Thursday, May 7, 2015

Trip to : Cameron Highlands

Assalamualaikum..

Arini CR nak share tentang trip CR ke Cameron Highlands baru2 ini. Pada awalnya CR telah ke Cameron seminggu sebelum trip ini mengikuti abam Fisher and family kerana abam kepada abam Fisher telah melansungkan pernikahan di Padang Serai, Kedah.

Tapi tu story lain. Kalini trip ni adalah mengiringi ibu taska ke sana sebagai reward atas dedikasi mereka menjaga dan mendidik anak2 staf. Percutian ini adalah 2 hari 1 malam dan yang sioknya dapat skali duit poket rm30 per pax.

Day 1: Perjalanan ke Cameron Highlands

Perjalanan bermula sekitar jam 8.30 pagi dan well macam biasa person paling lewat adalah CR la.huhu...xsempat beli ayaq or pape..kehausan, kepenatan dan kelaparan sepanjang perjalanan le sana yang memakan masa lebih kurang 3 jam perjalanan dan kami tiba di Brinchang kira2 jam 1.00 tengahari. Perjalanan yang non stop memang sangat memenatkan lagi2 kami hanya berhenti di RnR sebelum meneruskan perjalanan ke Simpang Pulai untuk menikmati sarapan pagi. Lega rasanya dapat seteguk air..sambil minum pagi sekitar 10.30..Sempat la CR memborong jajan dan air sebagai bekalan perjalanan.

Perjalanan diteruskan dan sedihnya tiada apa tempat persinggahan untuk hari pertama.Buta2 perjalanan jaz Kl-Brinchang sahaja. Ikutkan memang dah bangkang awal2 suh singgah mana2 sementara nak ke penginapan. Berbaloi la perjalanan tapi organizer nak follow iteniary jugak. So xbole nak kata apa lah..

Kami sapedek di Food Court Tanah Rata, Brinchang ada yang makan di Restoran Mamak berdekatan. Setelah itu, kami menaiki bas ke penginapan kami di Brinchang bebetul berhadapan Pasar Malam Tanah Rata. Namanya Crown Imperial Court.Apartment. Kami menginap di aras 7, memang fully furnish tapi sayangnya tiada kipas dan aircond disediakan. Memalam terutama waktu tengah malam ke jam 1 pagi memang tak bole nak lelap..Panas nyeeee..berpeluh2.. Tak bole nak lelapkan mata lansung.X selesa sebab takda kipas. Berbeza ngan CR yang berdarah panas ni memang xlut la takat sejuk Cameron Highlands ni. Lainlah luar rumah..sejuk dan berangin.Lau dalam rumah mesti ada kipas dan aircond.

Kami berehat dan santai melepaskan lelah di penginapan masing2. Kami pun bershopping perabih duit di Pasar Malam Brinchang. Berpeluh menuruni bukit yang agak curam dan memenatkan. Kami membeli strawberry dan makanan untuk di makan malam hari. Makan tidak disediakan (tujuan kasi duit poket).

Petua : Rugi jika beli yang siap dipetik dan dipacking. Ini kerana hayat strawberry telah dipetik tidak lama dan cepat lembik dan busuk. Rugi duit. Sayur2  plak xberani bagi jaminan walaupun murah tetapi xpasti kandungi kimia tinggi atau x sebab cantik berseri2 je tengok..huhu..

(Continue next chapter..)

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa