Assalamualaikum,
Hari ini kita sambung lagi kenakalan zaman remaja. Kalau
dikenang, memang minta ampun tak nak. Lagi nak perbaiki menjadi lebih baik.
Adakala malu juga mengenang peel zaman remaja dulu.
Ntahpape. Menyirap je tengok..sambil share story nak memuhasabahkan diri.
Semoga kisah-kisah nakal ini menjadi pengajaran kepada semua remaja wanita
untuk menjadi lebih baik dan jangan terlalu mengikut perasaan gelodak remaja.
Sebenarnya semua perkenalan hampir berlaku dalam tahun yang
sama dan pada awalnya kami hanya ingin bersahabat sahaja. Suka-suka…almaklum
sekolah perempuan. Tapi takda lah pula nak melebih-lebih.
Dulu kalau pelajar kelas atas ( errr..nak cakap diri sendiri
ke? Perasan) Pelajar Lelaki Sekolah Victoria Instituon ( VI) menjadi idaman
semua. Ofkos sebab Bjiak dan Kacak ( masa itu VI kategori sekolah ranking) Dan
memang serius dah lah pandai…handsome
semuanya..cair..cair…
Kebanyakan pelajar perempuan kelas yang lain. ( kelas rank
ke 4 sampai kelas akhir) semua kebanyakan tertumpu sekolah lelaki lain-lain kot
sebab tak tahulah taste mereka. Bukan sombong sebab rasanya tidak berapa sama
sangat pengaruh minat kami.
Satu ketika dahulu, kami ada buat projek mengenai sejarah VI
tetapi bukan pilihan hakak CR ye nak terhegeh-hegeh ke sekolah ini walaupun
tahu port jejaka idaman Malaya kat sana kerana sudah menjadi sikap hakak CR
yang agak pemalu dan lebih-lebih lagi melibatkan lelaki yang diminati (ada ke? Kebanyak
minat begitu sahaja. Bukan nak over sangat) Memandangkan kawan hakak CR ni yang
over layankan saja-lah.
Dia ni boleh dikatakan anak orang berada. Selepas habis U
dia bekerja di TV3 dan sekrang rasanya dia dah berhenti dan buka bisnes
sendiri. Tetapi mujur siap juga assignment kami waktu itu.
Tetapi zaman CR dulu, memang kalau pelajar pandai ini kurang
bergaul dan mereka memang kejar ranking. Zaman kami dulu pelajar sekolah
berebut-rebut kejar ranking. Semakin tinggi ranking semakin popular sekolah
itu.
Sekolah kami terkenal dengan bola jaring peringkat zon pudu
dan hampir menjuarai peringkat Wilayah Persekutuan. CR memang pernah menjalani
;atihan tetapi surrender. Macam biasa kemalasan. Bila membabitkan kos. Nak
training. Jika lambat balik nak kena makan lunch di sekolah. Tak mampu kot. Nak
kena beli sports shoes. Tak rela hakak CR oiii…jadi hakak menjadi penyokong sorak
jelah…tu je termurah…hahahahaha..pakai baju sukan dan pakai kasut sekolah biasa
je.So tak payah pening-pening…bijak tak hakak CR? Hahahahaha…
Sekolah kami memang aktif dikir barat dan bola jaring.
Sangat terkenal di WP. Juara bertahan beb zon pudu. Sekolah kami diiktiraf
sekolah no #1 dalam wilayah paling disiplin. Mau tak disiplin ikat rambut tak
boleh pakai getah cokelat tu, wajib pakai getah hitam yang halus tu, tak boleh
getah hitam tebal itu, tak boleh cekak warna lain selain hitam, poket baju
wajib ada butang, lencana sekolah wajib jahit, tudung tak boleh sembarangan
tudung, setokin wajib dilipat, kasut sekolah tak boleh yang banyak getah tu,
kena kasut more tu kain. Dah ikat rambut wajib ada riben puteh atau hitam.
Memenatkan betul dengan bermacam peraturan. Dalam penjara pun tak banyak
peraturan macam ini. Musuh ketat kami sudah semestinya Convent Bukit Nanas
(CBN) masa itu.
Apa pun..kenangan kejayaan tetap terlakar walaupun dalam
kenakalan kami. Zaman kami bukan seperti zaman sekarang dipenuhi orang yang
bijakpandai….zaman kami adalah attitude with brain…daaaa…
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa