Thursday, August 3, 2017

My make up Collections

Assalamualaikum (ヘ。ヘ),

Pasti ramai wanita dan gadis² ada sesetengah suka bersolek kan? Alat dolrk ni tak perlu mahal² tetapi biarlah berpada².

CL tengah lagi belajar bersolek terutama tang makeup kening. Masih fail. Kena praktis lagi. Tapi CL lebih prefer makeup kening bold yang biasa berbanding trend terkini. Almaklum kening tebal dan xbercukur. Cukur dulu pun luka sebab xredha. Masa itu nak mekap kawen sepupu.

Sekarang ini CL perkenalkan separuh dari alat solek CL. Harap semua berpuas hati. Mana tahu yang lain serasi dengan kulit semua kan?

1. Primer ✔ jenama Make Up Base DLM - CL baru beli tadi dan baru mencuba. Saiznya agak kecil. Dan kemungkinan tidak tahan lama untuk yang heavy makeup. Tetapi sangat lembut. Bila kena kat wajah. Disebabkan tidak begitu makeup maka belum dapat di pastikan keampuhannya dalam menutup liang² roma yang terbuka, parut² jerawat. Namun yang pasti bila anda letak foundation dia akan rata.

2. Foundation ✔ Jenama Pixy - CL memang suka sangat foundation jenama ini. Berbentuk stick, sangat praktikal dan mudah di bawa kemana sahaja. Kadang² CL guna untuk bagi jerawat kering terutama lepas kita picit tu. Merah² dan berair. Bila tutup dengan foundation ini dan sapukan bedak Pixy. Nah...esoknya pasti susut. Jerawat dan kulit akan mengelupas. Bila dah kering apalagi kopek kulit menggelupas tu. Tadaaaa....parut tiada...jerawat pun tiada.

3. Two Way Cake ✔ Pixy - CL memang suka jenama Pixy. Biasanya kalau Two Way CL akan ambil tona gelap sedikit dari foundation. Sebab nak elakkan muka macam tepung gomak. Tapi tetap melepak juga (⌒▽⌒). Seperti biasa kegunaan lain selain dari bedak asas. Ia juga untuk memberi jerawat kering. Hahaha...Two Way Cake ini sebenarnya boleh di gunakan samada span basah atau lembap untuk sapuan yang rata. Jadi jika berminat untuk sapuan kering. Gunakan span sedia ada.

4. Blusher ✔ Ushas - Selain dari jenama Pixy CL juga peminat jenama Ushas. Lebih menarik dan sapuan dia lebih cantik. Ushas mesra dengan kulit CL. Jadi CL tak teragak² nak guna jenama ini.

5. Lipstick ✔ Miss Young - Ni adalah pertamakali CL guna. Rasanya jenama dia bertukar² tapi apa CL dapati sapuan lebih cantik. Tahan lebih lama dari jenama biasa. Bila kena di bibir tidak melekit dan berat. Selesa sebab dia jenis matte. Kalau berminat boleh google. CL gunakan warna 5.,

Itu sahaja koleksi kali ini. Di lainkali akan CL kongsikan beberapa lagi koleksi makeup CL. Jangan risau CL hanya guna jenama biasa. Tapi hasilnya marvelous.

XoXo,
Cik Lee

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa