Assalamualaikum,
Masih lagi meniti usia remaja masih mereyam kerja nak
menggedik je…aiyakkk…seperti remaja
lain semua orang mengimpikan kehidupan nan indah.
Begitu juga CR. Kadang-kadang lemah. Kadang-kadang
berduka,jarang-jarang gembira. CR dikenali sebagai Cik Muka Ketat , muka
kalau tak berkerut memang tak sah. Tapi memang kadang-kadang tak perasan pun
kalau dahi asyik berkerut sahaja. Macam-macam nak fikir kot. Sebab itu orang takut nak dekat. Muka fikir CR ni sombong...no..no...no..tegur dulu baru tau...hihu
Kalau arwah pakcik kedai di bawah rumah CR tu, mesti
mengejek muka ketat CR (buat muka berkerut) secara otomatik CR tergelak sebab
terperasan mesti dia mengejek dahi berkerut ni.
Selalunya kalau pagi-pagi nak pergi sekolah, nak menghappykan diri sambil melangkah ke
sekolah wajib menyanyikan lagu “Bagaikan Puteri´nyanyian penyanyi
Farra tu. Melangkah dengan penuh yakin walaupun malas gila nak mandi nak pakai
baju sekolah (tak selesa)nak kena jimat cermat..nak fikir macamna nak bagitahu
cikgu kerja rumah tidak siap…huhu…macam-macam fikir…
Jika Dunia Aku Yang Punya
Akan Ku Dirikan
Sebuah Syurga Malam Tanpa Siang
Untuk Ku Bermimpi Sepanjang Masa
Tanpa Kecewa
Bertemankan Bintang Yang Setia
Bagaikan Puteri Kisah Khayalan
Yang Hidupnya Suci Dan Sempurna
Tapi Sayang
Hanyalah Impian
Bulan Tak Bisa Tumbuh Di Taman
Dan Bila Mentari Datang
Pulanglah Segala Kenyataan……
Beranganlah tu nak jadi puteri satu hari nanti. Berharap “putera
idaman hati” bawa keluar dari segala kesengsaraan yang di alami kala itu dan sampai
kini masih berharap…Mana tahu kan..tiba-tiba impian itu menjadi kenyataan. Lompat Bintanggggggg…
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa