Assalam,
Sambung story minah CL poyo bajet cun yang ingat semua orang
nak suka kat dia…hahahahah…tapi dah orang suka kan…terima kasih lah…..kihkihkih..
Part sebelum, pasal ada yang komplen bahawa CL ni selekeh
la..Tercetus pula satu story di mana CL di boo ramai-ramai semasa perhimpunan
kerana seorang lelaki and I hate
it.
Kisah bermula apabila CL minta adik lelaki CL kenalkan
seorang pelajar lelaki di sekolahnya dan begitu juga CL memperkenalkan pelajar
perempuan di sekolah CL ( masa zaman adik angkat..berangkat2 ni..ntah pape ntah….tapi
masa itu hot pada zaman sengal)
Nama lelaki itu adalah E***e, nak kata tak handsome. Memang
handsome juga orangnya tapi bukan taste CL -lah. Pesilat sekolah masa tu.
Walaupun kami tak pernah berjumpa tapi kami berhubung melalui surat. Zaman
tiada facebook, twitter,
blog..blaa..blaaa… ini. Manual je, surat. Adik angkat CL pun cantik
orangnya. Putih dan kecil molek. Keturunan Megat Puteri. Tapi dia tak
bersekolah lama. Di sebabkan ayahnya berpindah (ayahnya bekerja sebagai pegawai
penjara) Bila penjara PUDU ditutup maka mereka berpindah. Itupun CL lupa masa
kami berpisah.
Ingin dijadikan cerita, salah seorang sahabat CL telah
bertanyakan soalan emas Ëh..ko kenal ke
dengan E****e?”oleh kerana CL ni lurus bendul maka CL cakap “kenal tapi belum pernah jumpa. Kenapa?” Dia dengan masamnya beri amaran “Dia itu boyfriend aku, jangan kacau dia.
Aku nak kau putuskan hubungan kau dengan dia..” CL pun pelik sebab CL belum
pernah jumpa lelaki itu dan tiba-tiba diserang macam tu… ( minah lurus bendul
dan blurrrr macam CL ni ) takdalah nak ambil hati sangat
sebab fikirkan bukan penting sangat pun.
Sudahnya, bila kelas CL nak berjalan ke kelas, CL dimalukan
beramai-ramai dan masa itu CL terasa sendirian sangat sebab tiada seorang pun
kawan CL yang berada disisi CL untuk tenangkan CL. Kami bertekak dan akhirnya
perkara itu sepi dalam lipatan sejarah namun berbekas sehingga kami tak bertegur
sapa sampai ke tahun akhir persekolahan.
Kalau perempuan nak malukan CL sampai diorang dah jadi suami
isteri pun fahamlah…tapi sudahnya putus juga. So wanita diluar sana, jangan
memalukan diri dan menjatuhkan maruah wanita lain demi untuk lelaki yang belum
tentu hujung pangkal dengan kita. Jangan sampai seperti sekarang bergaduh,
bertumbuk, semata-mata berebutkan kekasih sebab itu hanya kekasih yang belum
pasti menjadi pasangan pelengkap halal kita ke syurga.
Kisah berakhir apabila beliau memohon maaf kepada CL pada akhir persekolahan kami. Masa majlis perpisahan sebagai pelajar sekolah dan tamat SPM. Mujur CL baik hati tau...memaafkan dia....tak mahu gaduh-gaduh tau...Daaaaa…
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa