Assalamualaikum,
Pada peringkat awal tidak berminat nak layan. Namun, lagu² lama menggamit kenangan semua.
Kak Engku tidak dapat meneruskan kemaraan pada konsert kelima kali ini mungkin rezeki tidak memihak. Padahal saya merasakan vokal semakin ada peningkatan. Elyana yang dahulu agak bagus semakin tumpul skill menyanyinya. Itu belum di uji dalam genre berbeza lain.
Apa yang mengejutkan Firman yang CL merasakan tiada menarik dari segi vokal mengejutkan dengan perubahan vokal mendadak serta persembahan unik. Siapa sangka beliau keratif dengan menyanyikan lagu Zalikha. Penggunaan hailer dalam verse korus yang berulang² untuk beri perbezaan sangat menggagumkan.
Itulah namanya kreatif kerana ini adalah pertandingan nyanyian bukan pertandingan persembahan. Vokal Siti Nordiana juga semakin mantap dan semakin popular sekarang. Yang utama beliau belajar mempertingkatkan vokal beliau.
Jadi jangan takut berubah dan kreatif kalau ingin berjaya. Peringatan untuk diri juga.
XoXo,
Cik Lee
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa