Assalamualaikum,
Sambung balik perjalanan kami ke Istanbul. Keluar tol Istanbul kami singgah di satu tempat untuk masing² singgah ke tandas. CL dan adik pula ambil kesempatan ke stesen minyak berhampiran untuk dapatkan air sejuk. Kami duduk dibelakang sekali. Dengan cuaca panas sepanjang perjalanan membuatkan kami berasa dahaga.
Apalagi Mr. B dari jauh membebelkan kami kerana pergi stesen minyak sedangkan dia hanya arahkan untuk ke tandas sahaja.
Dia pun komplen mengatakan "wanita Malaysia kuat bershopping" Kami hanya tergelak dan menafikannya kerana kami benar² dahaga.
Sepanjang perjalanan dihidangkan permandangan yang indah. Kami melintasi jambatan syahid kerana pengeboman menyebabkan ramai terbunuh. Jambatan itu dibina bersempena kematian syahid mereka yang terlibat.
Kemudian kami menelusuri laluan perjalanan yang panjang. Lebih kurang 2 jam setengah Bursa - Istanbul. Kami melalui pula jambatan yang menghubungkan Istanbul Asia dan Istanbul Eropah jambatan Bhosphorus.
Masuk je bandar Istanbul kesesakan amat teruk kerana waktu orang balik kerja. Kami tiba hampir jam 7.30 petang lebih menyebabkan kami tiba sangat lewat dan membatalkan aktiviti kami petang itu dan terpaksa terus ke hotel.
Ramai betul orang Istanbul. Di stesen train kelihatan berpusu² orang menunggu bas. Sangat ramai...😧😧
Ramada Hotel Istanbul
Kami tiba jam 7.30 malam suasana semakin sejuk dan gelap. Kami memunggah beg² kami ke dalan lobi hotel.Kami kemudian diberikan bilik masing² oleh ustaz dan kemudian kami membawa beg² kami ke bilik masing². Hotel itu amat cantik dan kelihatan baru. Namun suasana sekeliling tidak begitu teruja sebab hanya bangunan kilang.
Kali ini kali dapat bilik nombor 711. View nampak permandangan shopping complex di kawasan terbabit. Oleh kerana penat jadi kami hanya makan dan makan kemudian berehat di dalam bilik.
See u next chapter.
XoXo,
Cik Lee
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa