Friday, November 8, 2013

Pengurusan Jenazah

Assalam...

Jom kontinue pasal pengurusan jenazah..seperti yang kita ketahui pengurusan jenazah adalah SUNAT MUAKAD.. so jom share mengenai pengurusan ini...pengurusan jenazah ade 4..sebaik sahaja kita ketahui ade dikalangan kita telah kembali menemui sang pencipta..jadi tugas kita yang masih hidup inilah menguruskan jenazah tersebut.

Pertama...kita dah mengetahui adanya jenazah maka wajib kita memandikan jenazah. Memandikan dengan lembut sambil berniat memandikan jenazah. Bermula dari belah kanan siram 3x dan kiri 3x..kita mengiringkan jenazah supaya air tu rata ke belakang badan jenazah. Tekan sedikit perut jenazah supaya isi perut dan najis dapat dikeluarkan dari perut jenazah..sekiranya ada najis yang masih mengalir...tutup sumbatkan sedikit dengan kapas. Sebab kita dah bersihkan tetapi jika masih ada bermakna itu bukan lagi urusan kita. Cukup sekadar menutup dengan kapas.kita lap jenazah dan bersihkan gigi..telinga..kuku..hidung..

Kedua..wajib kita mengkafankan jenazah..kain kafan ada terdapat dipasaran... untuk lelaki 3 lapisan manakala untuk wanita 3 lapis plus telekung. Letakkan lapisan 3 lapis dikawasan rata..lekapkan badan jenazah dengan kapas ke serata badan. Pada sendi2 lekapkan kapas..sebelum tu letakkan kapus barus..minyak wangi. Air mawar..err..lupa lak satu serbuk ni(india selalu guna).... then kita mulakan dengan lapisan petama yang paling atas. Kita balut kemas2 jenazah tu. Sehingga lapisan terakhir. Then ikat jenazah tu. Kaki.. lutut..punggung...lengan...kepala tu pilihan je..masa ini keluarga bolehla menjenguk jenazah..menkuncup jenazah..dan memberi penghormatan terakhir.kalau nak baca yassin..Al Quran dan menunggu org jauh sampai pun dah bole sebab kita dah sempurnakan separuh daripada kewajipan kita pada jenazah.

Ketiga...kita perlu sembahyangkan jenazah...letakkan jenazah mengadap kiblat. Jika jenazah lelaki disembangkan Imam berada diantara bahu dan kepala jenazah. Seeloknya imam tu biarlah waris...anak lelaki...manakala jenazah perempuan disembahyangkan antara pinggang dan punggung (correct me if I am wrong..taip xtgk nota) kalau ada silap nanti akan diperbetulkan kemudian.

Keempat..dan yang terakhir mengkebumikan jenazah...kedalaman untuk jenazah lelaki lebar 3 kaki dan dalam 7 kaki.. tapi kdg2 wanita dalam sedikit dari lelaki supaya memelihara aurat wanita itu..dari ternampak oleh bukan muhrim sekiranya berlaku banjir. Subhanallah..Betapa indahnya Islam ini memelihara wanita..sehingga ke liang lahad masih memelihara aurat wanita...maka kita wajib buka ikatan jenazah tadi..muka jenzah hendaklah mengadap kiblat dan hidung wajib mencecah tanah. Selesaikan menkebumikan jenazah maka ditalkinkanlah jenazah tersebut..untuk makluman hanya lelaki sahaja yang wajib mengiringi jenazah. Tetapi wanita tidak digalakkan ke kubur.bimbang menimbulkan fitnah. Maka selesai sudah tuntutan kita pada jenazah..soal kenduri atau sewaktu dengannya terpulang kepada tuan rumah. Sekiranya jenazah belum menunai kan fardu haji maka simpanan jenazah yang ada boleh kita lakukan haji BADAL. Hutang piutang wajib kita bayar bagi pihak jenazah..

Sekian...wassalam....ilmu itu elok kita share untuk kebaikan bersama..

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa