Wednesday, November 11, 2015

Japan Trip Planning ( 5 days 4 Nights)

Assalamualaikum,

Hari ini akak CR dah planning beberapa tempat yang wajib pergi jika hakak melawat Japan nanti. Walaupun begitu, hakak merasakan tidak semua tempat yang hakak boleh cover memandangkan perjalanan yang agak jauh dan tempoh percutian yang terhad. Jadi kena planning sebaiknya agar apa yang utama hakak dapat pergi menjelajah tempat-tempat tersebut dan bajet hakak sebolehnya tidak terlalu tinggi. Selain dari kena berjimat cermat, hakak juga bukan penggemar makanan Jepun. Sushi? euwwww..tak penah dibuat nak makan...wasabi ke..hapa ke....alamak..boleh ke ni?

Memandangkan semua lokasi menarik terdapat di Japan adalah di Tokyo. Amat menggerunkan hakak sebagai orang tak berapa kaya nak bercuti ni. Tokyo terkenal sebagai bandar termahal di dunia jadi untuk menginap di Tokyo sangat berbahaya kepada fulus...

Hakak belum lagi survey hotel tapi kemungkinan akan stay di Tokyo hari last day kerana sebelum balik ke KL semula. Ini memandangkan semua tempat menarik terletak di Tokyo. Namun bergantung kepada situasi duit, dan pengangkutan yang efisien juga boleh membantu stay diluar Tokyo untuk menjimatkan kos penginapan.

Tempat yang akan dilawati

1. Japanese Sword Museum

- Ini adalah port melihat pedang-pedang samurai. Kalau kita tengok kat tempat-tempat lain cuma immitation. So boleh melihat secara jelas pedang samurai ini. Hairan juga kan, orang lain pakai samurai, pedang panjang tapi orang melayu hanya pakai keris pendek berlekuk....hebt betul orang melayu dulu. Selain tengok sejarah kewujudan samurai hakak juga boleh melihat pedang yang pernah digunakan untuk memancung satu ketika dahulu di zaman kebangkitan Jepun semasa perang dunia 1.

_ Kedudukannya di Tokyo. Tapi sekada melihat sword je -lah. Erm, jika ada duit lebih baru pegi ke sini kot. Macam tak berapa siok je.


Address: 4-25-10 Yoyogi, Shibuya-ku, Tokyo
Phone: 03-3379-1386 
Hours open to visitors: 10:00-16:30
(Last admission at 16:00)
Admission Fee: 600 yen
Closed: Mondays, New Years holidays
Directions: About 8 min. walk from Sabgubashi Station on Odakyu Line
About 7 min. walk from Hatsudai Station on Keio Shinsen Line


web : http://www.jnto.go.jp/eng/location/spot/museum/japanesesword.html

2. Toie Kyoto Studio Park

- Di sini ada pertunjukan ninja dan pemakaian pakaian kimono costume.  Kat sini juga boleh dapat multipurpose antaranya pertunjukan ninja,malah terdapat museum manga. Wahhhh...tak payah pergi jauh2..sekitar kawasan ini bolehlah menjamu mata sekali harung. Erm...full pakej ada disini.

web 1 : http://marikekyoto.com/?page_id=951
web 2 : http://www.toei-eigamura.com/en/attraction.html

3. Universal Studio Japan

- Tak masuk pun..hahaha...sekadar amik pic kat globe je. Nak masuk pun boleh. Tapi saya lebih suka nak masuk Disneyland. Jadi simpan duit kita ke Disneyland yuk...sebab costnya boleh tahan juga...rabak poket.


 1Day Studio  Pass  /  2Day   Studio  Pass  Price  List
The admission ticket includes park entrance and use of all attractions in the park.

1Day Studio  Pass  /  2Day   Studio  Pass  Price  ListThe admission ticket includes park entrance and use of all attractions in the park.
TypeAdults[Aged 12 or over]Children[Ages 4 to 11]Seniors[Aged 65 or over]
1 DAY Studio Pass6,667 yen(7,200 yen with tax)4,612 yen(4,980 yen with tax)5,991 yen(6,470 yen with tax)
2 DAY Studio Pass11,213 yen(12,110 yen with tax)7,797 yen(8,420 yen with tax)-
Guests aged 12 or over are considered adults, those who are aged 4 to 11 are children, and 65 or over are seniors.
web : https://www.usj.co.jp/e/ticket/
4. Disneyland Japan

-Tarikan wajib pergi ini sebab kalau bawa anak-anak kenalah menikmati kemeriahan Disneyland kan? Harga memang konfem berpeluh. Jadi kenalah berjimat sebab kita akan spend a whole day kat sana.
web : http://www.tokyodisneyresort.jp/en/ticket/
5. Harajuku
- khabarnya kedudukan Harajuku sekitar Tokyo jadi kita ambil peluang melihat kota fesyen terkenal Japan. Walaupun sebenarnya niat berfesyen dan bershopping mata sahaja. Hahahahah..Cannot beli..beli....mahal semuanya....
web : http://www.japan-guide.com/e/e3006.html
6. Tokyo Tower  
Melawat sahaja...kalau nak pegi pun ok tak jauh dari Harajuku tu. Tower ala Eiffel Tower, Paris.
Kesimpulannya, kesemua tempat jauh-jauh dan kos yang tinggi serta memerlukan tenaga yang banyak. Penat woo...kalau dari Kyoto ke Tokyo memakan masa 3-4 jam perjalanan. Jadi kena membuat perancangan yang tepat.
1. Route From KL- Osaka - Kyoto
Day 1 : Arrival. Rehat ler
Day 2 : Toie Kyoto Studio Park / Universal Studios Japan ( Perjalanan di anggarkan 2 jam pegi dan 2 jam Balik ) so kena mental kuat ye.
Day 3 : Tokyo trip ( perjalanan memakan masa 4 jam dari Kyoto) Jika larat kita tengok Tokyo Tower dulu...
Day 4 : Disneyland ler ape lagi
Day 5 : Harajuku pagi dan terus ke airport. Haneda International ke KL yo!
untuk stay tokyo web : https://www.airbnb.com/s/Ota--Japa (tenkiu blogger http://novaleeza.blogspot.my/ )

Next kita hapdet more detail next future travel ye...tata.




No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa