Assalam,
Zaman bas sekolah adalah semasa CL belajar di tingkatan 1
& 2, Zaman baru nak up gitu.
Yelah, abah CL pulak kerjanya masa itu masih pegawai tentera. Maka terpaksa lah
ke sekolah naik bas. Masa itu, nak menangis juga sebab sekolah jauh dari rumah.
Ceh, macam jauh sangat je.
CL ni dalam bas itu, hanya CL berdua je wanita melayu muslim
dalam ramai-ramai itu dan yang lain adalah pelajar cina.
Bermula kehidupan di sekolah menengah membibitkan pertemuan
dengan dua jejaka paling hot dalam bas. Sorang itu, sangat lembut ( bukan macam
mak nyah ye) ada tahi lalat di pipinya. So sweet…. ( tetiba terbayang plak
wajah comel itu) Seorang lagi, muka cam nakal-nakal. Ala, gangster kampong dusun.
Tapi so handsome..Cair kalau tengok. Dua-dua jejaka kacak ini, memiliki kulit yang
sangat cantik. Mulus…
Zaman CL dulu itu, cerita cina sangat top, Jimmy Lin, Leon
Lai, Aaron Kwok, Andy Lau memang jejaka terhangat dan terkacak di seantero
dunia. Selalulah kami pandang-pandang, jeling-jeling.
Cl taktau plak pada awalnya mereka ini suka kat CL, bukan
nak perasan ye. Tapi lelaki dua orang ini selalu usik CL. Dan jikalau nak
berdiri dalam bas itu, nak rapat-rapat je. (menyampah plak..punyalah besar bas
itu untuk berdiri….asik-asik nak menempel je)
Sekolah perempuan ini mesti ada persaingan di kalangan
lelaki. Konon nak jadi wanita paling hot. Tapi ade aku kesah? Sebab selalunya
berlaku spontan je. CL plak memang low profile je. Malas nak kecoh-kecoh sebab
orang top tak mainlah nak show off sebab yang penting bukan top sebab menggedik.
(hahahaha..poyo minah ni)
Seorang itu, yang sweet dan comel, satu hari telah bercouple
dengan salah seorang pelajar cina. Ceh, pelajar itu, bangga sebab dapat dia dan
duduk sebelah menyebelah. Mula-mula , bila kami berpandangan CL jadi terkejut
begitu juga sidia. Cuma perempuan itu, tempelan sahaja seolah tidak wujud
antara kami. Sudahnya, tak lama, tengok-tengok mereka berpisah. Aik…macam tu
pulak. Lantak lah sebab selepas itu, hakak CL di goda pula oleh lelaki versi
nakal yang hot. Ini lagi terang-terang. Memang sibuk je nak rapat-rapat. Nak
tenung muka macam nak makan orang.
Rasa nak luku je dia. Apa tengok2? ( cakap dalam hati je)
Taulah hakak CL ni comel sangatttt ( slang dafhea) Nak tenung pun jangan sampai
nak mengadap depan2 muka hakak macam tiada orang lain dalam bas itu. Malu lah….ingat
hakak ni bukan tak reti malu ke? Tapi sabar…sabar..maintain
jelita hookey…
Perkara paling lucu, mereka gembira sangat sebab hakak CL berikan
kad raya Tahun Baru Cina. MAcam dapat menang loteri masing-masing.
Kecoh..hahahah…rupanya kawan-kawan diorang pun tau siap kasi sorakan support…cheh….dan
itu lah last kami bersama sebab tak lama selepas itu, hakak CL mengambil
keputusan untuk menaiki pengangkutan bas awam.
Apa khabar agakanya jejaka handsome berdua tu ye? Masih hot
lagi ke? Rindu hakak ke tak? Ceh..berangan je…tata…
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa