ. Yelah, sekolah perempuan, tak pernah jumpa lelaki. Mau tak panic member. Kalau CL pun panik. Macam alien plak dia rasa.


Kisah ini tiada kena mengena perasan jelita dan sebab cikgu tu pun tak melayan kami ..hahahahaha….kesimpulan kerja bosan masa cikgu belum masuk kelas dan nak menghilangkan bosan. Kasihan cikgu itu jadi mangsa. Maaf ye cikgu…

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa