Assalamualaikum,
Ngeee...sekarang neh nk try lak post baru utk blog ni. Ofkos -LAH resipi....rini mmg suke memasak kalau mood baik...jadi kalau mood baik...perut lapar...ditambah nk makanan yang murah dan enak so jom try resipi simple Rini utk lunch....sebagai orang melayu ofkos hidangan berbentuk nasi adalah yang utama..kabanyakan wanita sekarag prefer sangat masakan western...tapi suami kebanyakan adalah pemakan nasi..so pe kata try menu ni...untuk yang bujang pun pe salahnye.....masak sedap2....janji jimat :)
Ayam masak Halia RiNi style
3 Ketul ayam sederhana (terpulang pada keperluan family) dipotong kecil ( ala dadu tetapi jangan kecil sangat takut masa memasak mengecut)
1 Batang serai (diketuk)
3 Sudu besar Halia ( siap dikisar)*
2 Sudu besar bawang merah ( siap dikisar kasar)*
2 Sudu besar bawang putih ( siap dikisar kasar) *
1 biji bawang besar di potong
1 Sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
Cara memasak:-
Gorang ayam tadi sehingga masak (putih) asingkan.Tumis bawang merah , putih, halia dan bawang besar. Masukkan serai. Apabila dan agak berbau masukkan sos tiram dan garam. Gaul sehingga sebati bahan-bahan tersebut. Siap dimasak maka boleh dihidangkan. Tabur lada hitam untuk perasa tambahan dan daun sup untuk hiasan ala-ala chef
Terung Goreng Berlada ala RiNi
1 Biji Terung saiz sederhana dipotong bulat
2 sudu besar Bawang merah
2 Sudu besar Bawang putih
1 sudu kecil lada api (siap dikisar kasar)
1 sudu kecil lada merah (siap dikisar kasar)
Sedikit ikan bilis (ikut keperluan)
Cara memasak;-
Goreng bilis sehingga separa masak. ketepikan sedikit dari minyak dan tumis semua bawang dan lada. Masukkan garam. Masak pada api saiz sederhana dan masukkan terung. Goreng sehingga terung bertukar perang. Masukkan sedikit air untuk mengelakkan sayur terlalu kering dan kuali menjadi hitam.
Ayam Goreng Tepung
Ambil beberapa ketul ayam ikut keperluan keluarga anda . Salutkan ayam tersebut dengan rempah ayam yang ready made tanpa telur. Jimat kos. Goreng dan hidang.
Lengkap satu menu isteimewa untuk keluarga tersayang. Untuk makluman mempercepatkan memasak boleh beli bawang putih, bawag merah, lada api, halia, lada merah yang siap dikisar dipasar-pasar basah. Simpan dalam fridge untuk kekalkan kesegaran.RiNi salu dibeli oleh abah dan mak RiNi di Pasar Chow Kit. Al-maklum abah dulu keje DBKL pasar Chow Kit Jalan Raja Bot tu so dia pakar le..hahahahah~
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa