Monday, December 14, 2015

Kawan Tak Boleh Pakai

Assalam,

Hari ini CL nak ceritakan pula mengenai kawan-kawan yang sibuk sangat nak kenalkan orang yang dia reject dan paksa-paksa kita kenal walhal kita cakap main-main je. Kut iya pun nak kenalkan pada sahabat sendiri biarlah yang semenggah sikit (yang elok) kalau dia pun tak nak takkan dia nak pass kat kita pula.

Orang yang dia kenalkan seorang pemuda Sabahan Bah. Namanya A***N HA***M dan dia berasal dari KK dan mengaku bapanya merupakan Ketua Polis Sabah. Rasa nak gelak pun ada. Kalau tipu, tipu lah.Tapi tak penting kot nak tau.

Tapi layankan sahaja. Dia selalu juga hubungi CL dan kadang-kadang CL nak tergelak sebab dia kadang-kadang lucu. Mungkin sebab Bahasa dan sebab dia ini sangat nervous bila cakap dengan CL.
Masa CL berbual dengan dia, siap nyanyikan CL lagu You & I nyanyian kumpulan Scorpion. Dia ini baik orangnya. Lurus juga. Masa memula kami nak jumpa kononnya dia tegur CL sedap makan aiskrim McD.

Oleh kerana CL, tak kenal jadi CL abaikan sahaja, sehingga dia mengaku itu dia. Tapi kasihan dia, kawan dia si I*****M ni selalu juga menghubungi CL. Adakala, CL lebih banyak bercakap dengan I*****M dari cakap dengan dia. Yang sengalnya si I*****M ni kononnya BF kawan CL.


Tapi macamana kami terputus hubungan pun dah lupa sebab kemungkinan terlalu ramai sangat lelaki hubungi CL sehinggakan abah CL mengamuk sakan dan memutuskan untuk menukar talian telefon. Bersyukur juga sebab memang dah tak boleh blah dah melayan orang. Tak henti-henti nak bercakap dengan budak sekolah je kot. Kena fahamlah masa nak belajar dan buat kerja rumah. Nak kemas pinggan mangkuk kat dapur. Nanti sambung story lagi….

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa