Saturday, April 18, 2015

Day 2 : Pulau Mara, Tasik Banding Royal Belum Perak

Assalamualaikum,

Jom sambung story day 2..@Pulau Mara. Bangun subuh awal supaya xberebut masa mandi. Ade lah akak sorg ni 4 pg lagi da bangun..bagusnye..kalau mata hakak CR yang ni cepat terbukak lau ade gangguan sket mata ni oto celik.

So selepas solat subuh jemaah kami pun minum sarapan yang disediakan. Program pagi ini adalah water confident.Hakak memang konpem xkonpiden.Menjerit2 cam budak kecik sebab nak cuba mulanya tapi pastu alamak fail..memalukan betoi la.. Adeh..

Selepas program water confident kami ade berkayak di atas tasik yang sangat dalam..sebab tu hakak nebes. Bila dapat tau ke dalaman tasik tu. Oleh kerana hakak ni penakut jadi hakak hanya menikmati permandangan dengan menaiki bot sahaja. Jangan mendambakan kulit putih sebab kulit hakak dah merah2 alergi matahari menyebabkan kulit hakak bertukar gelap. Program berakhir sekitar jam 1 kami menikmati hidangan makan tengahari yang telah siap di sediakan.

Selepas jemaah Zuhur kami telah bersiap sedia untuk ke perkampungan orang asli yang dibawa oleh tokwan yang bergitu baik dengan tok batin perkampungan asli disana.

Ke perkampungan orang asli memgambil masa sekitar 30 ke 40 minit perjalanan menaiki bot. Kami beramah mesra dengan orang asli di situ. Kami mengadakan demonstrasi menggosok gigi. Ada jugak pertunjukkan sumpit dari penduduk asli disitu.

Oleh kerana hakak ni penyibuk hakak pun tinjau2 dalam kawasan rumah penduduk asli tu..penyibuk sungguhlah minah CR ni..tapi memang mereka sangat simple. Dapur dan bilik. Kalau nak lepak ade satu pangkin sebelum di hadapan pintu masuk.

Mereka ini kata tokwan kena maklum awal2 kedatangan kita. Kalau x...adeh...xlalu mata memandang..huhu..dikawasan sana mereka masih membela anjing.Ada katanya mereka adalah orang asli yang telah memeluk Islam. Namun begitu keperluan mereka as a muslim masih kurang. Seperti telekung, surau, Al Quran dan sejadah. Jadi mereka ini tidak dapat mengamalkan secara sempurna sebagai muslim. Harap2 kerajaan dapat terutama jabatan orang asli dan jabatan agama dapat menangani hal ini.

Kehidupan mereka sangat simple..mereka akan berlonggok dari pagi sampai ke hari hampir gelap utk pulang ke rumah masing2 untuk tidur. Kerajaan telah bekalkan satu generator berkapasiti besar yang perlu diisi petrol untuk kegunaan mereka. Tapi menurut mereka telah rosak walhal mereka xno mengisi petrol tersebut.

Keperluan sebegini jarang mereka manfaafkan dan mengharapkan bantuan petrol setiap bulan. Lagipun pandapatan mereka 100% hasil kerja kampung.

Mereka akan bergelap bila malam bila bekalan diesel abis. Ada juga orang asli bergaya moden.

Dalam sejam kami berada disana kami mengagihkan bekalan makanan setiap keluarga disana. Kami juga memberikan gula2 kepada setiap orang. Yang lelaki agak pemalu dan jarang nampak. Mungkin mereka di hutan mencari makanan untuk di makan.

Pada malam harinya, di kem di Pulau Mara kami mempelajari ilmu bintang melalui salah seorang motivator disana. Dia menyatakan bintang yang kita lihat sekarang berusia berjuta tahun dahulu.

Canggihnya motivator tu ada alat yang boleh terus memacarkan lampu ke langit. Terasa dekat bila kami melihat lampu suluh motivator itu suluh ke langit.

Dia juga telah melihatkan kami bintang paling terang di angkasa. SubhanAllah Cantiknya..

Oleh kerana malam itu malam terakhir kami di Pulau Mara maka kami melakukan bbq. Xramai yang turut serta. Kemungkinan mereka kepenatan aktiviti pada sepanjang hari.

Malam berakhir kami tidur jam 1.30pagi..

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa