Assalamualaikum,
Kali ini sengaja nak cerita mengimbau kenangan lama. Satu ketika dahulu seusia 7 tahun sehingga sekolah menengah akan balik ke kampung belah abah menghabiskan sisa cuti sekolah cuma masa nak SPM dah kurang sebab busy nak fokus study.
Kenangan itu tetap segar di ingatan dan masih melekat di hati. Satu hari cuti sekolah maka seperti biasa CL balik kampung menikmati pengalaman kampung. Kalau nak di ingat kami menghabiskan petang di tepi jalan umah sambil menikmati rambutan. (Pokok tu kalau malam memang horror sebab rendang sangat dan jadi laluan ke rumah jiran untuk temankan sepupu mengaji Al Quran) CL memang fail kopek kulit rambutan sebab kalau bawa balik rambutan mami akan kupas siap² dan letak dalam peti. Sejukkkk dan sedappp.. Jadi sepupulah mangsa tukang kopek rambutan untuk CL.
Arwah uwan pun selalu akan berbual di beranda sambil mengayun buaian. Makcik bawang zaman dululah katakan. Borak² kosong. Cite lama. Kalau makcik² dah buat muka sebab bosan dengar cerita yang sama. Terpaksalah CL tadah telinga. Hihi..
Kali ini pula, kami ronda kampung dengan motor arwah atuk dan pinjam motor jiran. Apa lagi merayau satu kampung siap race lagi. 😂😂 Masa itu mana ada istilah "minah rempit" macam sekarang. Namun ketika itu ramai betul orang sekeliling. Tak sunyi. Lagi² kalau petang² memang ramai orang.
Hujung minggu yang di rindui. Sekarang ini semuanya telah berkeluarga dan memiliki kehidupan masing² namun ingatan manis itu masih tersemat di sanubari CL.
XoXo,
Cik Lee
No comments:
Post a Comment
Komen Yang Murni Sahaja.AMARAN Penulis TIada Kaitan Dengan Komen Negatif Yang Menjurus Kepada Sesiapa