Assalamualaikum,,
Kalini izinkan hakak share informasi pengetahuan hakak
mengenai pendidikan kepenggunaan. Sebagai salah sorang yang mendapat pendidikan
kepenggunaan adalah lebih baik hakak share sedikit sebanyak kepentingan kuasa
beli pengguna dalam urusan jual beli.
Hakak yang ambil degree berkaitan kepenggunaan ini sangat
bertuah didedahkan soal kepentingan dan hak kita sebagai pengguna samada dalam
perundangan dan juga perbelian seharian.
Sebagaimana yang kita tahu, orang kita “SANGAT TAKUT HARGA BARANG NAIK” tanpa dididik sepenuhnya mengenai
kepentingan dan hak kita sebagai pengguna kerana bila kita PANIK DAN TAKUT dalam
situasi di atas maka kita akan SENTIASA DIMANIPULASI OLEH PENIAGA.
Kita sering terlupa bahawa kitalah yang sebenarnya wajar
memanipulasi harga barang. KEPENTINGAN
MENGETAHUI KUASA BELI PENGGUNA dan cara MENANGANI MANIPULASI HARGA OLEH PENIAGA. Peniaga sering menjadikan
dan mencipta pelbagai alasan untuk memanipulasi dan menindas pengguna dengan
pelbagai cara.
Kita sering mencontohi pelbagai perkara dengan CARA HIDUP MASYARAKAT BARAT dari segi EKONOMI
tetapi kita lupa BAGAIMANA KUATNYA KUASA PENGGUNA
mereka. Mereka ini sangat teguh pendirian dan persatuan mereka sangat kuat
sehinggakan PENIAGA TIDAK BERANI MEMANIPULASI HARGA SESUKA HATI. Jika
mereka BOIKOT mereka akan boikot habis-habisan sehinggakan
peniaga akan bankrap dan terpaksa menjual kedai mereka. Berbeza dengan
masyarakat kita yang TAKUT DENGAN
PENIAGA, IKUT RENTAK PENIAGA. Tahukah
anda jika dibarat mereka boleh menukar pakaian yang mereka tidak sukai dalam
masa 14 hari dengan barangan yang baru? Walaupun pakaian itu telah mereka
pakai? Mereka boleh menikmati barangan import jauh lebih murah.
Sekarang ini ORANG
BERPUSU-PUSU BELI RUMAH walaupun
umum telah tahU HARGA HARTANAH MELAMBUNG
TINGGI. Mengapa ini terjadi? Seperti biasa saya katakan, peniaga sentiasa
memanipulasi harga. Lihat sahaja 10 orang tersenarai Billionaire terbaru
dalam MALAYSIA adalah sektor HARTANAH. Hakak juga pernah menceburi dalam bidang ini
sejak tahun 2004 walaupun tidak lama. Industri ini sangat menguntungkan dan
lumayan.
Nak salahkan siapa? Ye..memang tetap saya menyalahkan
PENGGUNA. Sektor hartanah memang
sangat menguntungkan kerana PERMINTAAN
YANG TERLAMPAU TINGGI DARI PENGGUNA dan PENGGUNA ITU SENDIRI YANG MEMANIPULASI HARGA HARTANAH TERSEBUT KERANA
BIMBANG IA AKAN SEMAKIN MAHAL. Kehendak pengguna yang melampau akibat
keinginan memiliki rumah sendiri kononnya lebih baik dari menyewa.
Keinginan itu memang tidak salah tetapi MENJADI MANGSA MANIPULASI HARGA itu SALAH. Jangan begitu, pernah terjadi sektor
hartanah jatuh kerana tiada pembeli dan merundum teruk. Sehinggakan
banyak projek terbengkalai dan tidak dapat disiapkan? Sektor hartanah
dalam Malaysia sangat teruk. DENGAN KELUASAN KECIL, SEMPIT DAN TIDAK MESRA
PENGGUNA DIJUAL DENGAN HARGA TIDAK MUNASABAH ATAS ALASAN HARTANAH MAHAL.
Kenapa saya katakan alasan tidak munasabah? Pembelian hartanah katakan RM 2 Juta kos pembinaan
RM1juta tetapi rumah dibina minima 40 unit? Berapa keuntungan mereka perolehi
untuk satu unit perumahan? Katakan rumah itu dijual RM 400k dan pembeli seramai
40 orang dengan mengambilkira 10%
d/payment? Mereka telah mengaut Rm 40k per person dan mengaut RM 1.6
juta cukup untuk mereka memulakan kerja-kerja pembinaan. Sehingga 80% siap
mereka akan diminta menguruskan loan pembiayaan. Jadi kentungan tetap milik
pemaju dan bukan pengguna sedangkan yang mengeluarkan duit adalah PENGGUNA
Hakak bukan lah bersetuju dengan statement menteri yang
sering digelakkan kerana memberi alasan tidak logik. Memang nampak tidak logik pada
kita tetapi secara logiknya adalah benar dari sudut kepenggunaan. Dari sudut
ekonomi sekalipun kita pernah dengar tentang “PENAWARAN”ddan “PERMINTAAN”benda
basic dalam semua pengetahuan. Jika “penawaran
banyak, permintaan rendah maka harga akan rendah” dan “jika penawaran kurang tetapi permintaan tinggi maka harga akan naik” Jadi berpeganglah kepada prinsip ekonomi
tersebut.
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa