Assalamualaikum sahabat CR,
Hari ini nak sambung cerita soal hati. Cewahhh…
Kali ini CR memang benar-benar ANGAU dan DILAMUN
CINTA Malu juga nak mengakuinya. Tapi tengok perangai tak semenggah
diri sendiri memang dapat dipastikan bahawa pertama kali mengenal ertinya
cinta.
Walaupun kami tidak pernah bersua muka, dengar suara sahaja
dah angau. Bengong betul…dengar suara dah angau tahap gaban. Bermula dari salah
nombor di talian tetap membawa kepada perhubungan tanpa rupa.
Suara dia bukanlah lemak merdu. Dahlah kadang-kadang dok
keluaq loghat utara dia. Orang Penang mai..Tapi telah menyentuh hati wanita
untuk terus mengenali si empunya diri. Namun sayangnya sampai ke sudah CR tak
kenal lansung siapakah gerangan jejaka ini.
Jika sehari tak dengar suara dia macam dah rasa tak sempurna
hidup hari itu. Lain rasanya. Walaupun nak berjumpa tapi mungkin beliau tak
sudi mengenai gadis comot ini.
Maybe perancangan Allah s.w.t. itu lebih baik, jika dah
jumpa mungkin terus bengong dan rasanya lebih frust terlungkup. Mahu taknya, dia tu memang menjadi idaman kalbu.
Nak kata terigau-igau itu tidak lah. Tapi memang sehari tak dengar suara macam
resah sangat.
CR pun tak faham apakah CR inginkan sebenarnya. Nak kata dia
itu handsome setakat imaginasi je
kot. Masa dulu kan lurus bendul dan blur. Baru dengar suara dah rasa lelaki itu
kacak sangat. Jejaka impian. Ntah apa-apa lah.
CR ini mengenali bersama 3 lagi kawan CR. Memang sengaja CR
kenalkan walaupun CR ini angaukan si dia. Selalu juga kami berbual mesra
beramai-ramai.
CR pernah terbit rasa cemburu bila satu hari CR hubungi
sidia dan ada nada suara wanita. Tiba-tiba CR terbayang pula betapa cantik dan
semestinya seksi wanita disamping dia walaupun dia cakap itu hanya rakan
sekerja. Ada hati nak cemburu tu…tetapi walaupun kadang-kadang sakit hati
tetapi sidia pandai juga mengambil hati (playboy
kot..biasalah..ayat manis..)
Selalu juga dimarahi emak sebab
sering ke public phone dan pernah
dimalukan di kawasan perumahan kerana kerap ke public phone (bukan kerap sangat pun..xsampai sejam pun paling
tinggi 15 minit).
Sejak peristiwa terdengar suara
wanita, CR semakin kurang menghubungi sidia. Satu hari ketika kami berlepak
bersama kawan-kawan CR (geng ber4 temasuk CR) telah mencadangkan menghubungi
sidia. CR pula hanya mendiamkan diri dan tidak pula ingin berbual dengannya
walaupun cemburu dengan teman-teman lain berbual dengannya.
Akhirnya mamat itu paksa-paksa nak
bercakap CR. Nak ku hempuk tak kenal. Suka sangat mempermainkan perasaan
kewanitaan CR ini. Dia siap bercakap bahawa CR dah sombong dan tidak mahu
berbual dengannya lagi.(puik..nak muntah hakak CR dengar..) Tapi berbual je
macam biasa walaupun nervous juga
sebab dah dekat beberapa hari memang tak hubungi sidia.
Akhirnya, bila CR dah boleh
bertenang (walaupun masih angau tahap gaban) CR membuat keputusan untuk
memutuskan hubungan kami. Walaupun terdengar dicorong dia terdiam. CR mengambil
keputusan drastik untuk melupakan sidia seterusnya meninggalkan si dia begitu
sahaja.
Apa khabar kah sidia sekarang? Walaupun
hati masih merindui suaranya.. Teringin juga mengenali si dia. Mungkin benar si
dia anak orang berada.Dan kini memiliki keluarga yang bahagia dan bersama
anak-anak tersayang. (masa mengenali sidia sudah berusian 20 an sedangkan CR
masih muda remaja belasan tahun) Semoga sidia bahagia selalu dan terima kasih
kerana sudi memberi kasih sayang walaupun tanpa bersua muka. Sudi menjadi
pendengar yang setia dengan lawak-lawak merapu dia. Sudi melayan budak comot
ini yang sering menghubungi bila kesunyian malah tidak pernah sekalipun menolak
untuk tidak melayani diri ini. Dan sudi mengajar apa erti sebenar cinta dan
mengawal perasaan angau dan jatuh cinta. (pelajaran inilah mengajar bahawa jika
sayangkan orang berpada-pada) Mungkin menganggap CR sebagai adiknya sahaja.Terima
kasih juga memberi nasihat sekiranya diperlukan dan matang.
Bila CR menyambung pengajian ,
tiba-tiba tergerak hati untuk menghubungi dan talian telefon telah dipotong.
Dia insan yang penyabar dan sudi memahami diri ini. Terima kasih sekali lagi.
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa