Assalamualaikum,
Maaf lama tak bersiaran disebabkan kesibukan bersama keluarga dan tuntutan tugas² dipejabat.
Insyaallah, CL akan berangkat menunaikan fardu Umrah pada bulan Februari 2018 nanti. Maka ada sedikit persediaan amalan² yang cuba di terapkan samada masa ini dan sewaktu di Madinah dan Makkah nanti.
Mudah² an segalanya di permudahkan diberi kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan urusan ibadah di sana nanti.
Persediaan pertama sebelum berangkat adalah mempersiapkan amalan² yang kita lakukan pada masa kini sebagai persediaan untuk di lakukan di sana nanti. Yelah, perbelanjaan yang tinggi tidak semudah untuk kita pergi berulang kali. Jadi perlengkapkan diri agar benar² bersedia mental fizikal di sana nanti.
Berikut sedikit catatan panduan untuk amalan bersama, insyaallah mudah²an dipermudahkan ibadah kita.
1. Solat Wuduk
Solat sunat 2 rakaat ini adalah sangat di tuntut dan besar ganjarannya. Sekiranya kita melakukannya seikhlas hati insyaallah segala dosa² kita samada besar atau kecil mudah²an di ampunkanNYA. Solat ini solat sunat seperti biasa cuma niatnya saja bertukar.
"Usalli Sunnatal Wudhuu'i rakataini lillahi ta'ala"
Solat seperti biasa. Cuma ada antaranya menyatakan rakaat pertama baca surah Al Kafirun dan rakkat pertama baca Surah Al Ikhlas tetapi jika tak hafal boleh baca surah² lazim yang lain.
2. Solat Fardhu.
Setelah kita lakukan solat wuduk kita melakukan pula solat fardhu seperti biasa.
3. Solat Dhuha.
Solat sunat ini di lakukan waktu selepas waktu selepas waktu subuh iaitu 30 minit selepas matahari terbit dan sebelum waktu zuhur. Namun pastikan sejam sebelum waktu zuhur.
Amalan ini untuk di galakkan untuk kemurahan rezeki. Lafaz niat solat dhuha
"Usalli sunnatan dhuha rakataini lillahu ta'ala"
Antara surah di amalkan pada rakaat pertama selepas Al Fatihah adalah Surah Dhuha atau As Syams. Manakala rakaat kedua Surah Al Insyirah. Namun, sekiranya kita tidak hafal surah² tersebut kita masih boleh membaca surah² lazim.
yang lain.
4. Solat Hajat
Solat ini boleh dilakukan. Mudah² hajat kita termakbul. Lafas niat solat hajat
"Usalli Sunatan hajati rakataini lillahi ta'ala"
Selepas solat hajat kita digalakkan melakukan amalan
⭐ Istighfar - 100x
⭐ Selawat - 100x
5. Solat Taubat
Kita digalakkan melakukan solat taubat memohon keampunan Allah terhadap dosa² yang kita telah lakukan. Samada kecil atau besar dan mengharapkan keampunanNYA.
Lafaz niat solat taubat :
"Usalli sunnatan taubat rakataini lillahi ta'ala"
Pada rakaat pertama kita membaca surah Al Kafirun selepas Al Fatihah dan rakaat kedua Surah Al Ikhlas (seperti solat Wuduk).
Selepas solat, kita di galakkan baca
⭐ istighfar - 70x
⭐ Subhanarabbial Adzimi
Wabuhamdih. - 100x
⭐ Zikir taubat Nasuha ( Astaghfirullah
Rabbal Baroya....)
✔ Amalan Tambahan
1. Tawaf Sunat
Kita digalakkan melakukan tawaf sunat. 50 kali adalah yang terbaik. 'Barangsiapa melakukan tawaf di Baitullah sebanyak 50x maka terhapus dosa² nya seperti ibu yang di lahirkan.
Namun begitu jangan memberi tekanan pada diri. Sekiranya mampu. Yelah sekurang² nya kita tambah ilmu kan?
Cuma ada yang mengatakan hadis ini kurang sahih. Wallahualam.
2. Melihat Kaabah
Jika kita tidak mampu melakukan umrah dengan kerap. Maka cukup sekadar untuk melihat kaabah. Allah melimpahkan 40 rahmat walaupun hanya melihat kaabah. SubhanaAllah.
3. Berdoa di Jabal Rahmah
Tempat ini merupakan tempat di mana Allah s.w.t mengampunkan dosa Nabi Adam a.s. dan tempat pertemuan antara Nabi Adam a.s. dan Siti Hajar ketika terpisah semasa turun ke bumi.
Tempat ini juga tempat mustajab untuk berdoa. Selain dari waktu arafah.
4. Solat Sunat Dan Berdoa Di Raudhah.
Ini jug di katakan antara tempat mustajab berdoa. Ia juga tempat makam junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan di raudhah tempat kesukaan Rasulullah s.a.w. beribadah dan bersolat.
5. Berdoa di Multazam
Setelah di kutip beberapa informasi. Multazam antara tempat yang mustajab doanya. Jadi berebut² para jemaah bersolah di sana. Multazam adalah tempat di antara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah.
"Multazam.adalah tempat terkabulnya doa. Tiada satu pun doa seorang hamba di Multazam kecuali di kabulkan" HR Ahmad.
6. Hijr Ismail
Ada dikalangan ulama menyatakan Hijr Ismail adalah kedudukan Kaabah yang asal. Anda boleh solat di mana² arah ke hijr ismail namun demi kena mrnghormati jemaah lain seeloknya mengikut kaabah sedia ada.
7. Berdoa ketika bersaie.
Ramai dikalangan kita pasti ada yang terlupa peristiwa hajar berulang alik dari safa ke marwah mencari air untuk Ismail a.s. hingga tercetusnya air dari bumi akibat hentak kaki nabi Ismail a.s. Peristiwa itu kita abadikan dengan melakukan saie.
8. Berdoa di Bukit Safa dan Bukit Marwah.
Safa adalah permulaan bersaie dan Marwah pula tempat penghabisan Saie. Jadi sepanjang bersaie. Berlari² anak untuk lelaki dan berjalan untuk perempuan maka kita berdoa. Begitu juga bila kita tiba di Bukit Safa dan Bukit Marwah. Kita di galakkan berdoa.
Jadi keseluruhannya prepare doa awal² supaya kita tidak lupa meminta padaNYA dan berdoa semoga di makbulkan.
Aamin..
XoXo,
Cik Lee
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa