CL dan verangan memang tak dapat dipisahkan. Ibarat aur
dengan tebing gitu. BFF..hahaha…
Story kali ini macamana CL pertama kali suka/ jatuh cinta.
Cinta monyet k. CL minat seorang mamat ini. Kalau dilihat paras rupa. Tak lah
handsome mana pun. Tapi suka punya pasal macam dah tak da lelaki lain nak minat.
Cuma yang buat suka satu je sebab dia pakai SPEK MATA. Siap pasang angan-angan
jodoh CL mesti yang memakai SPEK MATA (cermin mata).
Ntah pape kan taste CL masa tu. CL memang suka sangat dengan
dia sampaikan dari darjah 1 sehingga darjah 6 kami bersaing naik pentas sebab
berebut nak dapat pelajar cemerlang. CL memang sentiasa kalah dengan sidia.
Memang hampeh sungguh. Berusaha keras macamana pun gerenti dapat nombor 2.
Asyik-asyik dia je dapat nombor 1. Bila kami dapat kelas terbersih CL dapat
pegang piala bersama dan kebetulan satu hari mak dia gandingkan kami bergambar.
Itu jelah satu-satunya kenangan bergambar dengan sidia. Happy sangat. Rasa nak
melompat bila mak dia offer kami bergambar berdua.
Kalau mengaji pun CL sentiasa cemburu dia pandai mengaji. CL je asyik kena rotan
sampai nangis2 sebab sakit sangat kena rotan dengan acik yang mengajar mengaji.
Masa itu, tak faham sungguh kenapa kami dua beradik sahaja sering dirotan.
Macam rasa kes dera pulak. Dulu bodoh mana tau bab-bab dera ini. Kena rotan pun
tadah je. Bila dah menangis mestilah CL malu. Yelah mentang-mentang dia
berjiran. Tak pernah lansung kena rotan.
Sudahnya kami tukar tempat mengaji. Baru aman damai sebab
kami tidak lagi dirotan. Yahoo…. Tapi itu dulu, sekarang ini beliau sudah
berumah tangga dan memiliki anak. Semoga beliau bahagia dengan kehidupan dia.
Mujur juga kami tak bersama sebab errr…sorry nak cakap CL tak suka mak dia
kerana mulut mak dia boleh tahan…hahahaha…mungkin perancangan Allh s.w.t. itu
lebih baik sebabnya kami tak berjodoh. Lagipun mak dia sering tak puas hati
dengan mak CL. Heran..heran…nak kata kami ni kaya raya sampai tahap dia nak
cemburu tu memang tak logic. Sama je kot rumah flat. Tetapi beliau sekrang
sudah berpindah rumah teres kononnya. Tp mak abah CL pun dah pindah. So itulah
cerita sebenar disebalik kejayaan naik pentas setiap tahun di sekolah rendah.
Kalau mak taulah, dia up lagi bilangan libasan rotan..ngehngehngeh…daaaaa…
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa