Sunday, April 19, 2015

Trip To Langkawi : Kursus Penyelenggaran Buku Vot

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua peminat blog CR,

Kalau jumpa personal CR ni mesti ingat CR ni sombong kan? CR ni kalau xkena gaya memang macam sombong.huhu...tp inshaAllah kalau kwn CR diam CR akan cuba mulakan perbualan..kalau berbeza bahasa juga CR akan lebih slow nak tangkap sket.

Biasalah kalau bahasa loghat lagi lah memang xtau. Sesikit tu taulah loghat Penang xsama ngan loghat Kedah. Ada slang berbeza. Begitu juga Perak ade beza kalau orang kuala.Jenuh nak paham.. Kalau bahasa Sabah dan Sarawak lagilah yang biasa tu paham jugaklah walaupun speed low. Tapi kalau kepada bahasa etnik. Memang kantoi la..agaknya lau orang Murut cakap pada CR maun melopong. Hidup dalam kekompiusan...tapi alangkah indah kalau kita tahu kan?

Berbalik pada cerita (panjang gile intro), kami pergi kursus ini pada tahun lepas. Asalnya kursus ini untuk bahagian lain namun last minit hakak pegi. Sebagai orang yang menjaga bajet peruntukan dan buku vot pengetahuan asas sangat penting untuk mengelakkan bajet burst.

Apa yang lucu, bukan nak kutuk dari segi sistem, email, interface kerja, agak keterbelakang. Memang agak sedih dari segi ini. Malah kerajaan pusat pun guna.vot elektronik. Tapi kami..masih lagi vot manual. Tulis tangan (sampai krem jari jemari)..Hope dengan unit yang menjaga sistem dan sangat besar jabatannya dapat lebih produktif untuk supaya nampak elit dan esklusif.

Kursus berlansung selama 3 hari 2 malam di Bayview Hotel, Langkawi.

Petang2 selepas kursus kami pun p lah pekan Kuah depan hotel. Kami pun bershopping la apa yang patut. Sebelum jam 7 balik untuk makan malam di lbi dan selepas itu semua balik ke bilik untuk solat kerana kuliah akan bermula jam 8.30 mlm.

Erm..shopping kalau x abis beratus2 xsah. Masing2 membeli kiriman orang dan ada yang beli untuk peribadi. Opkos CR juga xketinggalan. Jadual agak padat dari pagi ke petang. Biasanya kursus berakhir jam 5 ke 6 ptg. Ada yang sempat mengambil peluang ke Idaman Suri..jauhnya..tapi bukan CR erk..fulus nan hado..

Ok la..kursus berakhir dengan jayanya setelah taklimat diberikan oleh akauntan senior.. Jadi sekarang kami praktikkan sesikit walaupun ade terkehel.haha..daaa..

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa