Thursday, March 8, 2018

Umrah Ziarah 2018 - Day 2 Bursa Part 2

Assalamualaikum,

Pasti semua tertunggu² entry kali ini. Sesekali kena selang seli dengan entry yang serius sikit. Almaklum ada permintaan dari umum untuk dapatkan khidmat nasihat. Baiklah berbalik kepada holiday CL di Turkey dengan cadangan tambahan tempat oleh Mr. B dan bayaran tambahan TL150 maka kami semua jemaah sebulat suara bersetuju.

Uludag

Oleh kerana kami ke sana masih lagi musim winter maka kami berpeluang merasai salji sebenar.

Tidak tergambar perasaan melihat salji yang memutih. Selalu kita tengok tv je kali ini depan mata.

Uludag adalah tempat markas tentera pada awalnya dan kini separuh dari tempat itu dibuka untuk umum.

Permandangan mendaki gunung sangat superb sebab anda akan melihat pokok yang gugur daunnya. Seperti dalam tv. Kagum tak kagum. Sepanjang perjalanan anda akan disajikan permandangan yang sangat²  indah.

Uludag kini menyediakan rumah peranginan. Kalau ada bajet boleh bermalam disini menikmati suasana indah salji dan kalau anda peminat skiing memang inilah tempatnya. Tenaga pengajar bersepah². Anda boleh memahirkan diri untuk ski. Di sini juga ada kedai² menjual peralatan ski. Memang port ski untuk orang Turkey.

Kebetulan kami pergi musim salji yang tidak begitu teruk. Jika musim salji sebenar rasanya kami hampir tidak dapat menikmati kesemua kawasan² di Istanbul - Bursa akibat dari cuaca buruk. Malah untuk mendaki ke Uludag juga menjadi sukar kerana dilitupi salji dan laluan menjadi licin.

Pengalaman sendiri jika benar² ingin tinggal lebih dari 3 hari dikawasan salji maka tidak salah untuk beli boot khas untuk salji. Jika sekadar untuk habiskan sejam dua dan bergerak ke tempat lain sangat tidak berbaloi melainkan anda bajet kencang. Cuma pakai kasut yang sesuai kerana salji sangat licin. Umpana ais batu yang dikisar. Licin dan basah.

Pakai stokin yang tinggi dan tebal begitu juga pakai yang tebal. Jaket yang anda pakai pun dah kira ok. Tak perlu membazir untuk lawatan yang tidak lama.

Konfetci Yusof

Setelah penat bermain salji lebih kurang dua jam. Dan bau bauan makanan dari restoran berdekatan membuatkan kami lapar.

Kali ini kami terpaksa menahan lapar sebab kedai makan di janjikan adalah tempat biasa sebelum ini. Tunggu janji 2 jam menikmati salji di Uludag.

Last minit sebelum bas tiba kami berpusu² pula bergambar di mercu tanda. Aduhailah, kadang² ejen ini tak berikan kami peluang benar² menikmatinya.

Yelah dua jam memang lah tak nampak mercu tu. Sampai² tak pandang kiri kanan terus suruh naik atas. Jadi sambil menunggu bas kami terjumpa pula mercu maka berpusu² orang bergambar.

Khabarnya  tak boleh menunggu lama dan dia dah beri tempoh dua jam. Sabar jelah....🤔🤔

Kemudian bas meluncur turun ke restoran  biasa. Kali ini di janjikan sosej homemade boleh pilih perasa daging atau ayam. Cuma ejen sahaja cerita sedap. Kami layankan sahaja.

Sesampainya kami di sana. Lebih tersusun berbanding hari pertama. Sudah tentulah kami ingin makan bersama keluarga masing². Kami terpaksa pula makan berasingan sebelum ini kerana jumlah meja yang disediakan terhad.

Kali ini kami dihidangkan dua sosej saiz besar digrill. Kalau tengok di kaca tv bila chef mat saleh menyediakan ramuan masakan. Sosejnya lebih besar dari apa yang kita lihat dipek di Malaysia.

Hidangan lain, nasi (macam nasi pulut yang dibuat nasi minyak) + sambal goreng (chilli flakes. Cili dikisar halus kemudian digoreng dengan minyak zaitun) + cili hijau yang digrill + lada benggala yang direndam cuka (pedas sangat ok) + salad ,kubis ungu, lobak merah dan buah zaitun + roti.

Setelah selesai kami menjamu selera kami akan bertolak ke Istanbul semula. Kali ini CL duduk belakang sekali bersama adik dan mak. Tapi sepupu bertukar tempat dengan mak jadi kami bertiga duduk dibelakang.

Istanbul here we come again!!! 💃💃

XoXo,
Cik Lee

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa