Monday, December 14, 2015

Cinta Geng Bas Sekolah Fasa Sekolah Menengah

Assalam,

Kalini ini kembali ke story cinta monyet zaman sekolah menengah pulak. Zaman dulu nak sekolah campur, tapi disebabkan rekod sekolah itu  sangat buruk maka kebanyakan pelajar perempuan zaman sekolah CL dulu memilih sekolah CL sedia ada.

Nak dijadikan cerita sekolah CL ini adalah sekolah perempuan. Dan zaman CL dulu kebanyakan sekolah ada satu jenis sahaja. Sekolah lelaki atau sekolah perempuan. Zaman sekarang dah tak da macam zaman CL dulu. Semua dah bercampur.

Oleh kerana CL sekolah perempuan maka di sekolah sangat siksa jumpa makhluk bernama lelaki. Macam makhluk asing gitu jika di sekolah CL satu ketika dulu. Mula-mula kita cerita part bas sekolah.

Oleh kerana, dalam perjalanan ke sekolah kami ada lebih kurang 2 buah sekolah perempuan. Maka penghuni bas adalah juga di kalangan wanita. (bosan….tak da orang lain ke) Sehinggalah ada 5 jejaka menaiki bas kami.


Pergh….rebutan ok. Sebab mereka ini berlima. Tapi dalam 5 orang itu, ada 2 orang paling hot. Serius handsome. Rebutan wanita-wanita di dalam bas itu. Semua pakat-pakat melawa setiap kali nak pergi dan balik sekolah… Ce teka mereka berdua rebutkan sapa pulak (nada poyo…) hahahaha…ofkos-lah HAKAK CL (poyo giler minah ni….) nanti kita cerita kenapa CL jadi rebutan plak…kehkehkeh….

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa