Tuesday, March 20, 2018

Bila anda dikatakan Kawis Wege Oleh Seorang Yang Anda Tidak Kenali

Assalamualaikum,

Semalam CL belek² apa yang archieve oleh phone CL yang baru. Oh ya hp CL telah hilang semasa mengerjakan umrah baru² ini.

Hp itu walaupun jenama Lenovo A916 baru berusia dua tahun dan baru tamat 2 tahun warranty dari international Lenovo.

Sedih tu memang sedih. Terpaksa advance dari mami sebab mami je masyuk...kikiki...

Sambung cerita mengenai tajuk tu. Satu hari CL sertai satu grup dari kumpulan Just Feminin. Kumpulan favourite zaman remaja. Oleh kerana halaman FB maka salah satu dari likers page telah mencadangkan untuk tubuhkan grup whatsapp. Peringkat awal tidak berminat. Memang bukan peminat whatsapp ni. Selalu bikin hp hanged. Namun, ahli yanh cadang ini memujuk. Oklah...kesian punya pasal.

Grup ni hanya kenal di alam Facebook. Lastly tinggal kami berempat dan bertemu. Salah seorang pula out of group sebab suami orang selalu nak test market. Perasan handsome.

Bila grup berpecah disebabkan penipuan admin. Mula tuduh² kita ni jahat. Padahal bercinta sesama dia. Kita pulak dituduh jadi orang tengah. Meluat...

Satu hari CL mendapat whatsapp dari katanya grup lama JF. Dia ingin berkenalan. Kononnya. Bila kita cerita yang bebetul. Cerits usia. Then berikan tarikh lahir. Nak tau apa dia kata. CL adalah wanita "Kamis wege". Mudah curang.

Aiyooo...tak sangka siap kira dan snap untuk send bagitau CL ini bahaya. Ya rabb..agaknya masih ramai percaya benda ini dalam mencari jodoh.

Namun kelemahan wanita kamis wege ni seorang yang lemah pujuk rayu. Alamak..bahaya ni..selalunya terpedaya sale, shopping je. Kikiki...lemah tengok..sebab tengok poket pun minta kesian..kahkahkah...

Apapun jangan mudah exposed tarikh lahir anda. Masih ada sesetengah orang memilih pasangan yang ikut tarikh ntah apa² kepercayaan. Biar dia kenal kita sebenar kita barulah perlahan² kita expose sebenar peribadi kita. Jangan berpura² dalam perhubungan. Lebih mudah kita menerima kekurangan dan kelemahan masing².

Tapikan......kamis wege ni....

Seorang yang cantik hokeyyyyy....Hoyehhhh...hahahaha...siap cakap badan tidak gemuk tidak kurus. Seorang pemikir, sukakan kedamaian. Google jelah.

Jangan percaya. Yakinlah rezeki, jodoh ajal maut di tangan Allah.

Xoxo,
Cik Lee

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa