Wednesday, April 4, 2018

Celebrate Bornday (Mood Happy)

Assalamualaikum,

Pelik sepatutnya post semalam bornday kita 3 April. Tapi kan bila post jadi 2 April plak. So sempena bornday kita semalam makanya CL celebrate makan² seorang.

Hahahahaha...😂😂😂 nanti tahun depan celebrate berdua plak. Lepas tu bertiga...bereempat...eh....calon ntah kemana sesat. Tapi wajib tahun depan dah ada suami.

Hari ini menu CL

1. Cake Secret Recipe - Chocolate Brulee (so far lembek sangat cake dia. Xberbaloi untuk RM11.80 sepotong)

2. KFC - Set B (Lunch) Nasi + Ayam seketul + Coeslaw.

3. Pizza Hut 3 - Pan Kecil RM5 satu. Chicken delight + Chicken Supreme with Extra Cheese (Add RM1.50) + Cheese Delight.

Hebat tak menu hari ini? Sepatutnya semalam tapi kesihatan tak mengizinkan. Dari sakit belikat + elergi pada jari dan tapak tangan kiri + period pain = Tiada Mood Lansung.

Hari ini dah ok sedikit. Alhamdulillah. Sakit itu penghapus dosa.

Oleh kerana dah 2 tahun sakit maka tidak sempat nak perbaharui lesen memandu. Alhamdulillah settle. Expired tahun 2020 nanti.

Baru tahu satu penyakit penyebab BCG ini makin besar dan gatal. Sebenarnya butane dari suntikan BCG. Nanti CL kupaskan bersama sakit apakah.

Syukur sangat semuanya berjalan lancar setelah dugaan beberapa minggu lepas. Apapun...

Happy bornday to myself. Wish happiness and wealthiness around me. InsyaAllah this year my star will shining. Forget the past. Strive for success..

XoXo,
Cik Lee

Monday, April 2, 2018

Happy BornDAY to ME

Assalamualaikum,

Hari ini dalam sejarah. Hari lahir CL yang ke 20 tahun...hihi..😊😊😊💗  nak mengaku muda sesekali.

Kali ini dipanjatkan rasa syukur kepada Allah s.w t. diberi kesempatan merasai segalanya.

Kerjaya, dapat menunaikan umrah, dapat bercuti dan keluarga yang sentiasa menyokong malah mereka yang tidak putus² memberi semangat. Alhamdulillah...

Walaupun tiada lagi ucapan istimewa namun bersyukur jika ia bukan lagi kata pura² yang lahir dari hati, bukan lagi demi menjaga hati, bukan lagi kata manis untuk menyedapkan jiwa. Apa yang utama keikhlasan.

Semoga apa yang diimpikan lebih baik dari tahun sebelumnya. Bersedia berumah tangga bersama yang tersayang (even tak tahu siapa calonnya) dan memiliki zuriat sendiri sebagai penyambung warisan.

Yang baik tidak semestinya cepat tapi hadir tepat pada masanya. InsyaAllah.

Kalau tiada kat dunia pun mudah²an ada yang lebih baik menanti di akhirat.

Kepada yang menyambut bersama hari ini. Semog Doa² kita dikabulkan Allah s.w.t.

Selamat hari lahir buat diriku dan ssmua yang menyambut hari ini.

XoXo,
Cik Lee