Thursday, April 23, 2015

Jom Kita Bertaubat

Assalamualaikum,

CR nak buat perkongsian ilmu yang CR dapat program CR kalini anjuran ofis CR bertajuk Mukmin Profesional ..bersama Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Yang sangat terkenal di radio IKIM.fm. Ya jika anda pernah mendengar ceramah ustaz Pahrol dalam IKIM.fm CR telah mendapat cd ceramah ustaz Pahrol.. Alhamdulillah.. CR terpilih untuk menyucikan hati CR , menenangkan hati CR yang gundah gelana dan memperbaiki diri CR memjadi muslimah lebih baik.

Sebagai insan kita bukan bersifat maksum..Rasullullah saw kesayangan kita dan kekasih Allah swt juga xpernah berhenti bertaubat dan memohon diampunkan dosa2 nya walaupun telah dijanjikan syurga oleh Allah swt. Allah swt sangat baik...terlalu baik dan maha penyayang lagi maha pengampun. Tiada satu ayat menunjukkan kebencian Allah swt pada hambaNYA yang berdosa dan ingin bertaubat.

Kita baik satu Allah balas  berpuluh malah beratus2 pahala dari amalan kita dari sekecil2 amalan sehingga ke sebesar2 kebaikan. MasyaAllah...begitu agung kasih sayang Allah swt pada hambaNYa ini.. Jangan risau jika anda berdosa. CR juga hambaNYA yang penuh dosa. Takutnya CR jika menghadapi kematian tanpa keampunan. Nauzubillah..

Jangan risau berapa banyak kita berdosa. Anda bukan bersendirian. Jom sama-sama kita perbaiki amalan kita. Bersedia sebelum kita dijemputNYA ke alam yang kekal. Jom kita bertaubat. Selagi kita masih bernafas kita masih miliki peluang bertaubat. Jangan kita lengahkan. Mulakan dengan diri kita sendiri. Sedikit- sedikit..inshaAllah..

Jom kita baca ayat ini setelah selesai solat...Sama2 kita menuju ke syurga Allah swt..sebarkan lah ramai2.. Semoga kita bahagia dunia dan akhirat..dan peroleh kematian yang khusnul khotimah (berkesudahan baik) ..Aamin.. InshaAllah.. Semua masih berpeluang...

ﺇِﻟَﻬِﻲ ﻟَﺴْﺖُ ﻟِﻠْﻔِﺮْﺩَﻭْﺱِ ﺃَﻫْﻠَﺎ
ﻭَﻟَﺎ ﺃَﻗﻮَﻯ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ﺍﻟْﺠَﺤِﻴﻢِ
ﻓَﻬَﺐْ ﻟِﻲ ﺗَﻮْﺑَﺔً ﻭَﺍﻏْﻔِﺮْ ﺫُﻧُﻮﺑِﻲ
ﻓَﺈِﻧَّﻚَ ﻏَﺎﻓِﺮُ ﺍﻟﺬَّﻧﺐِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴﻢِ

Wahai Tuhan ku tak layak ke Syurga-Mu
Namun Aku tidak sanggup ke neraka-Mu
Terimalah taubatku dan ampuni segala dosaku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa