Sunday, April 19, 2015

Suku di Negeri Sembilan :Suku Biduando

Assalamualaikum,

Hah...beberapa story nanti CR nak promosi tempat kelahiran CR. Kalau nak ikut sejarah CR ni memang dah stay KL (keyel) sejak sebelum dalam perut dalam perut tetapi alkisahnya mummy CR hanya mendaftar kelahiran di HKL (Hospital Kuala Lumpur) namun saat akhir nak bersalin di kg je memandangkan abah CR bertugas sebagai anggota Tentera Darat Diraja Malaysia ( RAMD) aka Royal Army Malay Divison. Beliau pernah berkhidmat di merata Malaysia dan termasuk di Tawau. CR kalau ke Tawau melihat sendiri dari luar kem tempat abah CR berkhidmat.

Back to story, CR dilahirkan di Hospital Kuala Pilah. Kalau nak pergi ke kg CR boleh nampak hospital ni. Cehceh...tapi kalau tengok surat beranak CR alamat keluarga di KL..keluarga mummy CR berasal dari Terachi tetapi telah membuka kawasan baru di Kg. Seri Melenggang. Arwah nyang CR seorang guru besar sekolah. Tetapi sayangnya umur mereka xpanjang. Maka tinggallah nenek CR 3 beradik dipelihara oleh saudara mereka. Hidupkah mereka dengan penuh ketabahan. Almaklum orang lama dulu2 garang sangat orangnya.

Sehingga nenek CR berkahwin dengan atok CR yang merupakan suku Seri Melenggang (sebab itulah asal nama kampung) sebagaimana untuk pemgetahuan semua masyarakat minangkabau xboleh bernikah sesama suku. Selain daripada satu keturunan, ia juga untuk memperkembangkan suku.

Suku biduanda ini jika diikut sejarah merupakan orang asli berkahwin dengan orang minangkabau yang merantau dan membawa kemajuan kepada orang asli di sini. Maka suku biduanda merupakan suku tertinggi dan kebanyakan Undang dan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan adalah bersuku biduanda.

Oleh kerana suku biduanda adalah suku asal keturunan tempatan maka suku ini sahaja boleh dilantik menjadi pemerintah.

Asalalnya dahulu pemerintah raja di Negeri Sembilan adalah berasal dari Tanah Tinggi maka lama kelamaan anak tempatan dilantik menjadi pemerintah Negeri Sembilan dan wajib bersuku biduando.

Keturunan belah abah CR juga merupakan keturunan biduanda. Tetapi biduanda tertinggi yang boleh dilantik menjadi Undang luak nan empat. Oleh kerana arwah atok CR berhijrah maka bernikah dengan arwah uwan CR yang berketurunan minang di Gombak maka abah CR terputus suku. Hah..kampung asal dan masih ada lagi Kampung Bandar Dalam. Dokek bebona topi jalan yo.haha...

Oleh kerana CR bersuku biduanda (dondo) maka CR akan mewarisi pada anak2 CR dan anak perempuan CR akan mewarisi kepada cucu perempuan CR berterusanlah..sebagai suku dondo maka CR akan menerima dua bentuk cincin emas mengikut adat keturunan CR. Tetapi abah CR xfollow sangat lah.Almaklum semenda.

Istilah semenda adalah orang luar dari Negeri Sembilan berkahwin dengam anak perempuan Negeri Sembilan. Esok suami CR pun akan menjadi orang semenda.hihi.. Dan otomatik masuk suku. Hah? Masuk suku ini menjadi bahan lawak umum yang rugi kawen perempuan N9 nanti masuk suku...adeh...masuk suku mende lain tu..chaittt..

Mengikut adat pepatih, oleh kerana orang luar yang bernikah dengan anak gadis N9 maka kebanyakan orang semenda akan menetap di N9. Ni adalah hanya adat. Dan sekiranya penceraian terjadi maka orang semenda akan keluar hanya membawa hartanya sahaja yang dipakai. Dan dikatakan orang ramai amik ghoto tu (harta) adalah salah kerana orang semenda menetap di rumah mentua dan seharusnya xboleh memiliki mana2 harta pusako milik orang N9. Manakala harta sepencarian patut diberikan mengikut syarak.

Hah, penerangan panjang lebar sekadar memperbetulkan apa yang salah tentang gadis N9. Ada yang kata orang N9 ni garang..haha..bukan garang cara cakap eh tu memotir..(kuat) macam orang dok 8 batu jauh padahal depan mata je..kihkihkih..

Jika harta pula, hanya anak perempuan bongsu akan mewarisi harta pusako. Itu syarat adat pepatih. Kemungkinan kerana anak sulung dan sewaktu dengannya telah memiliki kehidupan yang stabil dan sekiranya mereka telah meninggal dunia maka anak bongsu terkapai- kapai maka atas sebab itu harta itu diwariskan kepada anak perempuan bongsu..(gamakya bukan pada mummy CR dan CR awal2 kena rejek..adeh..hihi..).

Macam atuk CR belah mummy xdapat mewarisi harta pusaka keluarganya kerana semua adik beradiknya lelaki maka harta pusako di alihkan kepada sepupu perempuan dan kini telah menjadi hak milik kekal keturunan sepupunya..huhu..sodih la plak..

Tapi...haha..myAtuk ade rezeki lain beribu2 lemon dan jangan jeles walaupun atuk suka marah2 hakak tapi cucu kesayangan yang lain xbole celen ye...tetap hakak oke..(muka bangga)

Dan kalau pengantin lelaki hakak..selamat menjadi orang semenda dan otomatik jadi suku biduando. Banggo x? Ahakss.. Dan dapat berzuriatkan waris biduando lelaki dan ppuan hookey...dan bertuahnya wanita N9 mas kahwinnya adalah yang termahal. RM200 ok..hihi..mahal ke? Boli omeh xlopeh. Tapi itu kan hadiah untuk isteri tersayang. Berapo la sangat kan?

Itu serba sedikit mengenai suku biduanda hakak la..yang lain hakak xtau.tu pun xmendalam..nak mendalam kena berguru..Walapun sekarang ini banyak mudah dan tiada lagi seperti zaman adik beradik mummy CR. Hah.. Asal nak kenduri je mula la dilapis kain batik lepas keliling ruang tamu. Di pasang lelangit atas siling. Ada pula sejambar (sedulang) khas makanan untuk tok Lembaga dan Buapak.

Hah..jom mengenali orang minangkabau...copek ngorat orang N9..hahah..

(P/s : Bunga Citra Lestari dan Marshanda orang minangkabau..amacam cun x? CR pun cun jugak hookey)

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa