Assalam,
Jika zaman geng bas sekolah ini, CL berkenalan dengan
seorang pelajar lelaki ini. CL tak berapa ingat di mana kami berkenalan dan
bagaimana kami berkenalan. Tapi tak silap kami berkenalan melalui seorang
sahabat tapi CL sendiri lupa siapa ye.
Namanya I***N, hampir CR lupa bagai mana kami berkenalan. Cuma
yang benar-benar CL ingat adalah dia ada menyatakan yang CL ini selekeh. Dan
bila kami berhubungan “caling2”dia selalu komplen CL macam-macam.
Tapi sebagai wanita hot, 1st ada aku kesah dengan
statement engkau? Oh no..kalau nak kawan bukan nak lihat orang cantik ke,
melawa ke, kemas ke ( aik…macamlah sendiri tak pernah prejudis pada orang….merasalah
kan…)
Selalu kata-kata dia menyakitkan hati je. Tapi tak lama sangat
kami berkawan sebab CL memang abaikan virus jahat tu. Kalau nak jahat mulut,
dia bukanlah handsome sangat pun. Kulit gelap. Ada hati nak complaint orang
lain. Lagi-lagi masa itu tengah jadi rebutan geng bas sekolah. So kata-kata dia
CL anggap macam angin lalu je sebab CL sendiri tak lalu nak tengok dia.
Tapi ada juga baru-baru selepas itu, dia cakap CL makin
cantik..hahhaa…sorry brother…you are out of my list…lainkali nak tegur tu
agak-agak sebab semua salah, ikat rambut tinggi salah, ikat rambut rendah
salah,pakai cekak rambut ini tak cantik, pakai yang ni buruk, selekeh…ntah apa
apa bajet handsome sangat je sampaikan orang nak terhegeh-hegeh kat dia.
Sebagai, pelajar yang ranking 2 kelas tebaik dari tingkatan
1-3 so setakat mamat picisan itu alah tidak menjadi kudis pun..(marah nampak…hahahah….)
Peringatan untuk diri, jangan suka prejudis dan jangan suka lukakan hati orang
jika tidak suka. Daaa…..
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa