Assalam,
Kali ini sambung lagi story sengal berkenalan dengan orang
ntah apa-apa. Ini semua gara –gara kawan CL yang kang cakap tak sampai hati
pulak. Dia ini bertudung tau berbanding kami ber4 ni free hair. Tapi bab lelaki dia memang social. Ramai kawan kononnya.
Ada yang lebih lucu siap bertumbuk berebutkan si I*****M tu.
Tak pasal-pasal hakak CL kena jadi orang tengah. Tapi si I*****M ni memang kuat
mengayat. Sesiapa berbual dengan dia memang dijamin akan tangkap lentok. Suara
dia memang menggoda (sedap) didengar di corong telefon tapi bab rupa paras wallahualam.
Khabarnya orang ada rupa juga. Tapi tak pernah pula CL hadap nak jumpa.
Dia kenalkan lagi seorang budak Sabahan yang memang ala
hiphop. (pelik-pelik kawan dia ni, mana lah dia kenal pastu suka-suka nak pass
kat aku) Siap jumpakan kami di Pudu Plaza (port pelajar melepak satu ketika
dahulu) tapi jumpa ramai-ramai.
Sebagai wanita melayu terakhir yang pemalu (memang sangat
pemalu ye zaman itu) jangan kata nak cakap tengok wajah lelaki lain pun rasa
tak terangkat muka ni nak tengok.
Teringat lagi masa makcik (belah myEmak) CL tengah di alam pertunangan. Kami terserempak
di Bandar Seremban masa itu CL berjalan dengan makcik CL belah abah. Dia ajak
makan semeja. Bayangkan CL tak mampu nak makan lansung. Nak tengok muka pun tak
sanggup. Teruk bebenar pemalu pada masa itu ( lebih tepat sangat low self-esteem,
rendah diri)
Siap serahkan satu surat pengakuan cinta daripada budak ini.
Lupa nama dia, kasihan sebab kenal sekejap sangat. Padahal CL rasa surat itu
untuk dia. Dia cepat-cepat serahkan pada CL surat itu kononnya surat itu untuk
CL. CL baca sepintas lalu dan surat tersebut di rampas pengawas sekolah pula.
Tapi CL layankan sahaja sebab memang CL tahu dari gaya budak itu pun tak
berminat pada CL. Hello….i have instinct la…walaupun blur dan lurus bendul bab
cinta ni.
Satu hari, ketika perjalanan ke stesen bas CL terserempak
dengan anak jiran pakcik CL yang memang serius handsome. Rambut perang, mata
coklat kulit cerah. Persis mat saleh kacukan. Namapun sedap Y***Y bila kami
berpandangan kami sama-sama senyum walaupun tahu dia memang gilakan sepupu CL masa
itu walaupun jarak umur berbeza. Sepupu CL lebih tua daripada dia.
Tiba-tiba kawan CL bersuara “Patutlah tersenyum..senyum…rupanya ternampak boyfriend dia..”
blurrrr..siapa pulak ini. Macamana diorang boleh tahu aku suka mamat tadi.
Setahu aku, aku tak pernah cerita kat sesiapa pun. “”Siapa? Aku tak faham maksud korang..” sepintas lalu tengok lagi
mamat idaman hati. “”Tu kat depan
tu..takkan tak nampak..” mereka perli sambil gelak-gelak. (dalam hati aku
menyumpah seranah..weii…aku tak berminatlah mamat pendek tu) tapi ku gagahkan senyum kat mamat yang kawan CL rekomen
kan tu sambil dalam hati cakap apasal pulak dia ada ni.
“Aku tak senyum kat
dia-lah, tu aku tengah senyum dekat budak tu, anak jiran pakcik aku..”
geram betul. “Eleh malu-malu pulak. Kalau
dah suka tu mengaku je-lah” dalam
hati aku lantak koranglah nak percaya ke tidak. Apa korang ingat aku ni tak
kenal mamat yang handsome ke? Apa korang ingat aku ni suka sangat dengan budak
tu ke? Memang tak-LAH..( cakap dalam hati je)
Last kami jumpa kat stesen bas. Beberapa hari selepas
kejadian itu. Selepas itu dia Missing In Action entah kemana. Mungkin sebab
cintanya di tolak oleh kawan CL tu. Nasib…nasib… dan itulah kenalan terakhir
yang CL suruh kawan CL kenalkan sebab semuanya takda yang senonoh pun.
(Kesimpulan : Jika kita rasa orang yang kita nak kenalkan
pada kawan kita itu bukan orang yang baik-baik, jangan kita aniaya kawan kita
sendiri semata-mata nak elak dari orang itu. Mujur CL tak nak ambil serius,
jika sentap mau tak tegur bertahun-tahun)
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa