Assalam,
Sambung story pasal zaman nakal ini. CL semakin nakal dan
semakin degil. Suka melawan dan memberontak sehingga kadang-kadang lepas laku.
Tidak berfikir panjang mengenai apa yang berlaku kemudian hari buat kita sesal seumur hidup
kita.
Bermulalah zaman gila CL yang memeningkan kepala. Yang takda
masalah cari masalah. Bertambah degil dan nakal. Sungguhpun begitu masih juga
menjadi AJK dalam kelas. Ketua Subjek Pendidikan Islam (macam tak sesuai je
dengan perangai minah senget CL ni) Dah ustazah offer, suka ke tak redho
je-LAH. Tu belum lagi dilantik jadi ketua bacaan Al-Quran masa bulan puasa (
Taddarus) Macam kelakar pun ada, baca bukan bagus sangat, bukan lah alim pakai
tudung pun. CL bertudung pun dah nak tingkatan 4. Tapi dah rezeki… Dari segi
pendidikan memang kebanyakan CL ni jadi AJK berbanding sports, sekali dua pergi
training dah malas. ( sebab tak da bajet nak ke pusat sukan, nak makan, nak
beli peralatan sukan..jadi lupakan sukan…)
Apa pun, bila kita zaman remaja mesti kita akan sukakan
seseorang. Dan orang yang hakak CL gila-gilakan masa tu adalah ZAIRUL UMBRELLA.
Tak tahu kenapa. Nak kata handsome sangat. Tak dalah handsome pun. Boleh-LAH.
Tapi kalau majalah muka depan dia, konfem beli. Menimbun kat rumah masa itu majalah
muka dia. Sampaikan kadang-kadang merayu kat emak suruh beli majalah itu. Mak
saudara plak banyak mencebik jika tiba kegedikan hakak untuk beli majalah ada
muka Zairul (bila time anak dia perasan nak Harry Styles…lagi nak muntah….over
sangat kot)
Tak tau apa function CL gilakan dia sampai beli majalah.
Membazir satu hal. Ada ke patut, masa hantar kad raya kat Umbrella diorang
reply sekeping kertas biru bersain Umbrella. Kedekut pahit. Dah la kita siap
belikan setem untuk mereka balas. Takkan kad harga Rm.030 je pun nak berkira
hantar.
CL berdua dengan kawan hantar kad raya pada artis. Dia
peminat kumpulan Shades. Tak silap Izzu ( yang ada misai dan rendah sikit) tapi
sayangnya dia lagi teruk, tiada respon lansung. Kawan CL pun dikecohkan dapat
balasan tapi kebanyakan orang tak percaya kerana mereka anggap CL hantar pada
diri sendiri. Lawak..lawak..itupun tak puas hati ke? Aku ni lagi sakit hati
tau, minat beli kaset, beli majalah yang dia balas sehelai kertas biru itu.
Memang nampak macam menipu.
Bila tengok kumpulan itu perform live pada rancangan RTM
terus mati nak minat sebab tak sedap lansung menyanyi. So berakhirlah minat
gila-gila kat artis. Jeran dah buat kerja gila. Kesimpulan, pengalaman..minat
orang berpada-pada takut nanti anda menyesal..
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa