Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Thursday, November 19, 2015

Beras Herba Ponni Taj Mahal

Assalamualaikum,

Tiba-tiba nak story pasal pemakanan pulak. Beras ini adik abah CR yang test beli dulu. Lepas tu pun kami beli disebabkan masalah darah tinggi masing-masing. Selain itu, beras ini sesuai untuk pesakit diabetes kerana kurang kanji.

Tapi sejak dulu memang rumah CR ni bab makan alhamdulillah, Sebelum kami  bertukar beras kami adalah penggemar makan jenama beras Naga Mutiara. Harganya pun boleh tahan juga..Beras ini paling wangi dan sedap setakat ini kami beli. Harganya untuk 10 kg mencecah harga RM50. tetapi tak boleh nak challenge beras Taj Mahal ini untuk 5kg sahaja sudah bernilai RM 35++ tetapi demi kesihatan beli lah juga memandangkan kadang-kadang CR ni selalu makan lewat (bukan selalu ke? kehkehekeh..) Jadi less kanji dapat cepatkan bakar sikit dan boleh lah xpayah nak tunggu lama untuk zzzzz.. (tidur) .haaa...part ini jangan tiru plak...orang rajin macam CR ni memang tak boleh nak kata apa lah.

Beras Naga Mutiara ni memang wangi lebih-lebih lagi kalau masa tanak tu tengah menggelegak. Pergh...satu rumah berbau wangi. Bukan lah bau perfume. Tapi bau beras tu sendiri. Beras ini lebih putih dan tinggi kanji. Jadi sekarang dah tak makan dah.  Sebab tak larat nak makan beras mahal2 kesemuanya. Orang kat aelok beras wangi di campur beras herba ponni ini.

Dulu penggemar beras ini.
 Sekarang memandangkan kita makan bermacam-macam makanan yang manis dan bergula. Kenalah ada usaha untuk mengurangkan kadar gula. Selain dari menyebabkan gigi kita rosak kerana kandungan gula tersembunyi. Dan data di bawah diperoleh dari website

http://www.myfitnesspal.com/food/calories/beras-herba-faiza-taj-mahal-ponni-rice-239294374

selamat mencuba semua...daaa...


Nutrition Facts

Beras Herba Faiza - Taj Mahal Ponni Rice

  1.   
Calories175Sodium0 mg
Total Fat0 gPotassium0 mg
Saturated0 gTotal Carbs39 g
Polyunsaturated0 gDietary Fiber4 g
Monounsaturated0 gSugars0 g
Trans0 gProtein4 g
Cholesterol0 mg
Vitamin A0%Calcium5%
Vitamin C0%Iron0%




Monday, November 9, 2015

Seni Memasak Bahan Murah Rasa Sedap

Assalamualaikum,

Minggu ini adalah peluang mereka bercuti panjang dan menghabiskan masa bersama yang tersayang. Berbeza dengan CR menghabiskan masa sendirian sahaja di rumah selama 3 hari ini tanpa pulang ke kampung dengan lama.

Peluang ini diambil untuk merehatkan minda, untuk sendirian melakukan apa sahaja yang disukai. Tak payah pk nak masak, mandi awal, cuma santai sendirian di rumah dan merehatkan perasaan yang berkecamuk beberapa minggu ini melibatkan ramai orang yang tersayang.

Lupakan soal perasaan, jom kita teruskan bincang mengenai masakan. Umum CR ini bukanlah terlalu bagus soal memasak. CR masak tidak lah begitu vavaboom. Simple home cook sahaja tanpa memerlukan bahan-bahan yang merapu. Malah incik Fisher kata masakan CR tak sedap...(sedih kan?) Almaklum orang tak biasa masakan semenanjung nampak wajahnya agak pelik menikmati makanan di sini..hahaha... Well as you know saya juga tidak biasa masakan Borneo ye..tapi takda lah sampai cakap xsedap cuma tidak semua makanan menepati citati citarasa hakak ni.

Kepantangan hakak adalah mengunakan bahan perasa. Akak memang perticular mengenai bahan perasa terutama melibatkan homecook ini Homecook wajib berbeza dengan masakan kedai melibatkan perasa Ajinomoto ( pening kepala dan nak muntah....memang tak boleh makan) , perasa seperti kiub bilis lah...bla..bla...Satu-satunya perisa yang CR boleh guna hanya kiub pati ayam. Itupun bukan sepenuhnya,

Memasak ini sebenarnya mencabar jika bahan terhad, tetapi nak sedap. CR banyak meneliti beberapa resepi yang ada di blog dan lamam sosial yang adakalanya melampaui kos beli kat kedai. Masakan di rumah sewajarnya sedap dan murah kerana itulah function kita bila kita homecook. Bukan merapu dan menyusahkan nak mencari bahan-bahan pelik semata-mata untuk sedap (kalau sedap..kalau biasa-biasa sahaja kan dah membazir?)

Bahan utama yang CR kaji dalam semua masakan:-

1. Sos cili
2. Sos tomato
3. Cuka
4. Sos tiram
5. Lada hitam
6. Garam
7. Kicap manis
8. Lada sulah
9. Mayonis
10. Gula
11. Serbuk kunyit
12. Serbuk kari
13. Tepung

Jadi pastikan semua bahan ini wajib ada dirumah. Anda cuma perlu olah supaya sesebuah masakan itu menjadi enak.

Bahan-bahan basah pula :

1. Asam keping
2. Belacan bakar (optional)
3. Bahan menumis ( kulit kayu manis, bunga lawang. bunga cengkih, jintan putih, buah pelaga (optional) )
4. Asam jawa
5. Serai (kalau tanam lagi bagus..segar)
6. Halia
7. Bawang putih
8. bAwang merah
9. Cili merah
10. Telur (better yang less cholestrol)
11. Lada / cili merah (yang siap diblender lagi bagus tapi yang original bukan yang di pack)
12. Limau nipis
13. Kentang
14. Cili api
15. Daun Limau purut dan daun kari serta daun kunyit
16.Bilis

Bahan-bahan orang kaya yang hakak tak beli sangat ( setakat ni beli serbuk pasley dan madu je)

1. Serbuk cili ( for what? too mat salleh lah sangat)
2. Whipping cream (better cari resepi pakai susu je...kosnya mahal)
3. Mozarella/ parmesan...bla..bla... ( guna satu cheese sudah....jimat kos...)
4. Rosemary/ pasli / oregano/ tyme.. bla..bla.. (pilih salah satu je..pasli lebih comel dalam masakan)
5. Cream tartar ( apakah? sorry konpem tak beli...)
6. White Chocolate / chocolate bar..
7. Madu (elok yang original untuk perasa makanan dan CR beli satu sekadar readymate je..)
8. Mustard sos
9. Strawberry / chocolate sos

Bahan-bahan masakan wajib untuk buat kek

1. Baking powder
2. Esen vanilla
3. Sebuk penaik
4. Butter
5. Serbuk koko

Bahan-bahan lain

1. Beras Taj Mahal ( less kanji untuk elak diabetes, biar mahal...makanan kita sekarang banyak gula sembunyi)
2. Susu pekat manis (kalau xberapa suka optional tetapi sedap untuk bahan buat kek)
3. Serbuk cokolat ( untuk buat air atau pun sebagai bahan buat cookies/ kek)
4. Milo
5. my peberet Nescaffe
6. Planta

Semua bahan-bahan wajib dalam rumah CR dan CR banyak aplikasi gunapakai bahan-bahan wajib untuk buat sesebuah resepi. Takda bahan-bahan yang melalut dan mebazir asalkan seimbang untuk kesihatan dan menjimatkan.

Bahan-bahan tambahan sebagai perencah yang wajib beli :-

1. Lada benggala ( 3 warna)
2. Brokolli
3. Carrot (lobak merah)
4. Salad
5. Pasta ( makaroni dan spiral )
6. Sardin ( wajib ada sebagai backup plan walaupun tak pakai sangat ...hihu)
7. Roti
8. Hotdog
9. Meatball ( jenama Azmy)
10. Daging burger ayam ( Selalu beli jenama Ramli)
11. Kentang goreng
12. Tortilla wrap
13. Prata wrap
14. Aiskrim ( express desert...hehe)
15. Cheese ( kraft )
16. Kobis
17. Lamb
18. Daging
19. Ayam
20. Dory
21. Siakap
22. Salmon
23. All makanan laut (udang, sotong, ketam)

 (ini sebagai tambahan sahaja nak jimat makan sebulan..jadi kena lah pelbagai kan )

Sebenarnya bahan-bahan ini sesuai untuk orang berdua atau ramai, jika kuantiti ramai kenalah kerap beli. Jimat buat breakfast dan juga lunch treat yang express tapi home made. Kos pun murah, tak perlu nak pening-pening. Sebagai amatur bawa bekal ke pejabat ini adalah sekadar untuk panduan sahaja terpulang kepada semua.

Nanti akan datang CR akan share resepi mudah dah tidak perlu gunakan banyak bahan-bahan. XOXO..




Monday, May 18, 2015

Frankfurters a.k.a Hotdog yang digemari

Assalamualaikum..

Topik makan lagi...hah ni nak promosi jika anak anda suka makan hotdog, suka masak pasta with carbonara, pizza roti dan macam2 lagi tapi nak sesuatu yang sedap dan berbaloi?

CR syorkan jenama Ayam Pertiwi. Selain daripada halal, hotdog ini sedap dan yang paling penting MURAH. Sebagai orang yang cerewet pemilihan citarasa memang unik sikit. Sekali beli terus tertawan..

Dengan harga pasaran RM3.95 anda mendapat 10 (keping bukan...erm...buah pun bukan..eh..tataulah...) berbaloi-baloi...So jika peminat masakan western..apa lagi grab lah di pasaran sekarang.. Mokcik pokcik yamg meniaga boleh lah beli dan jual murah sikit pada orang ramai... Terutama makcik niaga Yong Tau Fu kat.kawasan perumahan CR ni. (Promot..punye.promot...tokey ha...xda diskaun meh)

K.la...daaa

Bebola Daging Pilihan Saya

Assalamualaikum..

Minat memasak? Suka mencuba resepi? Pernah teruja mencuba resepi "Swedish Meatball" ala Ikea? Tercari2 bahan utama untuk memasak? Meatball? Bebola daging terhangat di pasaran yang sesuai mencuba resepi kegemaran ramai dan yang pasti adalah halal.

CR telah mencuba resepi tersebut cuma diubahsuai mengikut bahan yang ada di dapur. Namun kurang kick jika tidak diletak jem perisa anggur or strawberry untuk menikmati kelazatan sempurna ala Ikea. Memang resepi tersebut menepati perasa sebenar di Ikea namun bila masak sendiri terasa heaven bila makan. Boleh tambah2 ikut suka. Dan yang utama adalah JIMAT.

Inilah jenama meatball yang highly recommended untuk mencuba resepi ini selain keenakan dan keempukan daging saiznya juga agak besar. Dengan harga pasaran RM 11.35 (Di SOGo) boleh lah mencuba resepi ini. Memang berbaloi dan sedap. Jenama AZMY adalah pilihan terbaik.

Dapatkan dipasaran sekarang jika teringin membuat hidangan western untuk keluarga tersayang. Hidangan petang Ahad sambil minum di laman (cehceh...imagine) .Anak2 pasti teruja dan suami pasti terliur..hahah...

K lah..saja nak show satu ketika dulu ketika mencuba resepi dengan bebola daging jenama AZMY. Selamat mencuba..resepi macam biasa sila google..rasa malas sudah nak copypaste..chiow...

Sunday, April 19, 2015

Makanan Tradisi Negeri Sembilan : Gulai Tempoyak Daun

Assalamualaikum,

Pepagi hakak dengan penuh kepoyoan ingin mempromosikan salah satu lagi menu tradisi Negeri Sembilan yang sangat lazat dan semakin digemari ramai.

Kalau bulan puasa xmiss kalau ada sesetengah orang meniaga menu ini namun x 'kick' seperti masakan ori Negeri Sembilan.

Orang Nogori ni goma makan masakan dirumah yang lebih berperasa berbanding masakan kedai adakalanya kurang santan. Lebih air. Nak jimat. Dan raso opkos out la..sekali jela orang beli pehtu konpem orang x nak.

Tempoyak daun ni banyak menggunakan sayur dan daun yang kebanyakan ready siap di pack di pasar2 terutama pasar tani Pilah dan opkos di pasar tani Batu Kikir (Tikir).

Jalan masuk ke kg CR adalah sebelah Balai Polis Batu Kikir dan Sekolah Menengah Batu Kikir terus je..tapi xbole btau la kek mano..hahahah..dulu rumah atuk dan nenek CR seperti rumah tradisional Minangkabau. Dari segi binaan atap, tingkap, rumah ibu da rumah ayah, laluan antara rumah ibu dan rumah ayah, Dapur dan bilik mandi yang ada kolah (tempat simpanan) air yang besar.

Rumah minangkabau berbeza dengan rumah limas. Dan kebanyakan rumah di Negeri Sembilan mempunyai binaan rumah Minangkabau..nanti CR explen lebih detail.

Resepi2 nya boleh la para sahabat CR google. Xsiok la kita kasi semua kan? Kasi la sahabat blogger dikunjungi jugak. Blog bawah ni nampak pure masakan nogori.

http://resepinannie.blogspot.in/2012/03/sambal-tempoyak-pucuk-kayu.html?m=1

Resepi orang nogori ni xboleh nak masak ikut suka tetapi claim masakan nogori..haipsss..jangan..dah la rasa air..tempoyak kurang..rasa x ando..memalukan je..

Kalau xghoti jangan buek. Nak niago jangan ala kadar.Xbuleh...sebab tu makanan identiti..Nak promosi buek boto2. Kuk sodap orang repeat order..yo x?

Tu yo dapek CR cito an..kalau lapar..cecopek google dan buek..hahah..kalau sodap jangan lupa btau..pas sikit kek hakak yo..

Tata..

Tuesday, May 14, 2013

Spagetti Udang

Assalam.....

Hehehe...dah lama x mengupdate kan diri...kalini penangan masterchef selebriti dok pulun spagetti sepangjang masa so cik Rini tetibe terliur..mujurlah spagetti belen aritu masih ade.Jadi amik peluang la cik Rini amin resipi mudah dari MyResipi untuk test buat. Memang mabeles la. Bahan dia simple je.tp dijamin saya suke.

Bahan :

Udang
Bawang putih
Bawang besar
Tomato / carot / brokoli
Cili merah / hijau / benggala (untuk kasi ade kaler)
Spagetti
Sos Tomato
Garam
Lada Hitam
Minyak zaitun (kalau xd belasah je minyak masak)

Cara memasak :

Setelah rebus spagetti dan asingkan. Cik Rini tumis bawang putih sehingga wangi.Goreng bawang besar dan carot(terpulang nak sayur ape) serta lada (ikut ape ade kt dapur anda). Campurkan sos tomato 2 sudu besar dan spagetti. Gaul sehingga sebati. Jangan lupa garam. Tabur lada hitam. Jika kering tabur sedit demi sedikit minyak agar tidak terlalu kering masa menggoreng. Hingga semua dah mesra bole hidangkan dan tarrraaaaaa...siap untuk dinikmati...bismillah.....jom makan...

Thursday, April 25, 2013

Megi time....

Assalam...

Hujan lagi.....semalam arini...dan mungkin esok....aik...hahaha~ ujan2 ni sedap pekena megi...ape lagik cik Rini pun sediakan bahan2 untuk masak megi.

Bahan2 selalu cik Rini gunakan resepi dari abah tau... kalau abah buat lagiiiii sedap....hikhikhik....

Sayur Sawi
Telur
Bawang PUtih
Megi ayam/ kari

(Tambahan sendrik...hotdog..dan tauhu goreng khas untuk megi goreng je tauhu ni)

Tumis bawang putih..sehingga wangi...beserta tauhu, hot dog, kemudian masukkan air..agak2 mengikut paket megi. Setelah air menggelegak sedikit masukkan megi kemudian perencah.  Kemudian masukkan sawi dan pecahkan telur dan masukkan ke dalam megi tadi. Telur tu kalau nk yg hancur tunggu 1 min baru kacau. Bila air separa kering matikan api. Jika ingin agak basah maka biarkan telur tu terendam sehingga masak...Angkat dan hidangkan...hasilnya....

Taraaaaaaa.... (separa kering style)

Tuesday, February 26, 2013

Ayam brocoli masak halia lada hitam

Assalam...

Kalini cik Rini merajinkan diri untuk memasak menu ini..dah 2x cik Rini buat cuma arini tambah brocolli..oke jom kita mulakan....yehaaaaaaa....

Ayam dipotong kiub (ikut kepeluan kat hypermarket ada ready made just potong kecil sedikit)
Brocolli
Cabsicium (Lada benggala)
Kubis (dipotong halus)
Kubis Bunga
Serbuk Lada Hitam

Bahan untuk tumis :-
Bawang merah
Bawang Putih
Halia
Sedikit garam
Sos tiram

Tumis semua bawang dan halia sehingga naik bau. Masukkan sedikit garam. Masukkan sesudu sos tiram. Kacau hingga rata. Masukkan ayam kacau rata. Taburkan serbuk lada hitam. Tutup kuali agar ayam masak rata beberapa minit. Masukkan semua bahan sayuran. Kacau dan tutup. Masukkan sedikit air masak. Untuk mudahkan sayur masak. Tutup 5 minit. Sehingga semuanya masak siap untuk dihidangkan.taraaaaaa....

Saturday, December 8, 2012

RiNi 30 min Home Cook - Lunch

Assalamualaikum,

Ngeee...sekarang neh nk try lak post baru utk blog ni. Ofkos -LAH resipi....rini mmg suke memasak kalau mood baik...jadi kalau mood baik...perut lapar...ditambah nk makanan yang murah dan enak so jom try resipi simple Rini utk lunch....sebagai orang melayu ofkos hidangan berbentuk nasi adalah yang utama..kabanyakan wanita sekarag prefer sangat masakan western...tapi suami kebanyakan adalah pemakan nasi..so pe kata try menu ni...untuk yang bujang pun pe salahnye.....masak sedap2....janji jimat :)

Ayam masak Halia RiNi style

3 Ketul ayam sederhana (terpulang pada keperluan family) dipotong kecil ( ala dadu tetapi jangan kecil   sangat takut masa memasak mengecut)

1 Batang serai (diketuk)

3 Sudu besar Halia ( siap dikisar)*

2 Sudu besar bawang merah ( siap dikisar kasar)*

2 Sudu besar bawang putih ( siap dikisar kasar) *

1 biji bawang besar di potong 

1 Sudu besar sos tiram

Garam secukup rasa

2 sudu besar minyak masak

Cara memasak:-

Gorang ayam tadi sehingga masak (putih) asingkan.Tumis bawang merah , putih, halia dan bawang besar. Masukkan serai. Apabila dan agak berbau masukkan sos tiram dan garam. Gaul sehingga sebati bahan-bahan tersebut. Siap dimasak maka boleh dihidangkan. Tabur lada hitam untuk perasa tambahan dan daun sup untuk hiasan ala-ala chef

Terung Goreng Berlada ala RiNi

1 Biji Terung saiz sederhana dipotong bulat

2 sudu besar Bawang merah

2 Sudu besar Bawang putih

1 sudu kecil lada api (siap dikisar kasar)

1 sudu kecil lada merah (siap dikisar kasar)

Sedikit ikan bilis (ikut keperluan)

Cara memasak;-

Goreng bilis sehingga separa masak. ketepikan sedikit dari minyak dan tumis semua bawang dan lada. Masukkan garam. Masak pada api saiz sederhana dan masukkan terung. Goreng sehingga terung bertukar perang. Masukkan sedikit air untuk mengelakkan sayur terlalu kering dan kuali menjadi hitam.

Ayam Goreng Tepung

Ambil beberapa ketul ayam ikut keperluan keluarga anda . Salutkan ayam tersebut dengan rempah ayam yang ready made tanpa telur. Jimat kos. Goreng dan hidang.

Lengkap satu menu isteimewa untuk keluarga tersayang. Untuk makluman mempercepatkan memasak boleh beli bawang putih, bawag merah, lada api, halia, lada merah yang siap dikisar dipasar-pasar basah. Simpan dalam fridge untuk kekalkan kesegaran.RiNi salu dibeli oleh abah dan mak RiNi di Pasar Chow Kit. Al-maklum abah dulu keje DBKL pasar Chow Kit Jalan Raja Bot tu so dia pakar le..hahahahah~