Monday, October 23, 2017

Persediaan Umrah Part 2 : Keperluan Umrah

Assalamualaikum semua,

Kali ini CL kongsikan persediaan ringkas untuk melakukan umrah. Barangan ini antara kelengkapan wajib untuk wanita cuma jika untuk jemaah lelaki perlu di tukar ke kain ihram. Kelengkapan wanita agak renyah jadi CL kongsikan untuk makluman bersama Insyaallah.

1. Tasbih Digital

Ini adalah memudahkan kita berzikir dan mengetahui berapa banyak zikir yang telah kita baca terutama amalan² yang memerlukan pengiraan.

2. Spray Wudhuk

Ini adalah untuk jemaah yang sangat sensitif perutnya dan mudah mengeluarkan kentut. Umum ketahui bilik air untuk mengambil wudhuk agak jauh. Jadi untuk menjimatkan masa dan mengelakkan kita keluar saf. Gunakan spray wudhuk.

3. Telekung / Telekung Mini

Ada jemaah wanita yang selesa menggunakan seluar ketika ibadah. Jadi mereka memilih telekung mini. Namun begitu penggunaan telekung biasa sudah memadai. Namun bagi jemaah lelaki mereka perlu memakai kain ihram.

4. Baju Tshirt Berkocek

Ini adalah untuk memudahkan jemaah menyimpan duit tanpa perlu mengusung bag ke mana². Ia juga lebih selamat dan mudab untuk melakukan ibadah tanpa bimbang keselamatan duit. Jadi tidak salah jika ada sehelai baju tersebut.

5. Stokin Muslimah

Stokin ini antara kelengkapan wajib untuk jemaah wanita. Ia adalah untuk melindungi kaki semasa solat dan semasa aktiviti seharian. Umumnya kita sudah ketahui bahawa kaki merupakan aurat untuk seorang wanita. Jadi di sini kita boleh belajar amalkan berstokin dan menutup aurat. Tangan juga aurat Lebih mudah jika stokin yg mesra wuduk. Namun ia bukan keutamaan. Stokin biasa juga boleh asalkan tidak jarang. Penggunaan stokin tangan juga penting. 

6. Baju Muslimah Yang Labuh.

Ada sesetengah jemaah tidak selesa memakai jubah sepanjang masa. Pastikan ada pakaian labuh untuk memudahkan pergerakan anda. Yang utama harus selesa dan dapat melakukan ibadah dengan sempurna. Aamin.

7. Tudung Labuh

Ini adalah penting samada anda gunakan untuk bergerak ke mana² terutama ke masjid atau boleh di gunakan juga untuk bersolat.

8. Palazo

Bagi jemaah wanita penggunaan palazo untuk jemaah yang tidak selesa menggayakan baju jubah seharian masih boleh gunakan palazo iatiu seluar panjang yang tidak ketat dan selesa bukan mengikut bentuk badan untuk pergerakan terutama semasa menjalankan ibadah saie. Elakkan material lycra.

9. Sejadah Mini

Ini juga pilihan jika anda inginkan keselesaan semasa bersujud. Tidak salah sediakan juga.

10. Jubah

Ini ada lah untuk para wanita yang ingin bertukar² pakaian terutama untuk solat di malam hari.

Apa yang di senaraikan hanya sekadar basic. Bilangan pakaian tidaklah perlu terlalu banyak. Anda masih boleh membeli kelengkapan anda di sana yang ada menawarkan pelbagai pilihan dan rekabentuk serta harga. Apapun ini kelengkapan wajib. Bawa sepasang untuk kegunaan anda untuk memudahkan anda beribadah.

XoXo,
Cik Lee

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa