Thursday, June 9, 2011



Perancangan membeli hantaran untuk Bakal Isteri

Bagi bakal pengantin lelaki yang masih tercari-cari apakah yang perlu dihadiahkan unutk bakal isteri tersayang sesuatu yang istimewa tetapi harga yang berpatutan maka saya disini ingin memberi sedikit sebanyak pandangan sebagai rujukan. Mudah-mudahan tak ler serabut sangat untuk memuaskan hati yang tersayang disamping memberi sesuatu yang istimewa.. Pihak lelaki menyediakan 5 barangan istimewa buat yang tersayang.

1. Beg tangan & Kasut ( Jenama yang dicadangkan : Charles & Keith murah & Nampak internationale…hahaha )
Bajet : RM 200




2. Jam Tangan ( Levi’s, FCUK , Esprit , ELLE, Casio)
Bajet : RM 300- RM 400








3. Membatalkan Air sembahyang ( Rantai leher, Rantai lengan, Cincin )
Bajet : RM 1000 – RM 2000 ( Ikut price semasa dan kemampuan masing2 )

4. Kelengkapan alat solat ( Telekung)
Bajet ; RM 100

5. Wangian & Alat solek
Bajet : RM 200

6. Tafsir Al-Quran ( Sekiranya membatalkan air sembhayang tidak termasuk dalam senarai hantaran)
Bajet ; RM 100

Keseluruhan bajet untuk pihak suami untuk bakal isteri merangkumi RM 3,000 jika diambilkira bajet untuk bajet maksima sesuatu barangan. Ini sahaja tidak termasuk hantaran wang. Jadi selamt berbajet. Sama-sama berbincang dengan bkal isteri agar menjadikan Majlis anda sesuatu yang sempurna walaupun tidak melebih-lebih berbelanja. Ini kerana kewangan selepas berkhwain juga harus dititikberatkan

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa