Assalamualaikum,
Ramai antara kita pernah bercinta dan ada yang bernasib baik ke jinjang pelamin ada yang terputus di tengah jalan.
Kali ini CL akan kongsikan tips untuk melupakan kekasih atau istilah "move on".
Secara logik amat mustahil untuk melupakan seseorang yang pernah bertahta di hati kita sekiranya kita telah meletakkan cinta, kepercayaan dan harapan agar perhubungan dapat di noktahkan dengan perkahwinan. Namun begitu, kita masih mampu untuk perlahan² untuk melupakan kekasih hati dan terus "move on".
1. Menangis
Tidak salah pada peringkat awal kita menangis dan bersedih. Namun yang menjadi salah adalah kita terus menerus meratapi dan menangis.
Ada sesetengah dapat melegakan emosi setelah menangis. Menangis bukanlah beerti ada lemah namun ia adalah untuk membina kekuatan.
Normal setiap orang akan beremosi dan menangis namun kena tetapkan iman dan terus melangkah. Tiada guna berpatah balik.
2. Sandarkan masalah kepada mereka yang di percayai.
Hakikat sekiranya kita sedang bersedih tidak salah jika kita berkongsi dengan orang yang kita rasa percayai. AWAS adakala orang yang paling rapat adalah orang yang paling suka dengan kesedihan kita.
Cuba kita tengok dan uji kepercayaan rakan. Sekiranya kita boleh dipercayai tidak salah sekiranya kita mencurag rasa.
Ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada hati yang tengah sarat.
3. Elakkan kesedihan berpanjangan.
Sekiranya kita telah menangis, bercerita dengan rakan. Elakkan terlalu lama melayan perasaan sehinggakan perhubungan sedia ada bersama teman² menjadi bosan dan tidak ingin bersama kita.
Cuba sedaya upaya menahan dari terus terusan bercerita kesedihan, menangis dan memencilkan diri. Selain dari tidak baik untuk kesihatan ia juga memberikan impak buruk pada sekeliling kita. Kita mudah beremosi, tidak berfikir panjang dan mungkin ada yang mudah mengambil kesempatan atas ketidakstabilan emosi kita.
4. Cuba aktiviti lain.
Jangan kita terperangkap dalam dunia ciptaan kita dan terus menganiaya diri dengan kesedihan.
Apa kata kita cuba aktiviti baru bersama orang yang menyayangi kita. Tidak salah kita menghadiri majlis ilmu, melakukan sembahyang berjemaah di masjid² berbeza, berkaraoke dengan teman², dan travel ke tempat² menarik.
Ini secara tidak lansung kita dapat memikirkan aktiviti lain selain menumpukan kepada kesedihan kita.
5. Aktiviti Sukarelawan.
Dewasa ini ada pelbagai aktiviti sukarelawan yang boleh di sertai. Antaranya memberi makanan kepada gelandangan, membersihkan rumah anak yatim, mengajar anak yatim, misi bantuan (banjir atau apa saja) , dan sebagainya.
Apabila kita menyertai aktiviti sebegini dapat menyibukkan diri dari terus memikirkan perkara² menyedihkan.
6. Fikir Positif.
Setelah beberapa minggu dengan kesibukan aktiviti dan sokongan dari teman² dan keluarga cuba kita duduk seketika dan bermuhasabah.
Mungkin dari kita masih teringatkan sidia namun cuba kita kenangkan apa yang telah kita lalui dalam perhubungan itu sesuatu yang berbaloi untuk di teruskan atau pisah adalah jalan terbaik?
Mungkin semasa dalam perhubungan semakin suram dan anda bukan lagi mencintai dirinya cuma anda hanya merasakan kebergantungan anda kepadanya sebagai satu tanggungjawab dan tidak mahu melukakan mana² pihak.
Semakin anda menilai, semakin anda merasakan sesuatu yang positif perhubungan berakhir adalah jalan terbaik namun jika terus bersama anda mungkin akan lebih terluka dan derita.
7. Menerima hakikat.
Sebenarnya tidak mudah namun akan lebih mudah sekiranya anda menerima hakikat yang anda dan si dia tidak ditakdirkan untuk bersatu.
Hakikat walaupun pahit namun itulah jalan terbaik untuk meneruskan kehidupan anda. Tiada guna meneruskan perhubungan yang sia² dan menantikan sesuatu yang tidak pasti.
8. Berhenti berharap.
Jangan meletakkan harapan agar perhubungan anda dapat di selamatkan. Semakin anda letakkan harapan untuk bersama makin menambahkan luka yang sedia ada.
Semakin lama akan menjadi semakin parah. Elakkan kerana sekali anda terjerumus semakin anda tenggelam dalam angan² yang tidak akan kesampaian. Ia sangat bahaya kepada kesihatan mental anda.
9. Bukakan pintu hati.
Ini adalah cara lebih baik. Jangan hanya statik kepada perhubungan yang telah musnah.
Tidak salah anda berkawan dengan orang lain. Bertukar² fikiran, dan saling berkongsi minat juga dapat memberikan ruang pada diri anda untuk memulakan perhubungan baru.
Mana tahu perhubungan kali ini lebih positif dan membawa anda ke jinjang pelamin kan?
10. Anda berhak BAHAGIA.
Ramai yang terlupa bahawa dia berhak bahagia seperti orang lain seperti si dia yang telah memilih orang lain.
Jangan pernah menafikan hakikat anda juga berhak BAHAGIA. Jangan biarkan orang lain merampas kebahagiaan yang patut anda miliki.
Carilah kebahagiaan baru. Minta petunjuk dari NYA. Mana tahu ada sirnar dalam perhubungan baru akan datang. Bahagia itu hak semua individu. Cari dan cipta kebahagiaan baru.
Semoga tips² ini dapat memberikan panduan dan meringankan beban di hati. Jangan terus bila di buru kenangan. Biarkan lah berlalu, cinta ini kadang² tiada logika jadi teruskan mencari cinta sejati. "Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor"
XoXo,
Cik Lee
Bsc Hons Human Delevelopment
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa