Tuesday, December 15, 2015

Aik..Geng UTM pulak

Assalamualaikum,

Kali ini turn myCousin pula nak kenalkan kawan dia. Mereka ini pula geng UTM.. (ceh…nak kawan budak U je..padahal sekolah pun tak habis lagi) di sebabkan dia memang pun budak U. Mungkin dia tak berapa suka kot. Sekarang dia dah kahwin dan dah ada anak 4 orang..(time flies…)
Rumah ini nampak lebih mesra alam dan baik-baik orangnya. Takda orang gatal, suka cakap yang kotor dan bersopan.

Pada mulanya CR kenal dengan lelaki Terengganu namanya Y***Y ( sama seperti nama mamat handsome yang jiran pakcik CR kebetulan juga dia juga berasal dari negeri Terengganu dan memang confirm bukan orang yang sama)

Kelemahan lelaki ini, suara dia (maaf cakap) macam kebudakan sikit dan cukup suka gelak. Tak tahu bila dia marah pun dia boleh gelak. Kadang-kadang ok juga orang macamni bila dah semakin matang ni baru faham. Cuma masa itu tidak berapa berkenan sangat sebab dia asyik terrrrgelakkkk je..sabar je-LAH. Asal bercakap gelak, sikit-sikit gelak..(fed up juga) Tapi dia memang sangat baik.

Satu hari dia balik kampung ke Terengganu. CR pun call macam biasa. Dia cerita dia kat atas bot nak memancing..teruja sangat nak ikut. Dia kata lainkali dia ajak balik kampung..bestnya….tak sabar rasanya ( masa itu) lepas itu mamat ini sentap. Merajuk terus..tak tau sebab apa…sabar je-LAH.

Dalam masa yang sama kawan dia ni pun kamcing juga dengan CR. Lupa nama dia. Tapi ok juga orangnya. Pemain ragbi UTM tau. Badan dia Though original. Zaman dulu mana ada orang ber gym sangat. Maybe faktor badan dia agak besar (bukan gemuk pun) dan dia ini tak berapa tinggi.

Tapi bagus dia sangat protective dan dialah lelaki paling protective yang pernah hakak CR kenali. Dia akan pastikan CR selamat dalam zon selesa bila berjalan dengan dia. Dia tak benarkan lelaki sekeliling merapati secara sembarangan. (zaman dulu orang memang ramai jika berjalan kaki, tak macam sekarang kurang sedikit)


Cuma kami tak berkawan lama sebab pun tak pasti. Maybe macam biasa..hakak MIA (missing in action) sebab hakak CR ni kan orang yang tak boleh di jangka dan memang kalau tak boleh nak get along daripada melukakan hati sesiapa biarlah membawa haluan masing-masing. Lagipun kebetulan hakak CR nak SPM kot (masih nak menggedik? What? Tak senonoh betul)

Mungkin sekarang mereka-mereka sudah berjaya bergaji puluhan ribu dan berkahwin serta mempunyai keluarga. Almaklum budak engineering masa itu memang most wanted tapi hakak CR ada cita-cita. Nak ke menara gading. So study ye..SPM dah nak dekat.

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa