Thursday, June 9, 2011

Perancangan Membeli Barangan Hantaran kepada bakal SUAMI

Perkahwinan adalah sesuatu yang menjadi impian setiap orang. Adakalanya barangan hantaran juga menjadi perhatian dan tatapan setiap tetamu yang datang bukan sahaja dari segi rekabentuk gubahan tetapi juga barangan hantaran itu sendiri menjadi perhatian. Berikut saya memberi sedikit tips untuk membeli barangan pada harga yang berpatutan tetapi juga nampak glamor seiring dengan hiasan hantaran itu sendiri. Kebiasaan untuk pihak lelaki kita sering menggalakkan hantaran 7 dulang. Jadi tips dibawah mampu membuatkan sang suami tersenyum senang melihat hadiah istimewa untuknya setelah berhabis duit untuk memberi hantaran "duit"..hehehehe.. ( kenalah bg sidia juga happy setelah kerja bertungkus lumus kumpul duit untuk majlis yang memakan masa 3 hari tu)

1. Kita belikan Wallet dan Talipinggang ( Jenama yang dicadangkan : Levi's , Fred Lenzo, Obermain, Camel, Alain Delon atau Pierre Cardin)
Bajet : RM 100 - RM 200



2. Kemeja ( Jenama yang dicadangkan Bonia, Renoma, EMZN, Camel, Polo )
Bajet : RM 50 ( Beli semasa jualan murah )

3. Jam tangan ( Jenama yang di cadangkan Casio atau Levi's )
Bajet : RM 200 - RM 450 ( Ini adalah barangan yang paling mahal tapi tahan lama jadi terpulang pada kemampuan masing-masing )





4. Kaca Mata ( Jenama terbaik : Rayban, Levi's)
Bajet : RM 100 - RM 300 ( Beli ketika jualan murah lebih berbaloi )


5. Kasut ( Jenama yang di cadangkan untuk yang ranggi : Edwin, Cardin, Camel, Obermain Jenama untuk kasual : Valentino Rossi, Obermain, Larrie, Renoma, Polo, Sembonia, Bonia )
Bajet : RM 100 - RM 200




6. Sejadah & Kain Pelikat ( Kelengkapan solat)
Bajet : RM 100

7. AL- Quran atau Tafsir
Bajet : RM 100

Total amaun secara maksimum mengikut bajet
RM 200 + 50 + 450 + 300 + 200 + 100 + 100

= RM 1,400.00 ( Secara kasar jadi pandai-pandailah anda memilih barangan dengan harga lebih murah tetapi jenama yang terbaik setelah ada dapat lihat anggaran kasar ini)

Daripada nilai kasar tersebut dapatlah anda mengumpul duit secara perlahan-lahan dan beli barangan secara berperingkat agar anda tidak pokai. Ini kerana kelengkapan picisan untuk berkahwin juga mempunyai bajet yang agak tinggi tanpa kita sedari kalau kita tidak berhati-hati. Selamat membeli....

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa