Monday, November 16, 2015

Saya Penakut Makan Ubat... (shhhh..ni rahsia haaaa..jangan bagitau orang k...)

Assalamualaikum,

Hihu..malu plak rasanya bila hakak CR orang tau penakut ya ampun makan ubat.  Jangan dibuat-buat.. pil tu rasa cam tak masuk je dalam anak tekak..Berkali-kali try pun tak masuk.

Orang kata belajar makan ubat. Sampai bila nak takut. Bukan takut..segan je...lagipun dah training berkali-kali tak teror jugak..stress taw..

Erm...orang kata macamana nak beranak esok. Lagi kena makan macam-macam ubat...akar kayu (errr..tak makan xpe kan? ) Pastu kena lagi sedassss..kalau tak makan macamana badan nak sihat, nak kuat, nak jaga baby...blaaa.blaaaa...blaaaa.. (alamak...banyak plak komplikasi tak makan ubat nanti)

Hakak paling panik kalau pegi klinik doktor suruh makan ubat on da spot (telan air liur) panik wooo... cecepat rasa nak lari dari klinik itu,

Kenangan masa kecil dulu, bayangkan hakak CR ni demam, abah paksa makan ubat (ubat air je kot...kuikuikui..) sampai semua adik2 CR kena standby pegang kaki tangan...kelakar sungguh la..ntah pape...minum ubat macam paksa minum racun.

Erm..so kepada ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian, kena ajar anak-anak mahir makan ubat. Bukan sebab suka-suka tapi sebab senang esok. Takdalah macam CR ni menggelabah bila kena suruh makan ubat.

Tapiiiii..kena pantau juga..jangan demam sikit makan ubat, sakit sikit makan ubat....nanti makin lama makin tinggi dos ubat sebab kuman dan bakteria dah imun dengan ubat-ubat yang kita makan tu tau..(ceh..ceh..) Tapi itu, kenyataan, sebab sebagai pelajar aliran sains masa matrikulasi, sedikit panduan mengenai kesihatan juga di dedahkan dalam subjek di U dulu. Jadi memang bakteria akan imun dengan ubat-ubat kita makan membina pertahanan peringkat awal sekiranya bakteria yang sama menyerang. Tetapi sekiranya sudah imun dengan pertahan itu maka kena upgrade lagi dos ubat tersebut.

Sebab tu hakak CR ni cerewet, takut sakit bukan sebab apa, ngeri nak makan ubat. Kontrol kolestrol, awal-awal dah makan beras kurang kanji (untuk pesakit diabetes tu, Taj Mahal) sebab sakit ni datang macam ribu pergi macam siput...slow motion sangat...cuma Cr ni sejak-sejak ini suka sangat emosi menyebabkan paras darah tinggi dah mula meningkat sesekali...migrain...stress dengan orang sekeliling. Soal kerja banyak pun salah satu penyebab juga. Mujur sekarang dah bertukar bahagian..buat masa ini kerja tak banyak sehingga bulan Feb 2016 tahun depan bila peruntukan dah masuk.

Apapun kalau hakak CR sakit selalunya hakak CR gunakan minyak angin Kwan Loong. Memang favourite berbanding minyak cap kapak. Tapi awas sekarang ada pulak produk tiruan dan pernah sekali terkena produk tiruan ini. (berhati-hati ye) Minyak ini lah untuk sakit perut, sakit kepala (dua sakit ini memang tak boleh nak lari dah) Dan hakak CR memang highly recommended sebab satu family memang guna minyak angin ini. Mak CR pun sama. Jadi sesiapa yang rasa nak mencuba blehlah sebab memang bau dia wangi dan berangin (kalau yang original) so jangan sapu banyak-banyak..meraung kang...ok daaa..

Minyak Angin Cap Kwan Loong






No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa