Assalamualaikum,
Kalini part two...adeh...letih x ilang lg..bgn pagi..siap2 pg minam...disebabkan lupa nak bawak ness instant makanya kami sedekah duit kat medan selera Tanah Rata untuk sekian kalinya.
Dahla fulus xberapa nak ada..sabo jela...semalam punya borong jak melebihi Rm50..makan nasi kukus ayam, kacang rebus dan juga jagung rebus...siok maa...
Bab habiskan duit memangla kan..sapa kata xsiok? Nak mencarinya bukan senang...nak menghabiskan sehari pun da cukup.
Kalini kita mulakan perjalanan balik ke keyel sambil singgah menyinggah..tempat pertama kami singgah adalah di Mardi. Memang cantik sebab suasana seperti di oversea olls..glamer sangat. Kat sini dihidangkan bunga2 an yanng sangat seperti luar negara. Lavender..banyakkkkk...cantik...
Kami menikmati pula aiskrim strawberry. Sedap jugak dengan jem strawberry diatasnya. Tak pastilah aiskrim itu yang homemade atau readymade je.
Kami berangkat pula ke ladang strawberry berikutnya. Kalini ramai pula nak pekena aiskrim strawberry. Maaflah ladang ini lupa sungguh namanya tetapi berdekatan dengan signboard ke kubur berdekatan. Lama juga disini sebab ramai yang nak merasa..almaklum tak ramai masuk ke Mardi. Kebanyakan mereka hanya duk didepan sahaja.
Kami berangkat pula ke Bee Farm. Kat sini ada macam2 perasa madu. Dan yang penting ori..CR beli yang seperti straw sebanyak 10. 4 perasa biasa. 3 perasa premium. Elok untuk kanak2. Sihat..
Rupanya dari Bee Farm disana adalah port perkhidmatan bas ke Sungai Palas Boh Plantation. Memang ngeri weiii..dah la bas old skool. Selekoh tajam. Kalau selisih keta motor...maunye menjerit kami dalam bas...pening sikit la sebab jalannya berbelok2...Kami chartered satu bas RM 100..fuh...berpeluh dengan laluan yang thrill.
Masa pegi dengan incik Fisher and family xda plak laluan horror cani..dekat plak tu dengan ladang teh. Tepi jalan je. Yang ni memang la horror..tapi yang pelik ramai jugak kesana untuk menikmati permandangan. Hati2 ye bila bawak yang tersayang tu.
CR memborong hanya koleksi teh RM 6 yang ade lebih kurang 6 juga perisa teh yang berbeza. Setakat ni dah rasa yang passion fruit. Boleh tahan sedap. Tapi sory ye teman bukan jenis penggemar teh.huhu..Kami di atas itu menghabiskan masa kira2 satu jam sebelum turun semula ke Bee Farm untuk mengambil.bas dan berangkat pulang. Sempat semula masuk ke dalam membeli satu koleksi teh perasa strawberry kerana yang incik Fisher beli dah kasi kat adik bongsu and family. Nak pujuk sebab dia tengah merajuk masa tu.
Kami pun memulakan perjalanan semula dan singgah di satu kawasan kecil untuk bershopping kali terakhir (mintak dijauhkan) kerana hari sudah larut petang. Perlu segera pulang ke KL kerana malam semakin hampir..Di kawasan tersebut terdapat beberapa gerai yang menjual ubi merah (ubi bit) kerana kulitnya berwarna kemerahan..sedap dimakan..memang highly recommended kalau ingin membeli di Cameron Highlands. Rasanya amat manis dan enak di makan panas2. Pekena dengan teh boh yang dibeli..ahaksss..
Kali ni dapat lah beli earphone untuk sibambam dan anje. Last choice. Kalau xbeli memang dah xda peluang. Kebanyakan mereka memborong jagung , sayur2 an, Bantal la..adeh...penuh bas dengan macam2 barang. Seterusnya kami terus ke ke RTC Ipoh menikmati makan tengahari jam 4 ptg..haha..
Jalan ke selatan sangat sesak sehinggakan kami ambil keputusan berhenti di Tapah untuk menunaikan solat maghrib dan jamak Isyak. Last stesen untuk berhenti sebab nak segera pulang ke KL. Yang berhadas cepat2 buat apa yang patut..Dalam bas menikmati filem Lakonan Lisa Surihani dan Fizz Fairuz.'Orang Mati' (lupo tajuk) best jugakla tapi xsempat nak tengok ending..frust...sebab tak tahan nak ke toilet.sabo jela..
Perjalanan yang sesak menyebabkan kami sampai di KL hampir jam 10 malam. Mujur adik bongsu CR sudi jemput. Kalau x menangis...sampai rumah jam 10.30 dan alhamdulillah adik CR pun xsampai lewat. Bimbang juga sebab ada anak kecil dirumah kalau pulang tengah malam.
Itu serba sedikit story mory ke Cameron Highlands...pegi dulu baru tau kerana pengalaman beza2..choiwww..
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa