Fuhfuh..lama dah hakak CR xupdate story mory. Masalahnya hakak bz sesangat dengan macam2 tugasan baik kek umah maupun kek opis.
Semenjak hakak mintak tuko. Sekarang ni berpeluang la hakak menghapdet sesikit. Biarlah ayat hakak xmacam formal. Xcanggih macam blogger2 lain. Ni kan story jadi tak syok plak nak cerita macam dalam buku.
Ok lah kepada sahabat hakak sekalian, sukacita dimaklumkan pasni hakak mengisytiharkan diri membawa bekal ke tempat kerja.
Pergh....kos makanan siap nak beli jejak RM 10 sekali makan. Mau tak terbeliak biji mata hakak menengok kadar penyusutan Ringgit Malaysia hakak ni. bukan kat Forex je dah menyusut. Poket hakak pun semakin menyusut.
Bukan nak masuk elemen politik. Tapi setelah dikaji semua negara Asean mengalami penyusutan matawang. Percaya atau x, kerajaan China telah melahirkan ramai billionare.....diulangi BILLIONAIRE dan bilangan ini meningkat dari tahun lepas oke.Keadaan luarbiasa ini memang memeranjatkan hakak sebagai pengkaji amatur. Yup…hakak ni pengkaji amatur berdasarkan pandangan umum, dan pemerhatian kurang teliti. Secara rambangnya, kita melihat kerjasama PM kita dengan Kerajaan China pada awalnya menerusi “PANDA”mungkin boleh memberi sedikit bantuan dari segi kerjasama ekonomi. Sebagai rakyat marhaen, maybe kerjasama ekonomi ini adakah memberi peluang dan ruang untuk kita semua bernafas? Kadar matawang yang semakin susut malah menyusutkan lagi kewangan yang ada . Kita mengharapkan kadar matawang bukan sahaja pulih malah barangan kiita dapat lebih murah dan berkualiti. Ini mengurangkan kadar kuasa beli pengguna terhadap kelembapan ekonomi ini.
Sebagai rakyat marhaen yang tidak menyebelahi mana-mana
pihak, hakak turut merasa terkesan dimana simpanan semakin menyusut, pendapatan
yang biasa dan kadar barangan yang semakin tinggi. Bukan kadar barangan sahaja
yang meningkat, kos perkhidmatan juga tururt meningkat. Menyentuh sedikit
mengenai konsesi tol. Selalu sangat kita dengar konsesi namun apakah erti
sebenar konsesi?Dalam kamus dewan Bahasa “Konsesi : 1. Keizinan yang diberikan kepada syarikat
untuk menggunakan sesuatu kawasan untuk tujan cth; pembalakan dll. 2. Tolak ansur
(dalam tuntutan, perundingan,) persetujuan kedua-dua belah pihak mebuat…~”
Pernahkah kita mendengar atau mengalami samada diri / keluarga yang diambil
tanah oleh pihak kerajaan dan diberikan pampasan ( megikut nilai hartanah)
untuk membina jalan, laluan atau sewaktu dengannya? Iye, tuntutan biasa
melibatkan banyak pihak kerana kadar kilometre membina sesuatu laluan bukan lah
takat 1km malah beratus KM melibat puluhan ribu owner tanah sebenar.
Sedar atau tidak pemilik tanah xsemestinya memiliki berhektar2
tanah, dan mungkin melibatkan sekurang-kurangnya 10 orang pemilik hanya untuk
laluan sejauh 1km sahaja? Dan jika seorang pemilik memiliki pampasan minima RM
100k per ekar maka boleh imejin tak berapa juta dan billion dibelanjakan untuk
membina laluan tol sepanjang dari KL – Utara? Atau KL- Selatan? Pergh…berpoluh
nak bayar pampasan itu. Itu belum lagi kadar tolak tanah, ratakan kawasan,
tebang pokok, bersihkan kawasan, ukur jalan, kos beli batu, pasir, pagar besi,
tiang lampu. Laluan untuk 1KM secara peribadi saya anggarkan dalam mencecah
RM1juta tidak termasuk kos tanah. Kos pekerja, kadar baikpulih, penyelenggaraan
laluan memang meningkat. Saya bukan menyokong syarikat konsesi yang juga
mungkin berhutang bank untuk hanya projek sejauh 1KM dan satu laluan
berkemungkinan melibatkan berpuluh syarikat konsesi. Erm…namun begitu, disaat
ekonomi kita semakin lembap tidak perlu kita menyusahkan lagi pengguna laluan
untuk ekonomi satu hala (syarikat konsesi mungkin nak naik gaji mereka
disebabkan kos meningkat) malah perlu bersama-sama Negara dan rakyat
mengharungi kelembapan ekonomi kita.
Ingin juga rasanya mencadangkan menaikkan tol melibatkan
sempadan Negara. ( Johor –Singapore) namun bila lawatan baru-baru ini ke Negara
seberang tambak melihatkan begitu ramai rakyat Malaysia mencari rezeki disana
seperti Negara seberang laut ke Malaysia untuk mencari rezeki. Malah kebanyakan
pekerja ini lebih kepada pekerja buruh (menggunakan motorsikal) untuk laluan
masuk sempadan. Kalau lihat secara jelas, memang rasa nak pening, sebab
terlampau banyak bilangan motor yang ingin melepasi sempadan. Dari kaum Melayu,
cina dan india semua berebut2 mencari rezeki diseberang tambak. Sangat berbeza
dengan Negara seberang tambak yang ingin masuk ke Malaysia kebanyakannya semua
menggunakan kereta2 mewah.
Kita sudah bergantung pula pendapatan ke Negara seberang
tambak terutama mereka wajib berusia 40 tahun ke atas. ( Syarat ini juga patut
diperketatkan oleh Malaysia supaya kadar pengaliran matawang ke luar lebih
rendah berbanding sedia ada dari mereka seawal usia belasan tahun dan pulang
diusia 40 ke 50 tahun telah mengaut kekayaan selama lebih 20 – 30 tahun dalam
selama itu juga kadar matawang mengalir keluar) untuk mendapatkan pendapat yang
lebih dan kuar seawal jam 4 pagi dan pulang jam 8 malam dirumah. Mandi, makan,
solat, tidur…dan bangun 4 pagi untuk bergegas mencari rezeki untuk
beratur..(tabah betoi la…serius hakak xsanggup..)
Macamana kita nak mengekang dengan orang seberang tambak dan
orang luar mampu memiliki aset hartanah jutaan RM di Johor malah mungkin
ditempat2 lain. Sekarang ini kena perketatkan syarat kena memiliki tanah minima
RM 5 juta dan dalam bukan bersatus hak milik kekal. Aik, mana adil kan kalau
dah rakyat pun beli rumah hampir mencecah jutaan ringgit. Kerajaan juga tidak
patut serius memikirkan kemasukan pelabur dan mengurangkan rizab hartanah untuk
rakyat. Sewajarnya, berpada-pada dalam apa jua kita lakukan kerana kesannya
anak cucu kita nanti.
Apapun jalan terbaik sekarang kena banyakkan berjimat dan
mencari cara ekonomi menerusi penciptaan. Eksport produk yang berkapasiti besar.
Jangan asik export minyak je. Nah sekarang minyak jatuh 2x ganda kita pun tak
da income dan keberhutangan Negara pun sukar dipulihkan kerana kadar pinjaman
semakin banyak. Kita xda benda nak diexport selain minyak, sawt dan getah
sedangan semua ini sudah jatuh ke paras terendah. Orang lebih percaya kebaikan
soya dari sawit. Getah sintetik. TIba masanya kerajaan mula buat persiapan
semua sektor perladangan dan pertanian. Malah mungkin kita seperti Negara maju
lain menjadi nelayan berskala besar. Bukan lagi nelayan kecil2. Petani kecik2, ramaikan lagi pengkaji2
kualiti produk pertanian. Kurangkan import makanan dari luar. Seperti juga
ingin rakyat berjimat. Kerajaan juga wajar menggunakan pendapat kearah lebih
baik.
Panjang lebar plak penerangan hakak, kuk ad eke yang nak
baca ni? Hahahahah…rileks…sesekali kena asah minda kita nix la asik dengar
cakap-cakap orang tanpa kita menyelami masalah sebenar sekeliling kita.Semoga
kita semua tabah dalam menghadapi desakan ekonomi kuasa besar dan permainan
ekonomi kuasa besar. Bertabahlah wahai duitku...jangan lari laju sangat...pelan2 dari siput lagi ok...
Next enteries kita story pasal kuasa beli pengguna dan perlu bersatu dalam persatuan pengguna. Daaa…..
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa