Monday, December 14, 2015

Cik Lee is back!

Assalam,

Rindu tak? Hari ini Cik Lee buka semula blog CL dengan wajah baru dan cerita verangan baru…hahahah…post yang lalu kebanyakan ala putus kasih sayang gitew….euw….apekah? Jatuh Cinta? Putus Cinta..bukan pelik sangat pun..

Ok..post lepas ini CL share kan mengenai lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidup CL dan mengapa CL masih sendiri..tak laku  ke? Please ye…jangan anggap wanita yang telah melepasi usia sepatutnya menikah itu tidak laku.  Kadang-kadang rasanya balasan sebab melepaskan ramai lelaki yang cuba mendekati CL (ceh…macam ramai sangat)

Sambil share ini, sambil merenung semula kemungkinan dosa silam melukakan hati insan lain. Dan sekiranya insan itu terrrrrbaca  blog ini. Mohon ampun dan maaf atas segala perbuatan CL yang melukakan hati dahulu. CL hanya manusia yang kadang-kadang khilaf. Kepada mereka yang melukakan juga. CL memaafkan mereka seikhlas hati. Semoga mereka hidup tenang dan bahagia. Tak guna kita menyimpan dendam dan sakit hati seiring dengan kematangan usia kita.

Back to the story, baru-baru ini CL ada menghadiri kursus di Promenade Hotel, Tawau. Bila berkaitan dengan pyramid number kelahiran ni, penceramah CL pun dengan laju menyatakan hakak CL ini memiliki ramai peminat. Hahahahah..peminat je…tak de pun nak hajak jadi bini dia. Sadis tak? Kuikuikui….nanti next post CL akan cerita satu persatu dari zaman sekolah rendah sehingga CL balik dari kursus tu…pergh….macam femes je. Opkos lah, hanya yang mengenali personally akan tau betapa femes nya CL dikalangan lelaki-lelaki Malaya…..(ceh….poyo) adiossss….

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa