Assalamualaikum semua,
Hari ini CL nak kongsikan cara mudah untuk memulangkan barangan Lazada. Ini adalah pertama kali CL pulangkan barangan Lazada (kalau tahu dulu tak suka je pulangkan...keh..)
Ok jom semak langkah² pemulangan yang telah CL lakukan.
1. Buka aplikasi mobile jika ada. Jika tidak boleh buka pada website.
2. Semak barangan di ruangan My Order. Caranya klik pada sebelah kanan atas ada : <--- (3 • bukan 2) selepas itu pilih barangan yang ingin kita pulangkan. Klik Return Order. Untuk makluman barangan yang kita belum terima pun kita boleh Cancel Order.
3. Selepas itu klik tanda ✔ pada kolum petak sebelah gambar barangan yang ingin kita pulangkan. (Tak perlu cari lah ✔ sebab klik pada kotak auto keluar..heheh...)
4. Kemudian klik diruangan petak sebelah itu sebab² barangan kita pulangkan. (Ni pun auto jawapan, pilih sahaja)
5. Kita berpindah ke ruangan tengah. Cara Pembayaran. Isikan data² nama, nombor akaun dan bank yang ingin di gunakan. Kita juga boleh memilih untuk dipulangkan secara e voucher. Jika kita ingin buat pembelian akan datang just masukkan sahaja number voucher tersebut.
6. Klik pada Cara Pemulangan. Yang ini auto jawapan. CL memilih cara pemulangan. Klik sahaja. CL memilih cara Pos Laju. Ini kerana dekat dengan pejabat pos.
7. Akhir sekali, Lazada akan keluarkan penyataan cara² pemulangan. Nombor prabayar pos laju. Dan juga alamat untuk pemulangan. Jika untuk kemudahan, snap dan simpan.
8. Cara² pemulangan kena :
a) Pastikan barangan masih dalam keadaan seperti yang di terima. ( Label jangan di cabut, plastik walaupun dah dibuka seeloknya simpan untuk rujukan)
b) Jangan simpan barangan terlalu lama baru ingin dipulangkan takut barangan rosak dan tidak valid.
c) Pastikan alamat supplier masih ada. Supaya memudahkan pemulangan.
9. Pergi ke pusat pemulangan dengan segera. CL memilih pejabat pos.
10. Semasa di kaunter pos laju, maklumkan ingin memulangkan barangan Lazada.
11. Nanti pihak pejabat pos akan serahkan satu borang warna merah jambu (rujuk gambar)
12. Isikan maklumat. (Jangan risau kalau anda lupa nombor Lazada berikan. Pihak pejabat pos dah ada rekod. Sebab pos berbayar dari Lazada)
13. Pastikan anda ada salinan alamat supplier (pada kertas penghantaran yang terdapat pada plastik wrapping postage)
14. Buat penyerahan pada kaunter dan dapatkan salinan borang.
15. Abis dah....tadaaaaaa...hahahha...tak apa dah. Tunggu duit je. Selepas itu shopping lagi. Ngehngehngeh...
XoXo,
Cik Lee
No akaun tu nak dapat dari mana cik lee
ReplyDelete