Assalamualaikum,
Pasti tengok tajuk anda akan rasa ini yang anda cari bukan? Judgemental atau orang yang mudah jatuh hukum tanpa penilaian sewajarnya.
Jika dilihat masih ada dikala arus permodenan ini semakin ramai bersikap jugdemental. Penilaian ini sangat tidak bagus samada dalam perhubungan, pekerjaaan dan organisasi. Jom kenali mereka yang suka bersikap jugmental iaitu salah satu sikap mental tidak sihat.
1. Suka beri tanggapan negatif
Jika anda melihat golongan yang suka memberi tanggapan negatif kepada seseorang. Awas❗️❗️Anda kini telah terjebak dengan mereka yang judgemental.
Awak kena mula memberikan respon bertentangan dengan apa yang mereka cuba sampaikan kerana mereka telalu pesimis dan negatif. Ini adalah tidak baik.
2. Membesarkan sesuatu perkara
Salah satu golongan negatif ini mereka suka membesarkan sesuatu kesalahan orang, melihat keburukan orang lain terus menerus dan menyampaikan pula pada orang lain.
Ini adalah satu penyakit mental yang sangat bahaya. Mereka ini harus diberi tumpuan jika mereka amat negatif krpada satu pihak.
Ingat adakala sesetengah orang memburukkan pihak lain semata² ingin menutup kelemahan dan kesalahan mereka juga. Jadi sebagai pendengar kepada sesuatu berita negatif adalah tidak wajar menyampaikan perkara yang boleh membuatkan suasana tidak harmoni.
3. Tidak melihat perkara menyeluruh
Selalunya orang judgemental ini tidak suka melihat sesuatu perkara itu menyeluruh. Perkara yang dilihat buruk sebesat kuman diperbesarkan seolah sebesar gajah.
Golongan sebegini memberikan impak kepada perseorangan. Ibarat juga sesuatu syarikat. Jika kita melihat satu kesilapan teknikal yang dilakukan tetapi kita tidak melihat aspek menyeluruh menyebabkan reputasi syarikat itu tercalar.
Jadi ada sesetengah orang mudah terpengaruh dengan kata² negatif jika ia datang dari seseorang yang mereka rasakan dominan dan kononnya dipercayai umum.
4. Membuat perbandingan yang tidak sesuai.
Adakala mereka ini orang yang suka membanding². Siapa suka dibanding²? Sudah tentu tiada seorang manusia pun suka dibanding².
Manusia adalah unik dan sikap berbeza². Samada kita perasan atau tidak sikap kita walaupun kita rasa sama tetapi sebenarnya berbeza.
Jangan membuat perbandingan seolah kita mengenali perkara itu 100% sedangkan apa yang kita bandingkan itu tidak sama dengan perkara itu sama sekali.
5. Memandang remeh masalah orang lain.
Ini adalah perkara paling lucu. Namun ada juga orang yang suka memandang remeh.
Pada mereka hal itu boleh diselesaikan secara A secara B tanpa kita mengetahui mereka telahpun melalui cara tersebut.
Sesuatu yang lazim kepada jugmental ialah mereka yang seolah sangat arif sesuatu perkara tanpa mereka sendiri alami perkara tersebut.
6. Tidak mendengar.
Orang yang judgemental memilih tidak mendengar tapi membuat penilaian dan keputusan.
Jadi apa juga yang kita perkatakan tidak akan memberikan impak sekalipun kita telah nyatakan bukti dan fakta yang sahih.
7. Aku betul kau salah.
Orang judgemental sentiasa anggap aku betul kau salah walau apapun jua anda lakukan selagi ia tidak mengikut sepertimana yang dia inginkan.
Pemerhatian, pemahaman dan mendengar pada mereka ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
8. Jika sudah negatif maka negatif.
Amat lucu kalau anda mengenali meteka judgemental ialah kalau sekali dia negatif dia akan bersikap positif.
Pada mereka positif mereka adalah mengikut kehendak mereka. Jika ia tidak menepati maka dia tetap akan negatif.
Demikian untuk anda kenali mereka sebegini. InsyaAllah next chapter saya akan terangkan bagaimana menghindari mereka jenis ini.
XoXo,
Cik Lee
Bsc. Human Development UPM
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa