Erm..tahun baru sudah sampai ke penghujungnya. Apa yang hakak dah usahakan sebaiknya dah semampunya hakak laksanakan dan berikan terbaik kepada semua orang yang CR sayang. Namun CR sedih juga adakala apa yang CR buat ini tidak berharga, tidak memberi apa-apa makna kepada mereka dan masih kurang pada mereka. Sedih sangat rasanya..
Kadang-kadang bukan mengungkit tapi pedih sangat nak menerima sebuah kenyataan dan apabila orang mempertikaikan kita. Apa yang kita dapat ini sudah belum buat mereka bersyukur. They always expect me more tapi mereka juga sebenarnya belum mampu memberikan yang terbaik kepada kita.
Ye, apa yang mereka harapkan itu juga yang CR harapkan. Apakan daya CR, CR hanya insan biasa. Tiada siapa tidak inginkan yang terbaik dalam hidup mereka. Tapi melemahkan CR dan memperkecilkan CR sesuatu yang CR tidak nak terima. Sepatutnya mereka memberi sokongan supaya CR terus bersemangat untuk usahakan yang terbaik dan semestinya CR juga manusia biasa yang lemah dan hampir tersungkur untuk mengalah dengan keadaan lebih-lebih lagi dalam keluarga kami semuanya dengan anak perempuan sulung. Sudah semestinya menjadi perbandingan antara satu sama lain amat melukakan hati CR.
CR dah lakukan segala yang terbaik. Jika dilihat segala usaha CR melakukan sesuatu untuk orang yang CR sayang pasti mereka tak sangka yang CR mempunyai fail khas untuk membuktikan usaha demi kasih sayang CR kepada orang tersayang.
Tapi.......
Yelah kasih sayang kita terlalu mahal untuk orang lain hargai, terlalu berharga untuk orang lain menilai , terlalu halus untuk orang lain nampak, dan terlalu seni untuk orang lain fahami.
Harapan CR,
Semoga ada sinar untuk CR, kerana CR juga sudah lelah, sudah lemah, sudah berputus asa dengan segala-galanya. Ya...memang ditegah berputus asa...tapi apakan daya CR lagi...sekiranya tiada lagi indah dimata umum...hanya kekurangan menjadi ukuran...
Kalau nak di kenang, kerapkali juga CR diabaikan, kerapkali juga CR dilupakan, kerapkali juga dilukakan oleh semua pihak. Apakan daya selagi kita bergelar insan kita takkan pernah lepas dari diuji. Tanda-tanda kita diuji menjadi tanda bahawa Allah swt tidak pernah melupakan kita.
Semoga ada esok ada sinar untuk CR...inshaALLAH...
Aamin... Ya Rabb |
InshaAllah..tiap kebaikan akan dibalas dengan yang lebih baik |
Semoga segalanya baik-baik sahaja |
deep...and indeed |
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa