Tuesday, December 15, 2015

Ruang Sahabat Dalam Majalah

Assalamualaikum,

Lupakan soal incik salah number. Kami memulakan esperimen miang kami berkenalan dengan lelaki dalam majalah pulak. Zaman tiada internet. Ruangan sahabat itulah yang menjadi pilihan. Sekarang jangan buat pasal. Jika ada ruangan itu mahunya beratur pulak orang datang depan pintu rumah masing-masing. Lagi-lagi orang sekarang sukar dijangka. Dapat pulak mereka tinggal sendirian di rumah ketika itu. Tak ke naya? Faktor pemakanan sekarang, internet dan macam-macam pengaruh menjadikan manusia sendiri hilang pedoman.

Kami berkenalan dengan geng rumah pelajar UPM. Dulu zaman itu, student  U memang suka masuk ruangan sahabat. Kelakar betul kalau nak di kenang. Biasalah bila kepala bengong kami ber4 membuat perangai. Sapa tak tau peel kami sehingga top kat sekolah pelajar nakal….tapi …bijaksana ye….hahahahahah (perasan…)

Sambung cerita, CR berkenalan dengan I*K****R, manakala seorang lagi A*R**N (nama sama macam rumah incik salah number) dan dia ni musuh utama CR (selalu gaduh..) dan seorang lagi CR lupa namanya. Tetapi memang diorang miang lah…goli den…kecuali A*R**N.

Walaupun selalu juga berbual dengan I*K****R satu hari dia mengaku dia dah bertunang dan bakal berkahwin jadi CR just kata ok dan tamat begitu sahaja. (lantaklah..sebab bukan handsome pun kalau nak frust tak berbaloi lansung) Kejap dia cakap suka pastu lain plak. No..no...no....nak jadi sparepart..cukup lemak spare kat pinggang si I*K****R dah la...whahahahha....tak payah nak menggatal sangat kalau dah bertunang.


Bercerita mengenai musuh ketat dekat rumah ini adalah A*R**N. Tak tahulah kenapa mesti ada bad experience dengan orang nama ini. Bukan-lah worst sangat Cuma memang kami kaki gaduh sampaikan semua orang tahu kami suka bergaduh.

Dia ini marah kerana kami selalu call kat rumah tu kot. Bila pass cakap ada ke patut dia “haaa…tadi suara budak-budak..ini suara orang tua pulak…” menyirap pulak dengar….. apa lagi dengan mulut celuparnya CR “suka hati je cakap orang tua. Awak ingat awak handsome sangat ke? Muka awak tu di bawah tapak kaki saya je..”dia terdiam dan marah “dahla orang tua..malas aku nak layan kau…macam lawa je” sakit pulak hati kita. Apa lagi hempas telefon lah jawab nya. Nasib baik telefon awam…kehkehkeh….

Lama selepas kejadian itu, kawan-kawan masih merenyam nak call lagi. Hahahaha..bila call akhirnya si A*R**N nak cakap plak dengan hakak CR. Apa lagi mamat sengal ini nak (dalam hati je) Berat hati..kami pun berbual. Kali ini suara mak aiihhh..lembutnya. Nak hampir tergoda plak (gatal plak…huhu) Peristiwa kami bergaduh memang jadi sejarah sebab kawan-kawan siap pujuk. Dan akhirnya kami saling bermaafan. (mujur sempat bermaafan)

Perancangan Allah s.w.t itu indah, kami ber4 mengambil keputusan untuk chiow dari kol mereka ini. Dan perhubungan terhenti begitu sahaja. Mujur sempat bermaafan. Mereka pun masa itu hampir cuti pengajian dan pulang ke kampong masing-masing. Dan masa itu kami mengenali pula warga lelaki serumah kelate. Setelah berkenalan orang serumah dari Penang …Daaa…..

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa