Thursday, April 23, 2015

Jom Amalkan Zikir Munajat

Assalamualaikum,

Dah lama kita x asah semula amalan zikir kita di sekolah. Masa tu ustazah mengarahkan sesapa yang xboleh taddarus kerana keuzuran maka wajib berzikir semasa di bulan Ramadan. Kita telah masuk ke bulan Rejab masih ada dalam sebulan sahaja lagi untuk menyambut bulan pengampunan yakni Ramadan Al Mubarak.

Bulam Ramadan ini penuh keberkatan selain kita sama2 merasai kelaparan mereka yang menderita mejaga perut kita dari terlalu banyak makan. Sesekali perut kita akan berehat dan mencuci kekotoran perut. Menahan nafsu di siang hari dan melakukan Tarawih di malam hari.

Jadi jika kita gunakan zikir2 ini untuk kita amalkan ketika berduka dan ditimp kesusahaan..inshaAllah dengan memgingati Allah swt hati akan menjadi tenang. Jika kita mengalami keuzuran semasa Ramadan elok kita amalkan zikir dari sibuk memikirkan apa yang ingin kita makan. Rugilah kita bila mereka.yang lain berebut2.taddarus untuk mengejar pahala..masyaAllah..

Zikir ini di namakan Zikir Munajat dan Zikir taubat..Terima kasih blog  http://adlizakaria.blogspot atas perkongsian ini. Jom zikir.

ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟﻠﻪِ ﻭَﻻَ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ
ﻭَﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta tidak ada Tuhan
melainkan Allah dan Allahlah Yang Maha Besar

ﺍﻟﻠﻪُ ، ﺍﻟﻠﻪُ ، ﺍﻟﻠﻪُ ، ﻳَﺎ ﺍﻟﻠﻪُ
Allah , Allah , Allah , Ya Allah

ﺣَﺴْﺒِﻲْ ﺭَﺑِّﻲْ ﺟَﻞَّ ﺍﻟﻠﻪُ ، ﻣَﺎ ﻓِﻲْ ﻗَﻠْﺒِﻲْ
ﻏَﻴْﺮُ ﺍﻟﻠﻪِ ، ﻧُﻮْﺭُ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ
Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku ,Tiada di dalam
hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad s.a.w.

ﺗُﺒْﻨَﺎ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺭَﺟَﻌْﻨَﺎ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﻧَﺪِﻣْﻨَﺎ
ﻋَﻠَﻰ ﻣَﺎ ﻓَﻌَﻠْﻨَﺎ
Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan
ﻓَﺴُﺒْﺤَﺎﻥَ ﻣَﻦْ ﻻَ ﻳَﻘْﺪِﺭُ ﺍﻟْﺨَﻠْﻖُ ﻗَﺪْﺭَﻩُ
Maha Suci Allah Yang mana tiada kekuasaan makhluk yang boleh mengatasi kekuasaan-Nya
ﻭَﻣَﻦْ ﻫُﻮَ ﻓَﻮْﻕَ ﺍﻟْﻌَﺮْﺵِ ﻓَﺮْﺩٌ ﻣُﻮَﺣَّﺪٌ
(Iaitu) Dialah satu-satunya yang bersemayam di atas ‘arasy yang diesakan

ﻣَﻠِﻴْﻚٌ ﻋَﻠَﻰ ﻋَﺮْﺵِ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﺀِ ﻣُﻬَﻴْﻤِﻦُ
Raja Maha Gagah Yang Menguasai kerajaan langit

ﻟِﻌِﺰَّﺗِﻪِ ﺗَﻌْﻨُﻮ ﺍﻟْﻮُﺟُﻮْﻩُ ﻭَﺗَﺴْﺠُﺪُ
Kerana kebesaran-Nya itu (maka) tunduk dan sujudlah segala makhluk (wajah-wajah)

ﺣَﺴْﺒِﻲْ ﺭَﺑِّﻲْ ﺟَﻞَّ ﺍﻟﻠﻪُ ، ﻣَﺎ ﻓِﻲْ ﻗَﻠْﺒِﻲْ
ﻏَﻴْﺮُ ﺍﻟﻠﻪِ ، ﻧُﻮْﺭُ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ
Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku ,Tiada di dalam
hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad s.a.w.

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬَﺎ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛَﺎﺷِﻔَﺔٌ
Tidak ada yang lain (dihatiku) melainkan Allah sebagai tempat pemberi hidayah

ﻟَﺎ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﺍﻟْﻤَﻠِﻚُ ﺍﻟْﺤَﻖُّ ﺍﻟْﻤُﺒِﻴْﻦُ
Tiada Tuhan melainkan Allah Raja Yang Maha Besar

ﻣُﺤَﻤَّﺪٌ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ ﺻَﺎﺩِﻕُ ﺍﻟْﻮَﻋْﺪِ ﺍْﻷَﻣِﻴْﻦُ
Nabi Muhammad itu Rasul Allah yang benar segala janji-janjinya lagi dipercayai

ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠﻪَ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠﻪَ ﻛَﺎﻥَ ﺗَﻮَّﺍﺑًﺎ
Aku memohon ampun daripada Allah sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat

ﺇِﻟَﻬِﻲْ ﻟَﺴْﺖُ ﻟِﻠْﻔِﺮْﺩَﻭْﺱِ ﺃَﻫْﻼً
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
ﻭَﻻَ ﺃَﻗْﻮَﻯ ﻋَﻠَﻰ ﻧَﺎﺭِ ﺍﻟْﺠَﺤِﻴْﻢِ
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
ﻓَﻬَﺐْ ﻟِﻲْ ﺗَﻮْﺑَﺔً ﻭَﺍﻏْﻔِﺮْ ﺫُﻧُﻮْﺑِﻲْ
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku dan ampunkan
dosa-dosaku
ﻓَﺈِﻧَّﻚَ ﻏَﺎﻓِﺮُ ﺍﻟﺬَّﻧْﺐِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa