Assalamualaikum,
Harini hakak jadi orang ekonomi tak bertauliah. Oleh kerana hakak
mendapat pendidikan dalam subjek degree hakak berkenaan Ekonomi Isi Rumah. Iye
prof hakak tu yang pemes dalam magazine wanita tu Prof. Dr. Jariah Maasud. Lecturer hakak subjek ni.
Jadi oleh kerana hakak xberapa nak amalkan prinsip kewangan isi rumah
dengan ekonomi yang xberapa indah ini maka hakak mengambil keputusan untuk
menjimatkan kos-kos tertentu dengan pemakanan yang lebih sihat dan bermutu
tinggi (kata kau)
Yup…Lunch box…hakak penah beli box khas untuk separate main, dan side
dish. Jadi selepas ini hakak akan merajinkan diri untuk masak lebih dari biasa
sebab memang hakak masak lebih pun “sold out” kat umah sampai tak boleh nak
spare untuk esok. Walaupun kami berdua je. Kadang2 setengah ekor ayam size
kecil pun bole licin.. (opppssss…) lapar kot.
Kadang2 bila berlebih sangat baru hakak boleh bawa bekal ke pejabat.
Kalau x, x merasa. Mujur ofis lama hakak dulu ada microwave oven so boleh la
gunapakai. (hadiah kemenangan) Sekarang dah tukar bahagian rasanya payah
sedikit memandangkan hakak tengok “pantry”dia agak kurang functional walaupun
staf mereka ramai. Berbanding kami di bahagian lama lebih guna pakai “pantry”tersebut.
Lebih bersih dan tidak terlalu suram.
Walaupun ia adalah idea 2013 namun tidak lewat lagi untuk kita jadikan
panduan dan mulakan hari ini, saat ini dengan gaji yang akan bermula esok (walhal dah nk beli macam2 tau, sabo jela) Namun start try saving up your
income. Bukan sahaja untuk kecemasan tetapi survival untuk next gaji. (untuk bergaji rendah seperti hakak)
Semua mencadangkan saving dulu baru guna.
Lebih elok kita teruskan potong gaji
ke akaun tertentu ( tabung haji contohnya) Lebihkan potongan supaya masa
penghujung kita ada more cash flow.
Jika kita kesempitan, tak mengapa kita gunakan
dari kita meminjam.
Selebihnya bolehlah tengok jadual kat bawah ni nanti. Mana yang boleh
kita jimat, kita jimat. Kos estimate tambang hakak pergi kerja sehari > RM 15
< so memang suffer sikit. Sebab banyak menggunakan public transport. Hujung
minggu balik kampung add-on lagi RM 15. So In a week, hakak dan spend more than
RM90.00 untuk tambang sahaja. Jika lump sum keseluruhan 4 weeks (sebulan) hakak
dan spend RM360 hanya untuk penggunaan tambang ke tempat kerja –rumah-kg-rumah.
Tu belum termasuk belanja wajib tanpa belanja dapur, makan di tempat kerja
(normally I take only breakfast dan roti untuk jam antara 3-4 ptg sebagai alas
perut), bil air. Manakala bil letrik dan bil astro dibayar adik lelaki hakak (husband-
wife – doter pjj) sebab dia yang nonton sampai pagi dan banyak nonton sports
channel.
Lets began now. Jangan fikir terlewat….lebih baik mencuba daripada tak
pernah berusaha mencuba….kbai…
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa