Assalamualaikum,
Hai dah lama rasanya tak melancong ke luar.. Kalini hakak tak nak trip melancong tapi travel. Sempoi punya travel bukan ala diva.
Perancangan ini harap terlaksana tahun depan. Tak sabar rasanya nak ke negara matahari terbit itu. Dulu masa kanak-kanak tunggu depan tv nonton cite Samurai kat tv.. ramai-ramai tengok tv satu family. Lagi-lagi kalau abah pulang dari kem...meriah satu rumah. Cerita favourite Ninja..serius popolar sangat selain Maero Attack (pasal bola tampar). Hari-hari tunggu depan tv, ada Sasuka, Yin, Sin, semuanya teror ninja. Best wooo...
Dulu kita suka tengok bukan sahaja hensem tapi mesti gagah heronya. Sekarang fenomena kpop...jiwang, lelaki stylo tapi lembek je. Nangis sana sini. Ofkos buat hakak teruja nak jumpa hero hakak kat Jepun kan.
Tapi itu dulu la, sekarang nak tengok sejarah. Lagi-lagi mangsa perang dunia kedua itu. Nak tengok bersih dan sistematik sangat ke idok negara Jepun itu yang terkenal dengan disiplin.
Sebagai penggemar bunga Sakura, kalau ada peluang nak pergi bulan April disebabkan sakura berkembang mekar masa itu. Kan hakak lahir bulan April mestilah ada kaitan dengan Sakura...hahahaha..tapi mesti mahal kan...so rejek la route nak tengok Sakura. Sekadar bunga je kot hakak nak belanja besar sesuatu yang tidak berbaloi.
Sebagai penggemar cerita ninja dan samurai, tak sabar nak tengok sejarah samurai sebenar. Dan menggayakan kimono. Ala princess jepun gitu...bukan ala geisha.....hahahaha...ofkos nak jadi princess.
Sebagai penggemar gajet, melihat teknologi terkini sangat mengujakan, robot-robot macam dalam cerita Doraemon itu kan....Semua boleh, semua ok....hahahaha,,,
Dan sebagai penggemar fesyen. teringin juga tengok style remaja di sana walaupun hakak tak berapa remaja dah. Cuma nak tengok sahaja. Kalau ada bajet dan berkenan barulah beli.
Dan paling best teringin nak pegi...ofkos Disneyland Tokyo.....yabedabedu.....tak sabar yo! So mulai bulan depan kena start planning duit, beli tiket, book hotel dan prepare travel bajet. Pastu makan-makan pack dari Malaysia. Dan planning mesti baikkkk sebab bajet sangat tight. Bukan kira semasa percutian. Balik percutian pun kena pikior jugak.
Wish me luck! XOXO..daaa...
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa