Showing posts with label Interior. Show all posts
Showing posts with label Interior. Show all posts

Monday, July 31, 2017

Makeover Bedroom Ideas

Assalamualaikum geng² pembaca (^_−)☆,

Kali ini CL nak menyentuh tentang dekorasi. Kalau tengok bilik CL menyeramkan. Berhabuk sana sini. Itu belum lagi koleksi barang² lama dari zaman sekolah sampai sekarang. Rumah asal lah katakan.

Barang² bukan main banyak. Nak dibuang sayang. Tak di buang semak. Jadi sekarang dalam proses outsource barang² lama.

Oleh kerana masalah kesihatan jadi agak perlahan pergerakan CL dan nak mengemas beriya macam zaman muda remaja dulu²  memang susah. Dulu biat tiga beranak. Mengecat. Menyusun atur. Sekarang nak kena buat sendirian.

Oleh kerana bilik CL sangat kecil. Barang² banyak. Almari saja dah 3 buah. Boleh bayangkan penuh macamana? Saiz bilik 10' x 10' memang agak sempit. Jadi hanya boleh ubahsuai susunatur.

Kalau boleh nak elak barang² banyak dan menambah perangkap habuk. Lagi² sana sini sedang pembinaan rancak. Tak terlayan habuk² tebal.

Cadangan CL untuk makeover :

1. Cat bilik berwarna putih bersih. Dari dinding ke siling. Semua serba putih.

2. Membeli katil queen bed metal berwarna hitam. Katil dua single ini masih nak simpan. Harap² muat letak bawah katil nanti. Satu metal single bed black di beli di Courts Mamoth di kawasan rumah kerana katil lama patah. Katil ini sangat utuh dan masih teguh. Begitu juga katil dulu asalnya dua tingkat. Tinggal saki baki yang masih utuh. Kenangan zaman kanak² dan usianya mencecah lebih 25 tahun. Antik gitu.

3. Cadar berwarna hitam /putih kosong tanpa corak. Selesa cadar seperti hotel.

4. Tilam setebal lebih 8" sekurang²nya. Kalau boleh nak tilam latex atau getah.

5. Langsir pendek untuk tingkap rendah tapi memanjang warna hitam.

6. Susun atur bantal mini. Supaya dapat tidur lena dan selesa.

7. Karpet warna hitam gold corak mewah turkey.

8. Meja mekap dengan cermin berlampu.

Nampaknya kena simpan duit perlahan². Beli barang satu persatu.

1. Vakum mudah alih. Untuk sedut semua habuk dalam bilik. Habuk² be ready.

2. Cat dan berus cat.

3. Buang clutter dan barang² lama.

Haaaa....selepas ini kena kuatkan semangat kemas sampah² lama dari zaman sekolah sampai sekarang supaya dapat tidur yang berkualiti. Lebih sihat dan elakkan faktor usia yang memerlukan rehat secukupnya.

XoXo,
Cik Lee

Tuesday, May 12, 2015

Tranformasi Hiasan Rumah

Assalamualaikum,

Arini CR nak touch mengenai dekorasi. Dekorasi semakin mendapat tempat kini dan ingin kediaman mereka kelihatan stailista dan nyaman. Namun sebagai penggemar deko bajet rendah pemilihan barangan sangat dititikberatkan supaya deko tidak melampau dari kemampuan yang ada.

Biasalah deko yang benar2 cantik bergantung kepada kos yang sanggup dilaburkan. Anda boleh meminati dekorasi en.Nahar yang total membuat pengubahsuaian rumah apartment menjadi kediaman yang indah dan menghiasi majalah dekorasi seperti Impiana dan Apartment.

CR seperti biasa baru melakukan 60% transformasi dapur, bilik mandi dan ruang tamu. Selain meratakan, wiring, mozek,plaster siling dan pelebaran kawasan dapur menyebabkan kos pengubahsuaian menelan belanja lebih RM 15,000. Itu hanya dekorasi yang basic tanpa perubahan major.

Bilik tidur perlu kumpul modal untuk pengubahsuaian lantai dan kemasan dinding. Kemungkinan hanya melakukakn penggunaan lantai lamina sahaja. Selain kos yang lebih murah.

CR adalah peminat dekorasi ala country yang simple dan elegan. Ada sedikit sentuhan classic dan mewah terutama cermin dan perabot. Terutama kerusi antik.

Okie dokie...nanti kita sembang lagi...

Monday, May 11, 2015

Tranformasi Meja Kopi

Assalamualaikum,

Hari2 update blog, macam xda keje...Curi2 masa update sesikit mana yang perlu.

Meja kopi sekarang salah satu deco yang tengah mendapat tempat para pencinta dekorasi. (Boleh add grup CR : Deko Stailista Apartment Dan Flat)

Tapi grup ni mostly silent reader. Tak banyak yang sudi share deco mereka.Maybe sebab mereka ni malu kot..xtaulaaa..

Kebanyakan yang wajib dalam dekorasi meja kopi adalah :-

1) Buku (letaklah 2 3 buah buku berkulit tebal)

2) Dulang (bulat atau bersegi)
Dulang kaca pun tengah in sekarang. But ofkos harganya mahal. Rm100 juga (mahal pada CR) Ada juga peminat Dulang perak (ni pun berpeluh juga harganya)

3) Lilin (Ada yang letak pada bekas kaca, candle holder macam2 paten, dan ada yang letak begitu sahaja berbeza ketinggian)

4) Bunga (penyeri meja, jika orang putih kebanyakan meletak bunga hidup kerana cuaca mereka sangat sesuai untuk bunga2 hidup mekar terutama musim bunga..kalau kita bunga plastik suda..boleh juga letak pokok berdaun sahaja. Lidah buaya, avocado, dan pokok pakis, buluh mini serta pokok duit2 tu (ala..pokok banyak daunnya bulat2 tu)

Ni adalah salah satu transformasi yang dapat CR lakukan. Each item dibawah Rm40 sahaja.

1) Lampu tu pun  paling mahal RM40

2)  Dulang beli di SSF dengan harga RM 9.90

3) Pasu tinggi beli di Kaison ada sepasang (masih dalam proses beli bunga ) RM 11.90 each.

4) Bunga tu dari KK Home Deco dengan harga RM5.90 sejambak (beli dua dan ikat) letak dalam pasu lama (mak beli zaman dedulu)

5) Orkid putih beli di SSF masa tu RM 7.90

6) Candleholder beli di DIY dengan harga RM6.50 each (beli dua)

7) Lilin pink beli di Hinode RM 6 satu (mahal..better beli di Kaison)

8) Alas Renda Putih Rm3.50 beli di DIY dan beli 4 set

9) Buku Dummy London Rm21.00 beli di DIY

10) Buku ' Kisah Nabi dan Rasul' ni buku ori..masih dalam pembacaan lagi..kalau nak baca kena fokus sebab kdg2 xpaham..

11) Bunga bulat dan pasu beli di Viva He kedai yang jual murah2 barangan deco RM15.90

12) Mangkuk besi (sepertinya tempat letak lilin tapi hakak buat pasu luar untuk pokok bulat) RM3.90 di SSF.

Beli sesikit lelama penuh la plak..Sejak KK Home Deco tutup payah betul nak beli bunga..pasu tu lopong je...sedihla...kbai

Sunday, July 6, 2014

Pemilihan Langsir Ruang Tamu

Assalam..

Kalini CR nak share sket beberapa idea langsir dan bidai untuk koleksi ruang tamu CR. Asalnya CR nak paten kosong namun begitu..kos untuk langsir eyelet sangat mahal. Kebanyakan pasaran menjual ikut keping..jadi nasihat CR untuk tingkap 3 panel kena beli 2 keping...so kira sendirila ongkosnya.

CR telah membeli langsir kaler blue turqouise bunga2 roses..awalnya macam biasa saje tapi bila dipasang..ok la plak..ceh perasan...CR membeli paten button. Boleh la...untuk pertamakali dapat pakai langsir ala button dan eyelet ni...namun CR lebih prefer yang berpin sebab nampak kemas dan lebih elegant. CR beli dijualan sogo kad day..sekeping RM 20. bolehla..

Apepun jom tengok beberapa inspirasi CR untuk langsir ruang tamu. Dan sebelum mengakhiri coretan hari ini...selamat menyambur ramadhan al mubarak semua pembaca setia...semoga amalan kita diterima...tahniah kepada mereka yang rajin berterawih..dan dapat khatam Al Quran nur kareem..daaa...

Pilihan CR semasa menyogo
Brand omputih
Impian CR sebenar

Thursday, June 26, 2014

Dekorasi Ruang Tamu

Assalam..

Kalini CR nak share sedikit mengenai ruang tamu CR. Masih banyak yang perlu CR ubah suai terutama cd abah haji..memang serabut tengok cd tu kat depan pc CR.

Tapi mana yang patot CR tambah le sesikit..geram plak CR tetibe gaji masuk separuh je..ape kes ntah...bikin hot jak..cek baki tinggal ciput..bia bebena orang dengan nak puasa nak berbuka bole plak gaji bermasalah.

Back to the story...sebelum CR penah sebut nak bantal kaler merah kan? Naaa..CR dapat rembat kat jusco Maluri..last piece kaler merah dengan harga 9.90 per piece. So ape lagik CR amik la sebab cadangnya nak amik kat houz je tapi sarung je..tu pun harga cekik darah..so alang2 dapat kaler merah...murahlak siap bantal...CR amikla..

Okies...mengenai hiasan meja kopi a.k.a coffee table CR dah beli bunga bola api ni..so nampak sunyi je bola api sebab xda kawan...so beli kat SSF di Pertama Kompleks. Harganya hanya RM3 untuk ahli dan bukan ahli RM 11.90 memandangkan CR takda membership kad CR merayau mencari orang yang ada kad...supaya benda yang xberapa nak grand ni dapat borong harga RM3 sahaja. Akhirnya da memang rezeki..

Cadang peringkat awal nak letak dulang dan lilin sudahnya.xjadi plak..nak simple je..lagipun meja ni agak heavy user..So serabut lak dengan tray buku dan lilin...

Oke tu je setakat ni..kapet belum sampai...harga kapet RM18.90 kat Mydin Mall Seremban...so total untuk hall ni dibawah RM50...

Chiow...murah tu xsemestinya xbaik..

Monday, June 23, 2014

Dekorasi Bilik Katil Berkembar (Twin bed)

Assalam,

Hari ni CR nak share serba sedikit dekorasi bilik CR..almaklum katil lama jadi sayang pulak nak buang dan jual...

Dekorasi rumah inggeris yang terdapat dalam internet kebanyakannya semua mempunyai set katil yang cantik dan sepasang...well kalau benda tu dah cantik dan namanya perabot cantik dan baru mestilah cantik dalam dekorasi.dan CTR xfaham kenapa perabot putih mebdominasi dekorasi inggeris...is not easy to well maintain kalau perabot warn putih ok...kalau lap pub bukan dengan kain sembarangan untuk kekal kilat...berwarna putih bersih..

Kebanyakan blog2 yang disearch gunakan konsep DIY semuanya xmenepati citarasa CR sebab serabut..bilik tidur adalah tempat berehat dan melepaskan kepenatan..dan paling utama selesa...

Selesa bukan lah dari perabot nan cantik dan indah..bukan juga dari chandelier yang mahal..cadar yang mahal dan semuanya tersusun rapi...cukup sekadar bersih dan kemas.

CR tertarik dengan dekorasi yang tidak  memerlukan perabot baru sedondon tapi menggunakan perabot sedia ada cuma perlu sentuhan emas menjadikannya cantik dan berseri2..

Cadangan CR untuk kekalkan sedondon CR akan spray cat kaler hitam untuk katil lama CR ni..asalnya katil dua tingkat masa zaman kami kecil dahulu..usianya xperlu tanya..dah puluhan tahun...tapi kini tinggal satu je..satu set dah patah...satu pulak yang atas terpaksa dibuang sebab adik perempuan CR dah nikah dan xlarat nak panjat katil lagi..so kepala katil bertukar kepada kaki katil part atas sebab part kepala adalah tempat letak buku..dan baru nampak kelas bila berukir tu bertukar jadi kepala katil.

Kedua CR akan beli gantungan berukir yang plastik warna hitam untuk CR letakkan di atas kepala katil.

CR masih pertimbangkan untuk letak side table dan table lamp..cuma masih dalam perancangan je.belum ada keputusan rasmi..masih tercari2 untuk gunakan table lamp..

CR akan tukar tilam baru untuk kedua2 katil..dan xselesa lansung. Bila dua tilam ditindihkan dan sukar nak nampak kemas dan cantik semasa menghias cadar. Xlicin..huh..mencik...

CR akan membeli karpet mini untuk kemudahan solat. Yela nak sujud pasti nak selesa kan? Terutama semasa nak letak lutut tu..adeh...sakit weiii...

CR akan cat bilik ini warna putih untuk kasi kesan luas..sebab perabot pun warna hitam dan dark chocolate..so baru naik seri perabot lama tu nanti.

CR akan tampal cermin panjang ni untuk memudahkan lihat dress up full package...kihkihkih..mood verangan la kunun..

Misi berikutnya CR akan beli runner yang panjang untuk tambah seri dihadapan almari baju CR.Adeh..bilik CR ada 3 almari dan memang terasa semaknya...penuh betul untuk letak baju2..masalah kedua semuanya pintu sliding dan sukar nak susun baju dengan menggantungkan baju..like omputih gitu..tapi takpe terpaksa nak lipat baju (well ni yang paling malas..)

CR juga bercadang membeli aksesori tambahan kaler orenje...jam da kaler orenje kan so nak kasi sedondon sket la..

Kebanyakan barang dalam bilik CR ni banyak.nostalgia zaman sekolah..dah puluhan tahun usianya..zaman blaja dipusat pengajian tinggi dan kini.belum lagi koleksi beg lama..adeh penuh gile...bertukar tempat keje...bertukar bahagian..xsabar nak buang..tapi selagi keje elok simpan sebagai panduan..mana tau boleh digunapakai.Buku yang ada tulisan jawi kenalah dibakar..dan kalau ada yang elok mungkin bole diwakafkan kepada yang berminat..dan kata orang kita panjangkan pahala.Baju yang masih cantik dan elok boleh diwakafkan juga..

Semoga projek tranformasi bilik menjadi kenyataan dan modal paling besar ialah nk gunakan lantai kayu untuk kedua2 bilik...in sha Allah...aamiin...

Jom tengok beberapa inspirasi terutama hiasan atas kepala katil..bantal aksesori..karpet dan susunatur dekorasi..semuanya sumber dari internet je...jom tengok inspirasi piihan CR..

Monday, June 16, 2014

Konsep Ruang Tamu

Assalam..

Haihaihai....duit..cepatlah akk kayo...xsabar.nak boli memacam hah...heheh..

Bukan nak kayo bebona..tapi kalau dapek yang dihajati copek pueh ghaso eh hati ni..

Oke sekarang CR nak nak memulakan sesuatu memang sangat malas..tapi kena mulakan jugak terutama konsep kain baju kena sisihkan dulu..banyaknye baju dah dicuci cuma belum dilipat...well bab lipat baju ni CR paling malas..so CR rasa cam nak muntah tengok baju...

CR nak konsep hall ni base putih hitam coklat dan cream..namun CR da nak tambah hiasan sket kaler merah...sebab meja komputer CR kaler merah.Kapet shaggy CR pun kaler merah..namun CR da beli kapet mini baru..corak moden design warna hitam merah...kelasssss..

Sudut depan pc CR tu je susah sket nak disettle..CD milik peribadi abah haji..nak dibuang sayang plak..bia lah abah Haji pilih mana yang dia suka...pilih sesikit supaya semak umah CR dapat dinyahkan segera...

CR sayangkan jugak stool merah ni..namun CR cadang nak buat extravaganza sket dengan perubahan kulit...nak tuko kaler pepel dan letak lam bilik utama..tengokla..macamana..namun nak buang memang x la...huhu...okies..jom cekidout inspirasi CR untuk ruang tamu dan ruang tamu CR buat masa ni..huhu..memang burukssla..sumber semuanya dari internet..xsempat nak amik link..copy dari hp je..xreti nak buat link..link..ni..

Makeover Meja Makan

Assalam..

Jom CR share arini makeover meja makan tomey2 CR.Xsabar rasanya nak menambahkan keserian dapur CR.

Base color rumah ini secara keseluruhan adalah Dark Brown dan Cream..Namun kalau menten kaler yang sama je mesti bosan...so CR amik keputusan menambah seri kaler dark PINK untuk dapur CR ni.

Jom tengok deko secara berperingkat..kebanyakan sekarang semua terdapat banyak warna colorful..jom CR share sedikit sebanyak perubahan dan ketandusan duit luar biasa CR..kihkihkih...

Ekcelli CR dah beli kapet black pink..cuma xbawak lagi sebab kat umah mak hajah dan abah haji..heheh..nanti depa kata nak mai KL depa bawak..xsabar naaaa....

Pinggan mangkuk lak lebih kepada blue color..tudung saji yang legend pun biru...xtermasuk tupperware yang kazen CR jual RM45 yang sioknye 3x bayo...kedekut x? Huhu...tupperware tu ade 3..itupun untuk simpan lauk atas meja makan...malasla tengok lauk berterabur je...ni baru 30% je..sebab malas masih ada terutama nak susun pinggan mangkuk berharga mak CR kat lemari..adeh..ciow...

Friday, June 13, 2014

Yeay meja comel da dapat...

Assalam..

Excitednye meja CR da sampai...sangat epi lo..harga berbaloi...comel sesangat...

Xsabar nak buat makeover terutama seat..ade sponge la sket...baru montot xsakit...kihkihkih...

Kayu dia memang elok..solid wood...puas ati sesangat...menepati citarasa CR.Highly recommendation..beli di Luzano Sdn. Bhd. di Bandar Hussien Onn..

Walaupun ade sedikit terpeleot pada meja...mencacatkan permandangan..sebab kalau kat bawah tu bole la pejam mata...kat sudut u nampak ketara sangat...so belum konfem receive lagik nanti dia tuka meja..

Anyway selamat membeli..kalau nak simple iys better untuk kitchen punye meja makan..kalau kat luar baru yang canggih riban2 kan...xpela umah kecik sesuwai yang kecik dan simple...okies...chiow...

So macam xbestla...so mintak

Monday, June 2, 2014

Projek Mencantikkan Kerusi Meja Makan Lama

Assalam..

Yuhu....pengaruh inggeris kuat pada CR terutama bab DIY..kalau nak.tau CR memang suke gile DIY kalau umah impian.sendiri pasti banyak koleksi DIY yang CR nak transfom..

Kalau asik membeli je memangla membazir so keje2 DIY bole mencantikkan semula perabot lama kita nanti...

Cadangan pertama nak beli spray kaler putih...supaya nampak moden sket...dan cantik...sarung belang2 ni baru je tuka...sangat cantik dan kononnya nak konsep cekelet...

Dah survey meja makan..harga meja sahaja dan set kerusi bengong RM200...nak try bargain lagi supaya dapat price RM100 even walaupun baru beli tetap kategori terpakai...caiyok...hope2 dapat la...chiowww..

Projek Mencantikkan Kerusi Meja Makan

Assalam...

Aha.....sekarang otak terpaksa ligat untuk mencantikkan meja makan simple ni...ikut kan ati CR sayang sangat kerusi lama ni..cadang nak beli meja je...tapi harganya mahal juga..RM200..terasa tak macam berbaloi je sebab takat meja je..2nd hand lak tu sedangkan CR dapat yang baru tambah rm99 je dan ofkos penghantaran rm40..

So pk..punya pk so amik je yang baru...yang lama ni sayang nak buang k...sentimental value...usia dah cecah 20 tahun....dan yang bestnya sit kita bole tuka mengikut kesukaan kita.dan jikalau CR dapat bargain meja tu RM100 CR rembat untuk mencantikkan semula meja makan CR beserta kerusi antik ni..meja rosak sebab getah kayu kembang kerana terendam air semasa proses pengubahsuaian aritu...

Jom CR share pic beberapa projek DIY yang bakal CR nak bikin untuk meja makan baru tu nanti...

Corat Coret Membeli Meja Makan

Assalam..

Payah sangat la CR nak cari meja makan yang bokonan dihati...bukan xda...masalah eh...hargo eh bapak mahal...hehehe....Kalau ikut ati mau beriban jugak harganya...kerusi yang cantik...tapi pk punya pk..isk..xpe la...

Kita nak memahal pun nak buat ape..kena pk panjang...duit bukan senang nk cari..kalau pk nak membazir sonang yo...hari dapek xsampai seminit leh abis...

Tapi kena pk panjang...duit yang ada kan banyak jimat...xpe murah janji kita xsusah nak ikat perot berlapar...lagipun nak dekat puasa ni kena jaga bajet...hutang pun da menimbun...

In Sha Allah syurga ini utk CR dan chenta hati utk memulakan hidup berkeluarga...kalau ade rezeki lebih..kami pindahlah rumah selesa...tapi rumah kat KL wajibla....hahahah....

Okies..jom CR share beberapa koleksi meja makan dibawah RM500 memang semuo eh bokonan...tapi yang pilihan pertama dan kedua ni memangla cantik tapi mentenen tinggi...lelama cepat kepam dan buruk...so walaupun suka...kenala rejek...huhu..

Pilihan ketiga dan empat...erm..simple dan price dibawah paras Rm400..so meja ala marble...walaupun bukan marble top sebenar. Tapi xberapa konfiden ngan kerusi nipis sangat..macam bole patah je..adeh..so rejek jugakla...

Akhirnya CR pilih paling simple...kayu katanya fine wood..err..(lupo lak ape mende nye) tapi kemas dan simple..harganya jeng..jeng.. RM339 sahaja..dan nanti ada sesikit bajet untuk dekorasi simple untuk meja ni nanti...jom tgk....next kita story sal dekonya plak..