Assalamualaikum,
Di saat ini ada pelajaran baru. Meskipun masa turun ke surau di landa sayu hati dan sedih kini rasa syukur pula melanda hati.
Salah seorang waris mangsa Tsunami tahun 2006 itu mengalami trauma bertahun² akibat kehilangan suami dan anak³ semasa kejadian tersebut. Hendak di jadikan cerita selalunya suami beliau yang menjemput anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun ketika itu di pondok pengajian namun beliau demam ketika itu. Lalu akak ini yang menjemput anak mereka dengan 2 jam perjalanan menggunakan motor.
Ketika sampai kejadian itu dilihat dari jauh seolah asap yang berkepul². Akak ni tak tahu itu adalah kejadian tsunami. Terus akak itu pengsan dan trauma kerana kehilangan suami dan anak³ sekelip mata.
Kesimpulan....
Bersyukurlah...dugaan kita hanya kecil dibandingkan orang lain. Luka kita hanya sedikit berbanding kelukaan orang lain. Kesedihan kita tidak sesedih mereka alami...
Apapun. Terus melangkah. Jangan pernah mengalah..... Jangan mudah menyerah... Yakin dengan janji Allah s.w.t.
XoXo,
Cik Lee
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa