Monday, March 5, 2018

Umrah Ziarah 2018 - Day 1 Bursa Part 2

Assalamualaikum,

Kali ini CL akan menyambung kembali cerita setibanya kami di bumi Istanbul dan sesampainya kami ke Bursa.

Konfetci Yusof

Apabila tiba di Bursa kami singgah makan di salah satu restoran terkenal di Bursa. Memang restoran ini amat popular dikalangan penduduk Bursa.  Besar dan sentiasa full house.

Kami pertama kali dihidangkan nasi yang hanya satu scoop kecil berserta ayam panggang. Kemudian ada sayur lada benggala jeruk. Pilihan kami hanya samada letak serbuk cili, sos atau mayonis. Tiada kuah ok. Nanti CL akan cari gambar di google untuk tatapan semua. Masa makan tidak sempat nak snap disebabkan masa terhad. Kami segera nak ke toilet disebabkan cuaca sejuk. CL pula tidak ke tandas sejak dari airport lagi.

Kami dinasihatkan untuk ke tandas kerana tiada tandas disediakan selepas ini. Jadi masing² ambil peluang.

Green Tomb

Selesai makan dan ke tandas kami bergerak menuju ke salah satu makam Sultan dizaman Ottoman aka Uthmaniyah iaitu Sultan Mehmed. Makam yakni kubur memang dalam bangunan yang cantik. Jadi kami sedekahkan Al Fatihah. Tempat ini dinamakan Green Tomb di Bursa.

Sesampainya kami di kawasan yang diberitahu kami akan berfotografi di depan kawasan lapang yang ada perkataan bursa. Jadi masing² ambil peluang bergambar. Kami juga bergambar beramai² bersama jemaah yang terlibat dalam rombongan ini. Kebanyakan jemaah adalah dari latarbelakang yang hebat².

Sebelum tiba di dataran Bursa salah seorang wanita cantik di kedai menghadiahkan CL fridge magnet. Halal ok. Sampai terkejut dan terjatuh. Sebab teringat kata Mr. B jangan singgah dan ambil apa². Mujur mak CL kat belakang jadi kami masih ada rezeki.

Selepas kami melawat makam Sultan Mehmed di zaman Uthmaniyah. Kami telah bergerak balik. Laluan jalan kaki berbeza. Kami dapat melihat sekitar kawasan bangunan makam gunung yang masih dilitupi salji.

Kami terhenti sekali lagi melihat permandangan rumah² dari atas bukit laluan kami. Apalagi ejen Mr. B yang lepas ke depan berpatah balik dengan membebel "Andalusia..Andalus..." Kami hanya mampu berkata " Dah setat dah..." sambil gelak².

Ulu Camii @ Grand Mosque

Kami menaiki bas dan bergerak pula ke kawasan masjid. Kali ini masjid ini pertama kami singgah Grand Mosque. Kami menunaikan solat jamak Zuhur dan Asar.

Kami diberi penerangan tulisan khat yang memberi maksud tersendiri. Tulisan khat tersebut sangat berseni. Setiap perkataan reflek. Memang sangat cantik. Masjid ini juga mempunyai rekabentuk yang sangat cantik.

Selesai kami melawat masjid dan menunaikan solat. Kami diberi penerangan panjang mengenai tulisan khat dan seni kaligrafi yang ada disekeliling masjid.

Yesil Camii @ Green Mosque

Kami kemudian dibawa ke masjid Hijau ini. Permandangan masjid ini juga betul² di tengah bandar. Laluan yang sibuk. Ramai orang ketika kami disana.

Kami dibawa lawatan sekitar masjid. Namun begitu tidak selama ketika di Ulu Camii. Ketika kami bergambar diluar sdkitar masjid ada tukang jual diliar ingin bergambar bersama. Kami biarkan sahaja.

Hotel Bursa

Kami dihantar ke hotel. Oleh kerana sekarang adalah musim winter jadi masa siangnya agak pendek. Pendek tak pendek jam 6 juga kami tiba di hotel. Kami menginap Hotel Bursa salah satu hotel 5 bintang.

Hotel ini dikelilingi kedai². Mata masing² meliar tengok sale sana sini. Geram nak bershopping. Namun tidak berpeluang. Sesampai di hotel kami akan menginap hanya satu malam sahaja. CL sebilik dengan adik perempuan dan mak. Abah pula dengan adik ipar (suami adik perempuan) dan juga mutawwif.

Selesai check in hotel kami turun makan. Di ruang makan tingkat dua. Lif dia horror sikit sebab sangat kecil hanya muat 2 3 orang dan beg masing² besar belaka. Mujur kami hanya semalam je.

Makanan disediakan boleh tahan kalau peminat makanan western. Tapi rasa dia kadang² tidak boleh diterima tekak. Yelah taste beza². Nampak sedap tapi rasa tawarlah. Manislah. Cuma kami bersabar jelah. Walaupun hidangan dia banyak sangat. Hampir kebanyakan makan sedikit. Masih cuba menerima masakan Turki.

Kami melihat kawasan luar kiranya berminat nak meronda². Rupanya pasar tani hampir nak tutup. Cuaca sangat berangin. Bagi kita yang tidak biasa pasti rasa terlalu dingin. Tapi penduduk Turki yang sudah lali mereka masih kelihatan biasa walaupun cuaca dingin.

Kami ingin menemani sepupu yang ingin membeli beg baru kerana begnya hampir rosak. Namun bila di tengok harga. Dia berfikir juga. Yelah baru hari pertama takkan nak spend RM100+ untuk beg biasa bukan berjenama.

Jadi kami habiskan masa di hotel. Terasa lama juga kerana cuaca yang sejuk. Malam agak panjang. Tidur punya tidur rasa lama sangat nak siang. Padahal kat Malaysia nak sangat malam lama. 😁😁😁 kemungkinan perubahan waktu dan jetlag menyebabkan kami sukar melelapkan mata.

XoXo,
Cik Lee

1 comment:

  1. The best slots by Pragmatic Play
    1. Blackjack. 2. Roulette. 3. 의왕 출장샵 Slots. Pai Gow 남원 출장안마 Poker. 4. 부천 출장샵 Pai Gow 부산광역 출장샵 Poker. 5. Video Poker. 6. 용인 출장샵 Slots.

    ReplyDelete

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa